Monday, 3 February 2014

syria

AlhamduliLlah kelahiran revolusi Syria 2014.Selamat malam semua, teruskan berdoa untuk Bumi Syam 


Assalamualaikum
 

syria berdarah

Semakin dunia membisu = Semakin banyak gambar seperti ini.
Masa untuk bersuara #EnoughWithAssad.

MASIH PERIHATINKAH KITA AKAN NASIB MEREKA?



"Wallah, kami lapar! Lapar!

Dikala seharian suntuk sibuk bekerja mencari rezeki buat keluarga tercinta, janganlah kita abaikan mereka yang mengharapkan kita disana. Tangisan mereka. Jeritan mereka. Luka mereka. Darah mereka. Nyawa mereka!! Jika bukan saudara Islam yang membantu selain Allah swt, siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Janganlah kita berputus harapan untuk berdoa buat mereka.

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah hubungi pejabat Syria Care. Kami akan mulakan dengan menaja 10 orang kanak-kanak sahaja.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung jika boleh, bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan
 

INILAH BUMI SHAM YANG DILIMPAHI DENGAN KHAZANAH ISLAM



Masih ingatkah kita bagaimana peperangan di Syria bermula? Siapakah yang menjadi sasaran? Mampukah kita menikmati saat-saat kegembiraan kita sedangkan mereka di sana bergadai nyawa mempertahankan bumi yang kaya dengan Sirah Anbia' ini? Tidak! Mereka tidak memanggil kita untuk bergadai nyawa bersama mereka! Mereka hanya mengharapkan secebis perasaan perikemanusiaan untuk menghulurkan bantuan buat mereka di sana. Makanan buat anak-anak mereka yang kebuluran. Ubatan buat mereka yang diserang. Gambar ini telah diambil semasa bermulanya revolusi di Syria. Janganlah pernah kita terlupa akan nasib mereka disana..

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

ISIS DITENDANG KELUAR DARI AL-QAEDA, SYEIKH MUHAISINI MULA BERBICARA TENTANG ISIS.



Dalam kenyataan bertarikh 27 Januari 2014 bersamaan dengan 25 Rabi' Al Awwal 1435H,Organisasi Al-Qaeda mengumumkan tentang "pemutusan hubungan mereka dengan ISIS, dan berlepas diri dari segala tindakan ISIS, tidak meresetui penubuhannya, tidak redha dengan segala tindak tanduknya, bahkan sudah menyuruh ISIS memberhentikan segala operasinya,dan mengatakatan ISIS bukanlah satu cabang dari Al-Qaeda, dan ianya tidak ada apa-apa hubungan organisasi dengan Al-Qaeda, dan Al-Qaeda tidak bertanggungjawab atas segala tindakan ISIS.Didalam kenyataan itu juga Al-Qaeda menekankan kesetiaan dan kasih sayang dan sokongan mereka kepada semua Mujahidn, dan memberikan komitmen terhadap persaudaraan diantara Kaum Muslimin dan Mujahidin."

Kenyataan ini tidaklah mengejutkan, kerana sebelum ini juga Syeikh Ayman Al-Zawahiri telah memberi dua kali ucapan audio berkenaan ISIS. Pada bulan Jun 2013 Syeikh Ayman mengatakan bahawa penubuhan ISIS tidak mendapat restu pimpinan Al-Qaeda dan menyuruh ISIS di bubarkan dan pulang ke Iraq. Pada bulan Januari pula Syeikh Ayman menegaskan tentang larangan mengkafirkan Muslimin yang lain, dan menggesa para Mujahidin untuk memilih seorang ketua diantara mereka, secara tidak langsungnya memberi isyarat bahawa bukanlah Al-Baghdadi(Ketua ISIS) sahaja yang layak di beri baiah, seperti mana yang didakwa ISIS.

Tetapi mungkin apabila AL-Qaeda melihat bahawa ISIS langsung tidak mengendahkan bukan sahaja tawaran keamanan dari pihak lain bahkan dari ketua AL-Qaeda sendiri, maka mereka mengambil keputusan untuk memutuskan terus hubungan dengan kumpulan yang semakin di luar kawalan ini.

SYEIKH MUHAISINI MULA BERBICARA TENTANG ISIS

Setelah tercetusnya perbalahan terbaru yang sangat berdarah di antara ISIS dan Mujahidin yang lain di kawasan-kawasan yang telah di bebaskan di Utara Syria, Syeikh Muhaisini, seorang Ulama' yang berjihad di medan telah mengutarakan satu pelan perdamaian untuk memberhentikan pertumpahan darah. Antara yang dicadangkan adalah semua pihak akan diadili oleh Mahkamah Syariah yang bebas untuk memastikan proses penghakiman berjalan secara adil. Rata-rata semua pihak bersetuju, dari Islamic Front(termasuk Ahrar Shams dan Jaish Al-Islam), Jabha An-Nusra, Jaish Mujahideen, Syrian Revolutionary Council dan kumpulan-kumpulan lain. Akan tetapi ISIS tidak menerima secara terus, bahkan meletakkan beberapa syarat yang dianggap hanyalah sebagai alasan untuk menolah proses perdamaian itu.

Akhirnya, selepas pelawaan perdamaian ditolak oleh ISIS, dan ISIS meneruskan kempen menyerang Mujahidin dari belakang dan membunuh komander-komander Mujahidin dan menghantar bom-bom kereta, Syeikh Muhaisini mengeluarkan kenyataan menceritakan apa yang terjadi. Dalam rakaman audio sepanjang 35 minit bertajuk "Sesungguhnya aku telah menyampaikan", Syeikh Muhaisini bermula dengan menerangkan bagaimana konflik terkini tercetus di Atareb(terlalu panjang untuk dicoretkan disini), dan menyatakan kekecewaanya terhadap ISIS yang menolak usaha perdamaian sekalipun Syeikh Muhaisini telah menarkan supaya Ulama'-Ulama' terkenal seperti Shaykh Sulayman Al-Alwan, Shaykh Ibrahim Al-Rabeesh dan lain-lain untuk menjadi hakim di Mahkamah Syariah.

Beliau juga menyatakan bahawa kebencian manusia terhadap ISIS adalah disebabkan kezaliman mereka, dan ianya bukanlah petanda bahawa mereka di Manhaj yang benar. Beliau berkata bahawa dakwaan ISIS berkenaan wanita Muhajirin dirogol adalah tidak benar, dan beliau telah pergi sendiri ke markaz-markaz Mujahidin untuk memastikan kebenaran berita tersebut.Beliau telah melihat sendiri ramai banduan di penjara ISIS yang dipenjarakan tanpa sebab, dan ramai yang di bunuh hanya atas perkara yang shubha. Beliau juga mengecam tindakan bom kereta ISIS yang banyak mengorbankan orang awam yang tidak bersalah.

Beliau berkata bahawa beliau tidak pernah melihata Ulama-ulama jihad menentang sesuatu gagasan Islam sepertimana mereka menentang ISIS.

Dengan perkembangan terbaru di bumi Jihad Sham ini, mari kita doakan agar Jihad dapat dimurnikan kembali dan mencapai sasaran yang sebenar.

Sumber:
Ucapan Syeikh Muheisini : http://www.youtube.com/watch?v=s08_Tm_Mbyg&feature=youtu.be

Kenyataan Rasmi Al- Qaeda :http://justpaste.it/ea9k
 

syria berdarah

Lebih kurang 5 jam yang lalu satu lagi kejadian bom berani mati berlaku, tetapi kali ini melibatkan ketua Liwa’ Al-Fath. Kawarij datang dalam lawatan rasmi untuk berunding tawaran damai dengan Liwa' Al-Fath, wakil Kawarij datang tanpa senjata tetapi beliau memakai tali pinggang yang sarat dengan bom untuk membunuh diri, sebaik sahaja beliau masuk ke dalam bilik ibu pejabat, beliau meletupkan dirinya.

Di dalam bilik ini juga terdapat pemimpin dari Liwa’ yang lain iaitu Liwa Sultan Al-Fatih. Alhamdulillah, semuanya terselamat. Gambar ini adalah gambar Syeikh Mujahid Imad, pemimpin Liwa Al-Fath di sebuah hospital di Turki.

Seperti yang Rasullullah SAW sebutkan mengenai Kawarij, mereka membunuh Muslimin dan memelihara Kafirin. Marilah Kita sama-sama berdoa agar beliau lekas sembuh.

syria berdarah

Raising our hands to God not to a human.

syria berdarah

Aleppo, Today..

Aleppo, Today..

#AssadWarCrimes

Aleppo, Today..

Aleppo, Today..

#AssadWarCrimes

syria berdarah

This is Aleppo!
There are no words...

Sunday, 2 February 2014

Pasti kita semua masih mengingati puteri kecil 'ajaib' ini kan? Si kecil yang berdepan dengan maut apabila kediamannya dibom regim bashar assad.



Alhamdulillah. Kanak-kanak perempuan itu kini sihat disamping keluarganya.

Link : http://www.youtube.com/watch?v=pJr3QCfwC2g&feature=youtu.be
 

"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan sesama Muslim, maka dia bukan dari kalanganku."

Dia seakan tidak percaya rumahnya musnah dan dimamah api. Semuanya angkara tangan-tangan jahat regim assad. 

Apa alasan kita untuk tidak mengambil kisah apa yang sedang berlaku pada mereka? Kerana mereka bukan melayu? Kerana mereka bukan rakyat negara ini atau ada alasan yang lebih munasabah? 

Apa jua alasan kita, fahamkan hadith Nabi, 

"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan sesama Muslim, maka dia bukan dari kalanganku."

Mayat regim assad yang bergelimpangan setelah tewas bertempur dengan Tentera Mujahideen.

Mayat regim assad yang bergelimpangan setelah tewas bertempur dengan Tentera Mujahideen.

Allahuakbar !

DARAA, SYRIA Mereka kekurangan makanan, tetapi tetap mendahulukan makanan kepada kucing. Murninya hati mereka dan mereka tidak mementingkan diri sendiri. Allahu Akbar!

Di tengah-tengah jalan Yarmouk



Tidak sempat kembali ke rumah, Abu Ahmad membuka kotak bantuan makanan yang diterimanya dan makan sedikit daripadanya. Dengan keadaan mereka yang terkepung hampir 3 tahun, disebalik kelaparan dan kebuluran, ini adalah perkara biasa. Semoga Allah merahmatimu Abu Ahmad.

syria berdarah

Al-Zebdieh neighborhood, Aleppo.

SYRIA

HANYA DI SYRIA 

Mereka kelihatan bahagia dan sememangnya mereka berhak merasa kebahagian.

syria berdarah

There is nothing we can say that will reflect her feelings at that moment. Misery & suffering caused by a tyrant criminal, watched by a silent world!

Saturday, 1 February 2014

Ahmad Hamdo Mahmoud, tahanan politik yang paling lama dipenjarakan di penjara pusat Aleppo. Meninggal pada 1.1.2014. Beliau menghabiskan 25 tahun dalam tahanan selepas ditahan pada tahun 1988. Meninggal selepas perjuangan yang panjang melawan kanser. Semoga Allah menempatkan dia dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Ke mana kau pergi wahai ibu...... Ibunya meninggal dunia setelah dibunuh regim assad pada 31/01/2014. Sabarlah wahai jiwa-jiwa yang tenang... Semoga ibumu ditempatkan bersama mereka yang syahid.. Mendapat nikmat disisi Tuhannya..

Ghazi Syaddad, salah seorang anggota regim assad yang bertanggungjawab membunuh ratusan ribu nyawa ummat Islam yang tidak berdosa. Kerakusan dan kejahatannya tidak bertahan lama apabila berjaya dibunuh Mujahideen Suriah di Aleppo semalam.

Menurut laporan, Mujahideen FSA berjaya membunuh berpuluh-puluh regim assad ketika mana regim cuba untuk menyerang pinggiran Damsyik. Allahuakbar !

Dia terlihat mati disisi manusia, namun dia hidup disisi Tuhannya dan terbang bebas di Syurga.. Kezaliman regim assad bersama sekutunya tidak akan dimaafkan.

Tanpa kaki, tanpa tangan, keadaan sebegini akan kamu akan lihat apabila menjejakkan kaki bumi Suriah. Tanah yang subur dengan darah-darah mereka yang syahid dibunuh regim assad.

Wajah Si comel yang terselamat dibawah timbunan bangunan..

syria berdarah

Al-Yarmouk Palestinian Camp residents while waiting the aids..

syria berdarah

Darayya, 12 TNT barrels today so far.

syria berdarah

syria berdarah

Al-Mash'had neighborhood today after several TNT barrels dropped by Assad warplanes. 31, Jan. 2014

syria

Even cats didn't survive from Assad Warplanes

syria berdarah

syria berdarah

syria berdarah

Daraya in the Damascus Suburbs is under heavy bombardment. The regime wants to level it to the ground and bury everyone there under the rubble. The regime is screaming "terrorist" left, right & centre, but it doesn't understand what the term means! To them it means everyone who opposes them. They are the real terrorists, along with hizbulshaytan, the iranian regime & the sectrian militias from iraq & elsewhere that are helping them slaughter a nation.

syria berdarah

The regime is fighting "terrorists"
Does this victim portray one?!?!
More Explosive Barrels are being dropped on Aleppo. Mass victims between dead & injured. Mass destruction & mass terror!
RIP little child, to the highest heaven.
Picture from Zebdiyeh, Aleppo

Bekalan makanan tiba di kem Yarmouk


Gambar dikeluarkan agensi berita SANA, menunjukkan penduduk sekitar kem pelarian Palestin di Yarmouk, menerima bekalan makanan daripada kakitangan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Damsyik, Syria, kelmarin. - AFP
DAMSYIK 31 Jan. - Konvoi bantuan makanan semalam dibenarkan memasuki kem pelarian Palestin di Yarmouk di mana beribu-ribu penghuninya mengalami kebuluran selepas kawasan berkenaan terkepung akibat perang saudara Syria.
Jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Chris Gunness berkata, sebanyak 1,028 catuan makanan telah dihantar ke kem yang terletak di selatan Damsyik itu dalam operasi awal bantuan kemanusiaan tersebut.
"Setiap catuan cukup untuk sebuah keluarga seramai lapan orang makan selama 10 hari,'' katanya.
Beliau berkata, keadaan agak huru-hara ketika makanan tersebut diagihkan ekoran bantuan itu merupakan yang pertama memasuki kem tersebut pada 21 Januari lalu selepas lebih enam bulan tidak menerima sebarang bekalan akibat perang saudara Syria.
Katanya, UNRWA berharap dapat meneruskan penghantaran konvoi-konvoi bantuan berkenaan ketika puluhan ribu penduduk awam masih memerlukan bantuan.
"Berpuluh-puluh ribu orang termasuk 18,000 penduduk Palestin terutama wanita dan kanak-kanak di sana masih memerlukan bantuan,'' katanya.
Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, sekurang-kurangnya 86 orang mati di Yarmouk dalam beberapa bulan ini akibat kebuluran atau kekurangan bekalan perubatan.
Kem tersebut terletak di bawah kawalan kumpulan penentang kerajaan dan dikepung oleh tentera kerajaan sejak Jun lalu.
Keadaan itu menyebabkan bantuan makanan serta bekalan perubatan sukar dihantar ke kawasan berkenaan.
Dijangka kira-kira 18,000 penduduk Palestin masih berada di kem tersebut walaupun sebahagian besar kawasan itu musnah akibat pertempuran antara tentera dan kumpulan penentang kerajaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140201/lu_04/Bekalan-makanan-tiba-di-kem-Yarmouk#ixzz2s1YpUJnP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aleppo

#‎terkinialeppo‬

Koordinator Lapangan kami di Aleppo melaporkan sehingga kini lebih 8 roket dijatuhkan di sekitar Aleppo. 

Hasbunallah wa ni'mal wakiil. 

Sumbangan anda mampu untuk terus menyelamatkan nyawa mereka yg tidak berdosa. Biiznillah.

Maybank: GABUNGAN SALAM SYRIA
No. Akaun: 562218207666
Emel: malaysia4syria@gmail.com
No telefon: 0341416732/0132226057

Friday, 31 January 2014

Rumah penduduk Syria diroboh


Seorang lelaki membawa beberapa kanak-kanak ke tempat selamat selepas tentera menggugurkan tong-tong berisi bom ke kawasan penempatan Dahret Awwad di Aleppo, kelmarin. - REUTERS
BEIRUT 30 Jan. - Kerajaan Syria didakwa menggunakan bahan letupan dan jentolak untuk merobohkan beribu-ribu bangunan kediaman, tindakan yang dilancarkan sebagai hukuman kerana orang awam menyokong penentang kerajaan.
Menurut kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) menerusi laporan 38 muka suratnya, tindakan itu diambil di antara Julai 2012 dan Julai tahun lalu di tujuh daerah yang menyokong penentang kerajaan.
Antara kawasan penempatan terbabit adalah Masha al-Arbayeen dan Wadi al-Jouz di Hama, Qaboun, Tadamoun, Barzeh dan Lapangan Terbang Tentera Mezzeh di Damsyik serta Harran al-Awamid.
"Tindakan kejam memusnahkan keseluruhan kawasan perumahan bukanlah satu taktik perang.
"Perlakuan itu merupakan antara kejadian terbaharu dalam senarai jenayah yang dilakukan oleh kerajaan Syria,'' kata penyelidik kecemasan HRW, Ole Solvang.
HRW menjelaskan, kebanyakan bangunan yang dirobohkan merupakan rumah pangsa, mengakibatkan beribu-ribu keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tindakan tersebut.
Kumpulan hak asasi itu memberitahu, pegawai kerajaan dan media menyatakan tindakan tersebut merupakan sebahagian pembangunan bandar atau usaha memusnahkan bangunan dibina secara haram.
Menurut HRW lagi, berdasarkan siasatan mereka, tindakan merobohkan bangunan tersebut diselia oleh tentera.
"Biasanya, lokasi terlibat merupakan kawasan yang diduduki penyokong penentang kerajaan,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140131/lu_04/Rumah-penduduk-Syria-diroboh#ixzz2rylGlBva
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Syria roboh kediaman penduduk


REUTERS
BEBERAPA orang meninjau sebuah bangunan kediaman yang musnah akibat 
serangan udara tentera Bashar di Aleppo, Syria semalam.


BEIRUT - Kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad didakwa menggunakan bahan letupan dan jentolak untuk merobohkan beribu-ribu kediaman.
Kumpulan Human Right Watch (HRW) semalam memberitahu, kempen itu dilakukan bagi menghukum orang awam yang simpati terhadap para penentang Bashar dan mencetuskan perasaan tidak selesa dalam kalangan penduduk tersebut.
Menurut laporan setebal 38 muka surat HRW, operasi tersebut berlaku di antara Julai 2012 dan Julai 2013 di tujuh wilayah propembangkang di sekitar Damsyik dan tengah bandar Hama, Syria.
Menurut HRW, operasi perobohan itu menyalahi undang-undang antarabangsa dan meminta dunia segera menghentikan perkara tersebut.
"Menghapuskan keseluruhan kawasan kediaman bukanlah satu taktik peperangan yang dibenarkan.
"Operasi yang tidak mengikut undang-undang itu merupakan tambahan kepada senarai panjang jenayah yang dilakukan oleh kerajaan Syria, kata seorang penyelidik bantuan HRW, Ole Solvang.
Kebanyakan bangunan yang dirobohkan itu merupakan blok apartmen dan beribu-ribu keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tindakan tersebut.
Tambahnya, kerajaan dan media negara tersebut memberitahu, operasi itu merupakan sebahagian daripada projek perancang bandar dan sebagai usaha untuk menghapuskan bangunan yang dibina tanpa kebenaran.
Peperangan saudara yang melibatkan tentera Bashar dengan kumpulan penentang di Syria bermula sejak Mac 2011 dan telah menyebbakan lebih 100,000 orang terkorban.
Para penentang Bashar itu mahu beliau digulingkan selepas gagal untuk membawa pembaharuan demokrasi di negara tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ryQ1skdZ 
Hakcipta terpelihara 

syria

syria berdarah

 Assad regime negotiators in Geneva II

#Geneva_II
#AssadWarCrimes

syria berdarah

syria berdarah

Al-Ma'adi neighborhood, Aleppo.