Tuesday 27 September 2016

70 lori bantuan masuki Syria





AMMAN – Sebanyak 70 lori membawa bantuan kemanusiaan menghantar bekalan ke empat buah bandar terkepung di Syria buat kali pertama dalam masa hampir enam bulan kelmarin, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Organisasi bantuan itu berkata, konvoi tersebut menghantar bekalan ke bandar Madaya dan Zabdani dekat Damsyik dan juga kepada penduduk kampung di Al-Foua dan Kefraya dalam wilayah Idlib, barat laut Syria.

Madaya yang terletak dekat sempadan Lebanon memiliki populasi sekitar 40,000 orang dan dikepung tentera Syria sejak enam bulan lalu. Bandar Zabadani pula hanya tinggal kira-kira 1,000 penduduk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekitar 20,000 orang tinggal di Kefraya dan Al-Foua.

Pihak penentang rejim Presiden Bashar Al-Assad telah mengepung kedua-dua perkampu­ngan itu sejak April 2015.

Pada Khamis lalu, operasi bantuan PBB di Syria sambung semula selepas tergendala selama 48 jam akibat serangan berdarah.

PBB menggantung penghantaran bekalan selepas 31 trak konvoi bantuan diserang Isnin lalu di Urem al-Kubra, barat Aleppo.

Persatuan Bulan Sabit Merah Arab di Syria berkata, seorang kakitangan dan kira-kira 20 orang awam terbunuh manakala sebuah gudang musnah dalam serangan itu. – Reuters



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4LQZ5LJqL
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment