RABU, 8 JULAI 2015 @ 1:20 AM
BEIRUT: Berpuluh keluarga melarikan diri dari bandar dikawal militan Kumpulan Negara Islam (IS) di Palmyra semalam selepas serangan udara tentera kerajaan mengorbankan lima orang awam, kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR).
Ketuanya, Rami Abdel Rahman berkata dalam tempoh 48 jam lalu, lebih 90 serangan udara dilancarkan ke atas kawasan penduduk di bandar itu.
"Serangan itu paling sengit sejak Palmyra diambil alih IS 21 Mei lalu. Berpuluh keluarga melarikan diri dari bandar itu dan menuju ke Raqqa, Deir Ezzor dan kawasan lain di bawah kawalan IS di kawasan padang pasir Syria," katanya menambah sekurang-kurangnya lima terkorban dalam serangan itu.
Seorang aktivis Syria berasal dari Palmyra mengesahkan "serangan udara diperhebat ke atas kawasan kediaman dengan lebih 60 serbuan dalam tempoh 24 jam."
Aktivis dikenali sebagai nama samaran Mohammed Hassan al-Homsi berkata agak sukar buat orang awam meninggalkan bandar itu kerana Palmyra terletak di tengah-tengah padang pasir.
Raqqa, terletak di utara Syria yang menjadi ibu kota tawanan IS, adalah bandar terdekat dan ia mengambil masa empat jam perjalanan menaiki kereta.
"Apabila berlaku serangan, orang ramai melarikan diri ke padang pasir, walaupun mereka sedang berpuasa dan cuaca panas terik," katanya. - AFP

No comments:
Post a Comment