PARIS - Perancis berharap Barat akan menarik balik sekatan ke atas Rusia kerana tindakan mereka campur tangan dalam konflik di Ukraine menjelang musim panas depan.
Kelmarin, Menteri Ekonomi, Emmanuel Macron berkata, matlamat utama adalah untuk menghormati perjanjian damai Minsk yang dicapai selepas beberapa pusingan rundingan bersama Kiev, Moscow, Berlin dan Paris pada Februari lalu.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memaklumkan sekatan Barat ke atas Rusia akan ditarik balik balik apabila syarat perjanjian dipenuhi.
"Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi untuk memastikan perjanjian tersebut dilaksanakan," katanya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Selain menarik balik senjata berat, kandungan perjanjian Minsk turut menetapkan pelaksanaan gencatan senjata dan pembaharuan Perlembagaan di Ukraine selepas lebih 9,000 terkorban dalam konflik di Ukraine sejak April 2014.
Sebelum ini, Kiev dan kumpulan pemisah pro-Rusia saling menuding ke arah satu sama lain melanggar perjanjian gencatan senjata walaupun kelengkapan itu dilaporkan telah ditarik balik dari barisan hadapan. - Press T
V
No comments:
Post a Comment