Friday, 7 August 2015

AS bom IS dari Turki buat kali pertama



AP - DUA pesawat Tentera Udara Turki mendarat di Pangkalan Udara Incirlik, selatan Turki pada 30 Julai lalu.


ANKARA – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara pertama dari Turki ke atas satu kedudukan kumpulan Islamic State (IS) di Syria kelmarin selepas Ankara berikrar meningkatkan usaha untuk memerangi militan berkenaan.
“Sebuah dron AS melancarkan serangan udara di Syria dekat bandar Raqa,” kata seorang pegawai Turki.
IS menjadikan Raqa sebagai ibu kota dan pusat pemerintahannya.
Dron itu berlepas dari Pangkalan Udara Incirlik di selatan Turki yang dibuka kepada tentera AS untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan IS di Syria sejauh 200 kilometer.
Pada awal minggu ini, Menteri Luar Mevlut Cavusoglu mengumumkan bahawa Turki dan AS bersedia untuk melancarkan perang menyeluruh terhadap militan IS di Syria selepas Akara bersikap berpeluk tubuh sejak beberapa bulan lalu.
Turki yang merupakan anggota pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diterajui AS mula bertindak selepas insiden pengeboman di sebuah bandar sempadannya pada Julai lepas yang didakwa dilakukan militan IS.
Dalam pada itu, menurut laporan media, kira-kira 30 jet pejuang AS dijadualkan tiba di pangkalan udara Incirlik dalam tempoh beberapa hari lagi untuk menyertai operasi mengebom kedudukan IS di Syria.
“Jet-jet AS itu mulai tiba dan tidak lama lagi, kami akan melancarkan serangan menyeluruh ke atas IS,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3i51IAwan 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment