Sunday, 5 January 2014
Iraq gempur militan al-Qaeda
Beberapa orang lelaki bersenjata meronda di bandar Falluja, kira-kira 50 kilometer ke barat Baghdad, kelmarin, selepas polis Iraq dengan bantuan beberapa puak menggempur militan al-Qaeda yang menguasai dua bandar di wilayah Andar. - REUTERS
RAMADI 4 Jan. - Lebih 100 orang dilapor terbunuh semalam apabila polis Iraq dengan bantuan beberapa puak menggempur militan al-Qaeda yang menguasai dua bandar di wilayah Andar di selatan negara ini sejak beberapa hari lalu.
Kumpulan Negara Iraq dan Levant (ISIL) yang dikaitkan dengan militan al-Qaeda menguasai sebahagian kawasan di Ramadi dan Fallujah di barat Baghdad, dua kubu kuat pemberontak sejak Amerika Syarikat (AS) menceroboh negara ini untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein.
ISIL turut dipercayai terlibat dalam peperangan di Syria dengan membantu tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad memerangi kumpulan penentang.
Dalam pertempuran semalam, seramai 32 orang awam dan 71 anggota ISIL maut, namun jumlah kematian dalam kalangan polis dan puak tidak diketahui.
Seorang saksi berkata, beratus-ratus anggota ISIL yang membawa bendera hitam berkumpul di luar masjid di Fallujah selepas selesai solat Jumaat sebelum pertempuran meletus.
Sementara itu di Ramadi, pertempuran dilaporkan masih lagi sengit, namun maklumat berhubung jumlah kematian tidak diketahui.
Pertempuran di Ramadi bermula sejak Isnin lalu, selepas pasukan keselamatan menyerbu kem penunjuk perasaan antikerajaan yang berkampung di tepi sebatang lebuh raya.
Keganasan kemudiannya merebak ke Fallujah dan pengunduran pihak keselamatan di kedua-dua bandar berkenaan memberi laluan kepada militan ISIL untuk menguasainya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140105/lu_02/Iraq-gempur-militan-al-Qaeda#ixzz2pUQwVKMN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, 4 January 2014
syria
Alhamdulillah.. Allahuakbar !MUJAHIDEEN FSA berjaya memusnahkan beberapa kereta kebal milik regim bashar assad ketika bertempur di hospital di Jasim, Daraa.
Link : http://www.youtube.com/
syria berdarah
Allahuakbar !Sebahagian dari regim assad yang terbunuh setelah bertempur dengan MUJAHIDEEN FSA hingga terbebasnya hospital di Jasim, Daraa.
Link : http://www.youtube.com/
Komander tertinggi al-Qaeda mati dalam penjara
Kelihatan orang ramai berkumpul di tempat kejadian di mana dua letupan maut berlaku berhampiran Kedutaan Iran di Beirut, pada November lalu. – Foto AP
Memetik laporan Associate Press, perkara itu disahkan seorang jeneral tentera Lubnan yang enggan mendedahkan identitinya.
Menurutnya, Majid al-Majid meninggal dunia selepas mengalami kegagalan buah pinggang. Al-Majid merupakan seorang warganegara Arab ditahan di Lubnan akhir bulan lalu dan ditempatkan di sebuah lokasi rahsia.
Beliau merupakan komander Briged Abdullah Azzam dan menjadi salah seorang daripada 85 individu yang paling dikehendaki pihak berkuasa negara asalnya, Arab Saudi.
Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menetapkan akan membekukan aset dan dipegang AS bagi mana-mana kumpulan atau organisasi yang diistihar sebagai pengganas pada 2012.
AS turut mengharamkan rakyatnya menjalankan perniagaan dengan kumpulan berkenaan.
syria
esiapa saja yang namanya lelaki pasti akan berasa sedih, menitiskan air matanya bila orang yang terpisahnya dengan orang yang tersayang... Tambahan pula jika orang yang tersayang itu tidak berdosa hingga menjadi mangsa pembunuhan regim yang sudah hilang sifat perikemanusiaan. Semoga anaknya tabah dan bangkit kembali.
China, Rusia bantu Syria
Peralatan menghasilkan senjata kimia di Syria telah dimusnahkan pada akhir Oktober lalu.
Dalam perkembangan terbaru, China dan Rusia bersetuju menghantar kapal perang bagi membantu Damsyik menjayakan pelan untuk melupuskan bekalan senjata berbahaya itu di laut.
Jurucakap operasi bersama Denmark dan Norway, Mejar Eystein Kvarving memaklumkan bantuan dari Moscow dan Beijing itu bertujuan untuk memberi kawalan keselamatan tambahan untuk melaksanakan misi pemusnahan bahan bertoksik tersebut.
Menurut Press TV, empat kapal yang kini sudah bersiap sedia di Pelabuhan Limassol di Cyprus hanya menunggu arahan untuk menuju ke Pelabuhan Latakia bagi mengiringi penghantaran keluar lebih 1,000 tan senjata kimia terbabit.
Sementara itu, Penyelaras Khas Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sigrid Kaag memberitahu mereka akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi mencapai matlamat utama untuk melupuskan kesemua senjata kimia milik Syria itu.
Majlis Eksekutif OPCW dijadualkan untuk mengadakan pertemuan pada Rabu depan untuk membincangkan kemajuan misi tersebut yang terpaksa ditangguhkan akibat masalah teknikal.
Kubu kuat Hezbollah diserang
Penduduk Lebanon menyaksikan kesan serangan bom kereta di Haret Hreik, selatan Beirut, kelmarin. - AFP
BEIRUT 3 Jan. - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, manakala 66 orang lagi cedera dalam satu serangan bom kereta di kubu kuat kumpulan militan Hezbollah di selatan ibu negara Lebanon, semalam.
Serangan terbabit berlaku di Haret Hreik dan angka kematian dijangka meningkat ekoran faktor kejadian berlaku ketika waktu puncak.
Imej yang disiarkan stesen televisyen Hezbollah, Al-Manar TV menunjukkan asap tebal menyelubungi kawasan kejadian dan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran beberapa buah kereta akibat letupan.
Sebuah bangunan turut dilihat runtuh, selain beberapa buah lagi mengalami kerosakan teruk.
Koresponden al-Jazeera, Rula Amin melaporkan, serangan itu memberi tamparan hebat kepada keselamatan militan Hezbollah disebabkan kebanyakan bangunan terbabit adalah milik kumpulan tersebut.
"Serangan itu berlaku di tengah-tengah kubu kuat Hezbollah dan kawasan tersebut dianggap bukan lagi zon selamat," katanya.
Dalam pada itu, ketua pegawai media Hezbollah, Ibrahim Mousawwi berkata, beliau tidak mahu terburu-buru menuduh mana-mana pihak terlibat dalam serangan itu.
"Situasi di Lebanon pada masa ini terjejas akibat keganasan dan penyelesaian politik amat penting," katanya.
Serangan terbabit berlaku kira-kira seminggu selepas insiden letupan bom kereta di Beirut yang mengakibatkan bekas Menteri Kewangan, Mohamad Chatah dan enam yang lain maut. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140104/lu_02/Kubu-kuat-Hezbollah-diserang#ixzz2pNmEFTf7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 3 January 2014
syria
MASYA'ALLAH.....Wajah-wajah Mujahideen FSA ini apabila dipandang menyebabkan hati terisi sesuatu yang indah. Jiwa terasa tenang. Wajah yang berseri dan bersinar dengan nur.
Orang yang beriman / soleh ini apabila dipandang wajahnya akan menggugat perasaan kita. Mereka punya hubungan yang kuat dengan Allah SWT. Hanya dengan memandang wajah mereka saja, dapat mengingatkan kita kepada Allah dan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Akhirat. —
syria
ALLAHU AKBAR!Para pejuang FSA di kawasan pinggir bandar Damsyik telah dikepung sejak berbulan-bulan lamanya tetapi semangat mereka masih ditahap yang tinggi dan penuh keyakinan bahawa Allah swt akan mengurniakan kemenangan kepada mereka. Taktala mereka keluar berjihad ke medan pertempuran, dan komander mereka bertanyakan “Adakah kamu kesejukan?”, jawab para mujahidin ini “Tidak, bahkan Allah swt akan memanaskan badan kami”.
Khabar angin menyatakan bahawa tentera rejim telah menawan semula Moadamiyit Il-Syam sejurus selepas FSA menyerahkan senjata berat mereka adalah tidak benar. Yang sebenarnya tidak seinci pun tanah Moadamiyit Il-Syam dapat dimasuki semula oleh tentera rejim dan ianya akan kekal sedemikian dengan izin Allah swt.
Perbezaan yang nyata di antara pejuang mujahidin di Syria dan diri kita di sini adalah keimanan dan ketaqwaan mereka yang sangat tinggi dan tidak berbelah bahagi kepada Allah swt sedangkan iman kita sebaliknya adalah amat lemah jika hendak dibandingkan dengan para mujahidin di sana. Semoga Allah swt menjadikan diri kita seperti mereka dan menunjuki kita ke jalan yang benar dan lurus. Amin.
Wallahu A’lam.
Tentera Elektronik Syria godam Skype
3 Januari 2014
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Elektronik Syria, kelmarin menggodam media sosial Skype dalam insiden serangan siber terbaru yang dilakukan kumpulan penggodam prokerajaan.
Dipetik laporan Al-Arabiya, mereka turut memuat naik status di Twitter dan blog memberitahu orang ramai supaya tidak menggunakan perkhidmatan emel Microsoft yang merupakan pemilik kepada Skype.
Mesej dimuat naik kumpulan penyokong rejim Presiden Bashar al-Assad mendakwa, Microsoft melakukan pemantauan ke atas emel dan menjual data pengguna kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, mesej itu dilaporkan telah dipadam dan Skype turut mengesahkan insiden penggodaman tersebut.
Sebelum ini, Tentera Elektronik Syria terbabit pernah menggodam laman The New York Times, Agence France-Presse dan beberapa organisasi media lain ketika ketegangan memuncak di Damsyik.
syria berdarah
Khair Allah Mansour, wasn't killed by the shell he was carrying with his hand..He starved to death..Can you imagine an adult starving to death with all what it means?!Al-Yarmouk camp for Palestinian refugees in Damascus is under regime blockade..People including children are starving to death.
#Break_Siege.
syria
He used to have a home He used to have memories
and now ... He has nothing
the Story of #Syrian_Children
Tentera Elektronik Syria godam Skype
3 Januari 2014
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Elektronik Syria, kelmarin menggodam media sosial Skype dalam insiden serangan siber terbaru yang dilakukan kumpulan penggodam prokerajaan.
Dipetik laporan Al-Arabiya, mereka turut memuat naik status di Twitter dan blog memberitahu orang ramai supaya tidak menggunakan perkhidmatan emel Microsoft yang merupakan pemilik kepada Skype.
Mesej dimuat naik kumpulan penyokong rejim Presiden Bashar al-Assad mendakwa, Microsoft melakukan pemantauan ke atas emel dan menjual data pengguna kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, mesej itu dilaporkan telah dipadam dan Skype turut mengesahkan insiden penggodaman tersebut.
Sebelum ini, Tentera Elektronik Syria terbabit pernah menggodam laman The New York Times, Agence France-Presse dan beberapa organisasi media lain ketika ketegangan memuncak di Damsyik.
5 terbunuh dalam serangan bom kereta di Beirut
BEIRUT 3 Jan. - Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam satu kejadian letupan semalam di selatan bandar Beirut yang merupakan kubu kuat kumpulan militan Hezbollah, menurut laporan Kementerian Kesihatan Lebanon.
Pada masa sama, seramai 20 orang tercedera dalam letupan yang berlaku di kawasan kediaman Haret Hreik petang semalam.
Menurut laporan seorang pegawai keselamatan Lebanon, letupan itu disebabkan oleh bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta, yang menyasarkan kawasan padat dengan penduduk, bertempat kira-kira 200 meter dari pejabat biro Hezbollah. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140103/lu_03/5-terbunuh-dalam-serangan-bom-kereta-di-Beirut#ixzz2pHmSmMvN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 2 January 2014
YA ALLAH.....HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL.... ALLAH'HUAKBAR...!YA ALLAH....YA ALLAH.....YA ALLAH......

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
ALLAHU RABBI, Ya Allah Rabbul Jalil, jatuhkanlah bala terhadap tentera Al Sisidi Mesir, Bashardi Syria , sokongan Yahudi, Zionis laknatullah. Hancurkanlah mereka yg sangat zalim ini. Cerai beraikanlah mereka yg telah banyak membunuh saudaraku yg x bersalah dgn begitu kejam. Laknat ke atas Bashar, al sisi! Laknat keatas Amerika, Yahudi, Israel zionis,... paling kurang pun Ya Allah, cabutlah dan pecahkan lah uratsaraf setiap mereka ini, agar mereka tidak dapat bergerak untuk membunuh dan menzalimi orang2 Islam Ya Allah ...
BERSAMA MENOLAK pakatan JAHAT yahudi, israil, amerika, zionis, russia & NEGARA Islam yg bersekongkol. jangan jadikan MESIR seperti di Palestin, Iraq dan Libya, Algeria daN Syria SERTA NEGARA ISLAM LAINNYA, kasihanilah orang tua, wanita dan kanak-kanak, Ya ALLAH hancurkan pakatan mereka jangan sampai berbaki kroni mereka seperti burung Ababil hancurkan tentera Abrahah dgn kekuasaan Mu dan tetapkan kemenangan kepada Golongan Islam Sejati dan tetapkan iman kami serta penuh kesabaran dan kami bersatu hati Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin... HANCURKAN PAKATAN JAHAT DAN PEMIMPIN JAHAT DAN KRONI MEREKA DI TANAH MELAYU, MALAYSIA JUGA YA ALLAH. BANGKIT LAH WAHAI UMAT ISLAM YG SEJATI, BERDOALAH SETIAP MASA SEMOGA SEGALA DOA DIBERKATI DAN DIPERKENANKAN YA ALLAH. Aamiin YA RABBAL ALAMIN ...
Terlepas tarikh akhir
Sebahagian kapal yang akan digunakan untuk memusnahkan bekalan senjata kimia Syria di laut.
Menurut Pertubuhan Senjata Kimia (OPCW), masalah cuaca buruk dan kekurangan peralatan juga dikatakan telah menyebabkan operasi itu terpaksa ditangguhkan.
Penyelaras Khas Misi Bersama OPCW-PBB, Sigrid Kaag berkata, proses melupuskan senjata kimia tersebut hampir selesai walaupun tidak menepati tarikh akhir pada 31 Disember lalu akibat masalah teknikal.
"Damsyik perlu membuat rancangan teliti untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika proses penghantaran bekalan senjata kimia itu di Latakia," jelasnya dalam laporan AFP.
Sebelum ini, kerajaan Syria bersetuju memindahkan bekalan bahan kimia dan toksik milik mereka termasuk 20 tan gas mustard untuk dimusnahkan di laut menjelang pertengahan tahun ini.
Selepas diculik bersama 20 lagi sahabat mujahidin oleh ISIS, mereka membunuh Dr. Abu Rayan. Putera barisan briged Syria Islam.

Terdapat kesan seksaan kepada badannya selepas ISIS menyerahkan dia semula kepada keluarganya. Begitu juga kepada mujahidin yang lain.
Laporan perubatan berikutan kes pembunuhan beliau terdorong kepada perkara berikut :
1. 2 kesan peluru menembusi kedua tapak tangan.
2. Kesan tembakan pada bisep.
3. Peluru menembusi pinggul sebelah kiri.
4. Patah kaki kiri.
5. Peluru menembusi kaki kiri.
6. Peluru menembusi bahu kiri.
7. Hilang telinga kiri dipotong.
8. Peluru menembusi lengan dipercayai ditembak jarak dekat.
9. Jangkitan kulit.
(Bermakna mangsa hidup lama menderita dalam kesakitan selepas ditembak dan diseksa).
Perkara ini telah berlaku selepas mereka enggan untuk memeluk mazhab yang lain dan menyertai ISIS dibawah pimpinan Al-Baghdadi.
www.youtube.com/
Wednesday, 1 January 2014
Berita Hari Ini:

"Deir Al Zor"
More than 20 of "Bashar mafia" killed and 19 of mojahedin after hard battles around "Dir Al Zor Military airport" which consider a very important site.
Mujahideen FSA berjaya menguasai kawasan barat bandar tersebut.
"Daraa"
Lebih daripada 20 penduduk awam terbunuh dalam serangan helikopter rejim selepas rejim bertindak membedil bandar tersebut dengan bedilan bom berkuasa tinggi seperti bedilan di Kem Daraa dan jalan raya Al Saad.
"Aleppo"
Sekitar 517 penduduk awam terbunuh di Aleppo dan 151 daripadanya adalah kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah manakala 46 daripadanya terdiri daripada wanita selepas mafia-mafia Bashar bertindak membedil bandar tersebut menggunakan letupan bom berkuasa tinggi.
LINK ASAL : http://www.aljazeera.net/
Dari Kaptan "Abu Abdullah" - Pimpinan (Syria Islamic Front)

"Mujahideen sekelian, Allah tidak akan memberi kemenangan kpd orang-orang yg zalim yang menggunakan agama bagi kepentingan diri dan berselindung dibelakang bendera Tauhid"
"Saya tidak tahu apa pegangan yang membenarkan seorang Mujahid menculik seorang Mujahid yang lain dan memaksa menukar mazhab, dan jika ia enggan, akan dibunuh individu tersebut" Ya Allah, ini bukan dari mazhab dan agama kami, kami tidak seperti mereka" Rahmat Allah keatas Abu Rayan
Subscribe to:
Posts (Atom)

































