Saturday, 3 October 2015

Rusia lancar serangan kedua di Syria


Syria: Bumi barakah

3 OKTOBER 2015
Syria: Bumi barakah

DAMSYIK - SYRIA. Jet tempur Rusia melancarkan serangan udara kedua yang menyasarkan kedudukan kumpulan militan IS di timur laut Syria.

Serangan semalam berlaku sehari selepas Rusia membedil wilayah Homs.

Menurut Arab News, stesen penyiaran al-Mayadeen mendakwa, serangan disasarkan di bandar Jisr al-Shughour selain beberapa lokasi di Idlib dan Hama.

Sementara itu, Arab Saudi meluahkan kebimbangannya terhadap serangan udara Rusia di Syria.

Riyadh mendakwa, tiada bukti kukuh mengenai kehadiran anggota IS di kawasan yang dibedil.

"Kami bimbang kerana ramai orang awam terbunuh dalam serangan tersebut," kata wakil tetap Saudi di PBB, Abdullah Yahya al-Moallemi.

Rabu lalu, Rusia melancarkan serangan udara pertamanya di Syria, sebagai menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam memerangi aktiviti keganasan di rantau itu.

No comments:

Post a Comment