Thursday 13 October 2016

Lebih 20 orang terbunuh serangan udara di Aleppo

KHAMIS, 13 OKTOBER 2016 @ 12:20 AM

KEADAAN bangunan yang musnah dalam serangan udara di kawasan pasar dekat bandar Aleppo. - Foto Reuters

 BEIRUT: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dalam serangan udara terkini kebanyakannya di kawasan pasar dekat bandar Aleppo, kata pasukan penyelamat, semalam. Serangan yang dilakukan dalam usaha kerajaan Syria dan Russia berusaha untuk menawan keseluruhan bandar itu. Pertahanan awam, pasukan yang beroperasi di kawasan pemberontak menulis di laman Twitter, serangan udara itu menyebabkan 25 orang terbunuh dan 15 daripada mereka terbunuh di kawasan pasar di daerah Fardous. Serangan udara bertalu-talu melanda kawasan timur Aleppo semalam selepas ia berhenti beberapa hari bagi memberi laluan orang awam meninggalkan bandar terbabit. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain melaporkan, serangan udara bertubi-tubi turut dirasai di kawasan pemberontak di timur Ghouta kawasan dekat Damsyik. Pegawai tentera Syria dan Russia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mereka berhubung serangan udara terbaharu itu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201650

No comments:

Post a Comment