Thursday, 14 January 2016

Penduduk di Madaya, Syria menderita akibat kebuluran - MLLFS

Penduduk di Madaya, Syria menderita akibat kebuluran - MLLFS
Kebuluran di Madaya terus mendapat perhatian media - Foto MLLFS
KUALA LUMPUR: Penduduk Syria di Madaya didakwa menderita akibat kebuluran sejak tujuh bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Syahrir Azfar Saleh dalam kenyataannya pada Khamis memberitahu, pihaknya kini mengikuti rapat perkembangan rakyat Syria di Madaya.

"Laporan yang kami dapat Madaya telah dikepung tentera Assad dan Hizbullah sejak tujuh bulan lepas yang menyebabkan segala bentuk makanan dan bantuan disekat. Mereka kini menderita akibat kebuluran.

"Dalam laporan sama kami diberitahu terdapat periuk api ditanam di sekitar kawasan tersebut bagi menghalang penduduk keluar menyelamatkan diri," katanya.

Selain itu, beberapa foto yang menunjukkan penderitaan rakyat Syria di Madaya terpaksa merebus daun sebagai bahan makanan untuk mereka.

Dengan kehadiran musim sejuk, derita yang dialami mereka semakin kritikal.

Tambah Syahrir, beliau menggesa masyarakat dan pemimpin dunia bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan tersebut.

"Tindakan yang menyebabkan kebuluran ini melanggar Peraturan ke-53 dalam Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang menyebut dengan jelas penggunaan kaedah 'starvation' dalam peperangan adalah dilarang dan sekatan kepada penggunaan periuk api juga disebutkan dalam peraturan ke-81 undang-undang yang sama.
"MLLFS sedang mendapatkan beberapa maklumat lanjut daripada NGO yang berada di Lubnan mengenai usaha yang boleh digerakkan untuk membawa bantuan masuk ke Madaya, Syria melalui sempadan Lubnan-Syria," jelasnya.

Katanya lagi, mana-mana individu yang ingin menyalurkan bantuan misi kecemasan MLLFS pada musim sejuk pertengahan Januari boleh terus menghubungi mereka melalui laman Facebookwww.facebook.com/MLL4S/

http://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-di-madaya-syria-menderita-akibat-kebuluran-mllfs-88565

No comments:

Post a Comment