Thursday, 15 October 2015

AS, Rusia jadikan Syria medan Perang Dingin



AP - PENYOKONG kerajaan Syria dilihat memegang sepanduk pro-Rusia sebagai tanda terima kasih atas campur tangan Moscow dalam satu perarakan di Damsyik kelmarin.


BEIJING – Akhbar utama China semalam menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mengulangi sejarah konfrontasi Perang Dingin dengan melancarkan operasi ketenteraan di Syria.
Beijing mengingatkan kedua-dua seteru itu bahawa era tersebut sudah berakhir dan mereka wajar ke meja rundingan.
Akhbar The People’s Daily milik Parti Komunis China menyatakan bahawa AS dan Rusia menggunakan Syria sebagai proksi untuk konfrontasi diplomatik dan ketenteraan, seperti ketika Perang Dingin beberapa dekad lalu.
“Ketika itu, AS dan negara bekas Kesatuan Soviet menggunakan konfrontasi diplomatik, ekonomi dan ketenteraan di bumi negara lain bagi meningkatkan pengaruh masing-masing. Ini gambaran lama era Perang Dingin.
Walaupun China secara umumnya memihak kepada Rusia mengenai isu Syria di Majlis Keselamatan, Beijing turut menyuarakan kebimbangannya berhubung campur tangan asing di bumi Syria.
Pada bulan lalu, Rusia melancarkan serangan udara besar-besaran di Syria sekali gus meningkatkan campur tangan asing dalam perang saudara di negara itu. Tindakan itu dikritik Barat sebagai percubaan untuk membantu Presiden Bashar Al-Assad dan bukannya mahu menghapuskan kumpulan militan Islamic State (IS) seperti yang didakwa Moscow.
AS dan sekutunya turut melancarkan serangan udara di Syria terhadap IS di samping menyokong kumpulan pembangkang yang menentang Bashar.
The People’s Daily menegaskan bahawa Syria tidak boleh dibiarkan menjadi perang medan perang proksi antara Rusia dan AS. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3oe5kaops 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment