26 OGOS 2015
AS sedia terima pelarian Syria Jumlah pelarian Syria melebihi empat juta pada bulan lalu dan dijangka mencecah 4.27 juta menjelang akhir tahun ini.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menjangka untuk menerima antara 5,000 dan 8,000 pelarian Syria menjelang tahun depan.
Kelmarin, jurucakap Jabatan Negara, John Kirby berkata, kira-kira 15,000 pelarian Syria juga akan diletakkan di bawah program penempatan semula di negara tersebut.
"Kami sangat komited untuk membantu merealisasikan peralihan politik di Damsyik bagi membolehkan penduduk kembali semula ke negara itu selepas keadaan benar-benar selamat," katanya.
Keputusan itu dibuat selepas AS menerima kritikan banyak pihak kerana tidak memberi respons terhadap pelarian Syria yang terpaksa mencari perlindungan di negara luar.
Difahamkan, Washington telah memberi bantuan kemanusiaan berjumlah AS$4 bilion (RM17 bilion) kepada penduduk Syria yang terjejas akibat konflik tercetus sejak 2011. - al-Arabiya
No comments:
Post a Comment