Berdepan kebuluran tanpa bekalan makanan
11 Februari 2016 12:10 AM
Kepulan asap tebal menyelubungi udara di bandar Anadan kira-kira-kira 10 kilometer dari bandar Nubul dan Zahraa di utara Aleppo akibat serangan udara tentera Syria pada 3 Februari lalu. REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/300-000-penduduk-terkepung-di-aleppo-1.188862#sthash.EJoWMJRT.dpuf
11 Februari 2016 12:10 AM
GENEVA 10 Feb. - Kira-kira 300,000 penduduk Syria terkepung dan berdepan kebuluran berikutan tentera kerajaan mengepung bandar Aleppo sejak seminggu yang lalu, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut pihak berkuasa, dianggarkan antara 100,000 dan 150,000 orang awam di bandar kedua terbesar di Syria itu yang menempatkan kira-kira dua juta penduduk itu, akan melarikan diri sekiranya keadaan berterusan.
Menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia, yang memantau keganasan dan aktivis berkata, serangan udara juga berterusan di Tal Rifaat, Anadan dan beberapa bandar lain di Aleppo.
Pasukan tentera dibantu serangan udara Rusia dan kumpulan bersenjata dari Iran dan Lebanon telah melancarkan serangan besar-besaran di sekitar Aleppo, yang terbahagi antara tentera kerajaan dan pemberontak sejak konflik Syria meletus.
Persatuan Doktor Antarabangsa, Mahmoud Mustafa berkata, sekurang-kurangnya dua terkorban, manakala 30 yang lain cedera dalam serangan udara berhampiran Tal Rifaat dan perkampungan berhampiran Azaz.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, di kawasan kediaman di tengah Damsyik, seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang dipandunya di kelab pegawai polis, semalam dan sebanyak lapan pegawai polis terkorban, manakala 20 yang lain cedera dalam serangan dipercayai dilancarkan kumpulan militan Negara Islam (IS). – REUTERS
No comments:
Post a Comment