Wednesday, 9 December 2015

6 kanak-kanak Afghanistan lemas di perairan Turki

Istanbul: Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak mati lemas apabila sebuah bot yang membawa pendatang Afghanistan karam di perairan Turki ketika dalam pelayaran ke Greece.
Agensi berita rasmi Anatolia melaporkan, pengawal pantai Turki menemui mayat kanak-kanak berkenaan, termasuk seorang bayi dan masih mencari dua lagi pendatang yang dilapor hilang.
Bot getah itu karam selepas dibadai angin kencang dan ombak tinggi berhampiran bandar Cesme di Izmir, wilayah barat Turki.
Ia dipercayai dalam pelayaran menuju ke Chios, sebuah pulau Greece.
Agensi berita Dogan pula melaporkan, lapan pendatang lain, semuanya memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan.
Isnin lalu, mayat Sajida Ali, pendatang berusia lima tahun ditemui di pantai Cesme.
September lalu dunia digemparkan dengan gambar pelarian kanak-kanak Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi yang ditemui terdampar di pantai Turki, sekali gus memberi tekanan kepada pemimpin Eropah untuk menangani krisis pelarian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:31 PM


PEGAWAI Agensi Perlindungan Sempadan Eropah dari Portugal menyelamatkan 56 pelarian yang sebelum ini dikatakan hilang ketika dalam pelayaran ke Pulau Lesbos, Greece, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98977#sthash.sitgxPav.dpuf

No comments:

Post a Comment