SUKARELAWAN mencari mangsa yang mungkin terselamat di celah runtuhan rumah selepas serangan udara di Aleppo, semalam. - AFP
Aleppo (Syria): Lebih 300 orang awam terbunuh akibat peningkatan pertempuran dan serangan sejak tiga minggu lalu di Aleppo, kata kumpulan pemerhati semalam.
Pertempuran untuk menguasai bandar kedua terbesar Syria itu menyebabkan 333 orang maut sejak 31 Julai lalu ketika penentang melakukan serangan besar-besaran untuk menguasai beberapa kawasan dipegang tentera kerajaan.
Jumlah kematian termasuk 165 orang awam - termasuk 49 kanak-kanak - yang maut akibat serangan pejuang penentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Seramai 168 orang awam lagi maut dalam serangan udara Russia dan kerajaan, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
Sementara itu, SOHR melaporkan, 109 orang mati dalam serangan di sekitar wilayah Aleppo sepanjang tempoh sama.
Pertempuran masih diteruskan di Aleppo semalam. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:14 AM
No comments:
Post a Comment