Athens: Sebuah bot plastik membawa pendatang karam di timur Laut Aegean berhampiran pulau Kos, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan termasuk empat kanak-kanak terbunuh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93862#sthash.s3oVuH88.dpuf
Pengawal pantai berkata, tujuh orang berjaya diselamatkan manakala sembilan mayat ditemui, tiga daripada mereka di dalam bot yang terbalik itu.
Anggota turut mencari dua budak lelaki yang dilaporkan hilang oleh mangsa terselamat.
Empat kanak-kanak, empat wanita dan seorang lelaki maut dalam kejadian itu.
Kerakyatan penumpang terbabit dan butiran kejadian setakat ini belum jelas.
Eropah berdepan krisis pelarian dahsyat dengan Greece menjadi lokasi utama ditujui pendatang serta pelarian dari Asia Barat dan Afrika untuk ke negara Eropah lain.
Sekurang-kurangnya 660,000 orang sampai di negara yang mengalami krisis kewangan itu setakat tahun ini. Mereka membayar kumpulan penyeludup Turki jumlah wang yang besar semata-mata untuk mendapat tempat di atas bot atau kapal yang tidak selamat.
Lebih 500 maut atau hilang sejak awal tahun ini di Laut Aegean.
Sementara itu, pengawal pantai berkata, ia menyelamatkan hampir 450 orang dalam tempoh 24 jam sejak Isnin dalam 10 kejadian berasingan di pulau Lesbos. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 7:02 AM
No comments:
Post a Comment