Saturday 25 July 2015

Tembok pisah Turki, Syria


Ankara: Turki membina tembok di sebahagian sempadannya dengan Syria selain memperkukuhkan pagar dawai serta menggali lebih banyak parit susulan serangan di Suruc, Isnin lalu yang mengakibatkan 32 orang - kebanyakannya pelajar - terbunuh.

Sumber berkata, tembok itu yang boleh diturunkan dan disambung semula bila dan di mana perlu akan dibina di beberapa lokasi di sempadan. Parit sepanjang 365 kilometer digali manakala 90 peratus dron dan pesawat pengawasan dihantar ke sempadan Syria.

Sekutu NATO Turki sudah lama menyuarakan kebimbangan terhadap sempadannya dengan Syria termasuk kawasan dikawal IS.

Timbalan Perdana Menteri Bulent Arinc berkata: “Kawasan kritikal di sempadan dikenal pasti dan diberi keutamaan.” - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 10:25 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65842#sthash.6R4lcJRO.dpuf

No comments:

Post a Comment