Add caption |
. DAMSYIK – Tentera rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan militia prokerajaan bersedia melancarkan serangan besar-besaran untuk merampas kembali bandar purba, Palmyra daripada kumpulan militan Islamic State (IS) ketika Washington berusaha menyuntik harapan baru dalam rundingan damai Syria yang malap.
IS menawan kota itu pada Mei tahun lalu sebelum meletupkan beberapa buah kuil yang disenaraikan sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Penawanan semula Palmyra akan menjadi kejayaan simbolik dan strategik buat Bashar kerana pihak yang menguasai Palmyra turut mengawal kawasan padang pasir luas yang bermula dari tengah Syria hingga ke sempadan Iraq.
Tentera rejim yang disokong serangan udara Rusia kini berada hanya 800 meter dari Palmyra.
“Pasukan tentera berada di pintu masuk selatan dan barat daya kota tersebut dan bersedia untuk melancarkan serangan bagi merampas semula kota bersejarah ini,” kata sumber tentera Syria.
Terdahulu, pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, tentera Bashar berada 2 kilometer (km) di selatan Palmyra dan 5km ke barat daya bandar purba itu. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz43rtAcUaG
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment