1 OKTOBER 2016
Turki mahu terus operasi Beberapa kereta kebal milik tentera Turki dilihat memasuki bandar sempadan Jarablus, awal bulan lalu. - Foto: AFP
ANKARA - TURKI. Seorang pegawai kanan Turki, semalam memaklumkan serangan mengejut di Syria mungkin akan berterusan selama beberapa tahun jika perlu.
Beliau berkata, operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat itu dirancang untuk merampas semula Raqqah yang dikuasai kumpulan militan Daesh.
Menurutnya, matlamat utama mereka 'menceroboh' di utara Damsyik adalah untuk mengusir Daesh dari bandar al-Bab.
Difahamkan, tentera Turki kini 'menduduki' Jarablus selepas ia melancarkan serangan secara tiba-tiba untuk membebaskan bandar itu dari cengkaman Daesh, awal bulan lalu.
Ahad lalu, Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu memberitahu Ankara merancang untuk menghantar pasukan tentera ke wilayah Syria kononnya untuk menubuhkan zon selamat.
Tindakan Turki turut dikecam Syria yang menyifatkan ia sebagai pelanggaran secara terang-terangan terhadap kedaulatan negara tersebut. - Reuters
No comments:
Post a Comment