WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya melancarkan 22 serangan udara terhadap kumpulan militan IS di Iraq dan Syria dalam tempoh 24 jam lalu, menurut tentera AS, semalam.
Di Syria, tiga serangan berhampiran Hasaka di timur laut negara menyasarkan unit taktikal dan memusnahkan kedudukan kumpulan berkenaan, kubu serta jentolak milik mereka.
Gabungan Bersama Pasukan Petugas memberitahu, satu serangan berhampiran Aleppo terkena unit taktikal IS, manakala serangan berhampiran Kobani dekat sempadan Turki memusnahkan unit taktikal dan tiga kedudukan kumpulan.
15 serangan lagi dilancarkan di Iraq berhampiran Baiji, Fallujah, Mosul, Ramadi, Sinjar, dan beberapa kawasan lain dengan kerjasama kerajaan.
Serangan memusnahkan bangunan IS, bersama peralatan termasuk kenderaan, tiub mortar, mesingan dan jengkaut. - Reuters

No comments:
Post a Comment