12 Februari 2016 12:04 AM
sebuah keluarga Syria menunggu giliran untuk melitasi sempadan Oncupinar berhampiran Kilis di Turki untuk ke Syria, kelmarin. AFP
NEW YORK 11 Feb. – Rusia mencadangkan tarikh gencatan senjata di Syria pada 1 Mac ini, beberapa jam sebelum pertemuan kuasa-kuasa dunia di Jerman berhubung cara untuk menamatkan perang saudara di negara itu, ketika 50,000 penduduk melarikan diri daripada pertempuran di Aleppo.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-usul-1-mac-tarikh-gencatan-senjata-syria-1.189305#sthash.mex4nnGx.dpuf
NEW YORK 11 Feb. – Rusia mencadangkan tarikh gencatan senjata di Syria pada 1 Mac ini, beberapa jam sebelum pertemuan kuasa-kuasa dunia di Jerman berhubung cara untuk menamatkan perang saudara di negara itu, ketika 50,000 penduduk melarikan diri daripada pertempuran di Aleppo.
Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennady Gatilov hari ini berkata, negara itu bersedia untuk mula berbincang tentang kemungkinan gencatan senjata di Syria, dalam pertemuan menteri-menteri luar di Munich.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam memberitahu, sekurang-kurangnya 50,000 orang melarikan diri daripada pertempuran di Aleppo dan bekalan air terganggu di beberapa kawasan di wilayah tersebut.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 500 orang maut sejak kerajaan Syria disokong serangan udara Rusia melancarkan serangan di utara Aleppo sejak 1 Februari lalu.
“Antara terbunuh adalah 89 orang awam termasuk 23 kanak-kanak, 143 pejuang prokerajaan, 274 penentang kerajaan dan pejuang asing,’’ kata badan hak asasi yang beribu pejabat di London itu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) kelmarin menggesa Turki membuka sempadannya kepada puluhan ribu pelarian Syria yang melarikan diri daripada pertempuran dan kini terkandas di pintu sempadan berdekatan Bab al-Salameh.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dengan nada sinis semalam mengkritik PBB apabila berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh ditanggung hanya sebuah negara atau negara jirannya, tetapi isu kemanusiaan.
“Saya melihat nasihat PBB sebagai perkara hipokrit kerana badan dunia itu tidak melakukan apa-apa untuk mencari penyelesaian di Syria. Malah, lebih buruk turut melibatkan Majlis Keselamatan PBB yang tidak boleh menghentikan serangan bom Rusia yang menyebabkan kebanjiran pelarian ke Turki,’’ katanya pada sidang media di The Hague.
No comments:
Post a Comment