DAMSYIK - SYRIA . Satu perjanjian lisan telah dicapai sebagai usaha untuk menghentikan mogok di penjara Syria yang menempatkan hampir 800 tahanan politik, menurut kumpulan aktivis, semalam.
Persetujuan itu dicapai, lewat kelmarin bertujuan untuk menamatkan pemberontakan di penjara Hama di tengah Syria yang tercetus selepas lima tahanan dibawa ke pusat tahanan Sadnaya untuk menjalani hukuman mati pada minggu lalu.
"Kerajaan telah bersetuju dengan hampir kesemua tuntutan untuk membebaskan tahanan politik yang ditahan tanpa dikenakan sebarang dakwaan," kata aktivis.
Sementara itu, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) turut mengesahkan seramai 26 tahanan akan dibebaskan di bawah perjanjian itu.
Sebelum ini, pihak berkuasa membebaskan 46 tahanan di bawah usaha Palang Merah sebagai pengantara, namun rundingan itu akhirnya menemui jalan buntu. - Reuters
Imej yang dimuat naik ke dalam media sosial menunjukkan anggota keselamatan turut berkawal di luar penjara Hama.

No comments:
Post a Comment