Pemindahan perubatan Syria dijangka bermula esok - Luar Negara - Utusan Online:
20 Oktober 2016 11:46 PM
GENEVA 20 Okt. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berharap agar mereka dapat menjalankan pemindahan perubatan pertama dari timur bandar Aleppo esok selepas mendapat kelulusan semua pihak yang berperang di Syria.
Ketua kumpulan petugas kemanusiaan PBB untuk Syria, Jan Egeland berkata, gencatan senjata yang dilaksanakan hari ini berkemungkinan dilanjutkan sehingga empat hari.
“Kami percaya telah mendapat lampu hijau daripada Rusia dan tentera kerajaan Syria serta kumpulan pemberontak bersenjata,” kata Egeland.
Tambah Egeland, jika Rusia dapat menyokong lanjutan gencatan senjata itu, PBB mungkin dapat melaksanakan beratus-ratus pemindahan termasuklah pesakit dan keluarga mereka selain melakukan bantuan kemanusiaan seperti bekalan ubat-ubatan serta makanan kepada 250,000 penduduk di timur Aleppo. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment