Tuesday, 11 February 2014

"ISIS ADALAH KUMPULAN YANG KHIANAT DAN BELOT"

"ISIS ADALAH KUMPULAN YANG KHIANAT DAN BELOT"

Ayat diatas bukanlah datang dari kami di SyriaCare yang selalu dituduh memfitnah ISIS, bahkan ianya adalah sebahagian dari kenyataan rasmi dari Ahrar Al-Sham selepas markas-markas mereka di Hasakah di serang oleh ISIS dan senjata mereka di rampas dan para Mujahidin mereka di tawan dan di paksa berbaiah dengan ISIS. Sebelum ini ada semacam persefahaman di antara ISIS dan kumpulan-kumpulan lain di Hasakah untuk tidak menyerang satu sama lain, tetapi nampaknya tindakan ISIS itu telah memusnahkan persefahaman itu.

Pendokong ISIS walaubagaimanapun cuba sedaya upaya untuk mempertahankan berita ini dengan mengatakan anggota Ahrar Al-Sham berbaiah secara sukarela. Nak percaya kepada siapa, terpulang kepada anda. Kami pilih untuk mempercayai kenyataan rasmi Mujahidin di sana.

JABHA AN NUSRA JUGA MENJADI MANGSA ISIS!

Laporan-laporan tentang ISIS menyerang fasiliti-fasiliti Jabha An Nusra(JAN) di Deir Az-Zour telah muncul semenjak hampir seminggu yang lalu. Walaubagaimanapun kami mengambil sikap 'tabayyun'(memastikan kesahihan) dan membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan berita ini sehinggalah mendapat kepastian dari Jabha An-Nusra sendiri. Akhirnya Jabha An-Nusra mengeluarkan kenyataan pada 7 Februari berkenaan kejadian-kejadian yang berlaku dengan ISIS di Deir Az-Zour.

Dalam kenyataan tersebut, JAN mengingatkan bagaiman mereka cuba untuk tidak terlibat dalam konflik di antara Mujahidin, dan mereka telah cuba untuk menjadi orang tengah untuk mendamaikan semua pihak. Mereka juga selama ini menumpukan kekuatan dan usaha mereka terhadap tentera Rejim, akan tetapi itu menghalang mereka dari menjadi mangsa ISIS seterusnya. Kenyataan JAN itu menyebut beberapa kejadian, diantaranya ISIS merampas fasiliti yang dikelola oleh JAN, mengepung markaz-markaz JAN, membunuh beberapa anggota mereka, mengambil wang mereka. ISIS juga memancing baiah dari qabilah-qabilah di sana dengan menjanjikan sebahagian dari harta JAN kepada mereka. JAN pada akhir kenyataan tersebut memberi amaran kepada ISIS bahawa jika ISIS tidak berhenti dan tidak memulangkan apa yang sepatutnya hak milik JAN, maka JAN sangat bersedia untuk mempertahankan diri sendiri dan membalas balik serangan ISIS.

Semenjak dari kenyataan ini, terdapat banyak laporan yang mengatakan tentang berlakunya pertempuran antara JAN dan Ahrar Al-Sham melawan ISIS di Deir Az-Zour dan Hasakah. Ada juga yang mengatakan bahawa gencatan senjata telah dipersetujui antara JAN dan ISIS di Deir Az-Zour.

Semoga Allah membantu mereka yang benar.

SUMBER
KENYATAAN RASMI AHRAR AL SHAM(ARABIC):http://im32.gulfup.com/1k8WZ.jpg

KENYATAAN RASMI JABHA AN NUSRA(ARABIC) :http://justpaste.it/ec4z

TERJEMAHAN DALAM BAHASA INDONESIA
AHRAH AL SHAM : http://www.arrahmah.com/news/2014/02/08/pernyataan-resmi-ahrar-asy-syam-terkait-serangan-isis-di-hasakah.html

JABHA AN NUSRA: http://www.arrahmah.com/news/2014/02/08/inna-lillah-saat-jabhah-nushrah-membebaskan-ribuan-tawanan-dari-penjara-pusat-aleppo-isis-menyerbu-dan-mengepung-jabhah-nushrah-di-hasakah.html

syria berdarah

Video ini menunjukkan saat serangan mortar ke atas konvoi PBB yang menyampaikan bantuan kepada kawasan Homs yang terkepung. 3 orang anggota konvoi terkorban, manakala beberapa orang lagi cedera.

Tiada siapa tahu pihak mana yang bertanggungjawab atas serangan ini, dan sudah tentu kedua belah pihak saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Akan tetapi jika kita fikirkan logic, jika FSA yang menyerang konvoi itu, merekalah sendiri yang akan rugi, kerana bantuan itu akan sampai kepada mereka juga. Dan orang yang merakam video ini mengatakan bahawa serangan itu dilakukan oleh tentera Rejim.

Apa-apa pun kita doakan supaya rakyat Homs yang sudah lama terkepung akan akhirnya mendapat keselamatan dan bekalan yang sangat diperlukan.

Watch Play List:
http://www.youtube.com/watch?v=dmQCSd0C3Co&list=PLPC0Udeof3T4HRdjVZyVBTEYZpIIyZ0YK&feature=share

Syahidnya di bulan Ramadhan



Beliau ialah Ratib Ahmad Oud Abu Ma'ruuf, kelahiran Bandar Duma tahun 1990 dan salah seorang dari mujahid batalion Zubair Ibn Awwam. Saat meletusnya pemberontakan, beliau berkhidmat sebagai tentera laut di pelabuhan Tartus.

Beliau merasa sukar untuk bersekongkol dengan tentera yang mahu membunuh saudara islam sendiri, jadi ia keluar dan menyertai batalion permulaan Zubair bin Awam, diawal penubuhannya, dan ketika itu batalion berkenaan masih beroperasi secara sulit.

Bertugas di bahagian perubatan batalion sebagai pegawai bersenjata. Ketika beliau kembali selepas melawat saudaranya dan sepupunya , yang berjuang dalam batalion 'Islam' , mereka duduk bersama membaca Al-Quran dan berzikir. Di saat itulah beliau terkena peluru sniper dan akhirnya beliau syahid, dengan izin Allah, pada 15 Ramadan tahun ini (1435H) saat beliau sedang berpuasa .

Beliau sangat disayangi ayahnya, dengan senyuman yang sentiasa terukir, beliau juga disayangi semua rakan-rakannya.

Semoga Allah merahmati AlMarhum dan menenangkan jiwa beliau serta kita dikumpulkan dalam keikhlasan demi Allah yang berkuasa atas segala-galanya.

Cerita Syahid ini diterbitkan dalam isu 'Nida 'il Islam'.

Syria

syria

 hasbunallah wa ni'mal wakeel.. Ya Allah kami telah menjadi saksi di atas saudara2 kami yang telah di zalimi di atas muka bumi ini... Kami memohon pada Mu Tuhan Yang Maha Agong engkau balas lah dgn azab seksa yang pedih pada perlaku2 kezaliman ini Di Dunia dan Di Akhirat.... Tempatkanlah saudara2 kami ini nikmat syurga tanpa hisab... Amin...

syria

Syahid, dengan izin Allah, Mahmud Shama'adan yang meninggal akibat kebuluran disebabkan kepungan rejim assad di Kafr Batna.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=XF8xKi2L27w&feature=youtu.be

----------------------------------------­-----
Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

syria

Sekatan bekalan makanan yang berpanjangan menyebabkan ramai terpaksa memakan rumput dan tumbuhan yang TIDAK DIMAKAN haiwan, kerana haiwan sendiri tahu ia memudaratkan. Akibatnya kini ramai saudara kita yang menderita keracunan!!

Selatan Damsyik masih dikepung rejim zalim Assad.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=afCW9AayTW8&feature=youtu.be

-----------------------------------
Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

syria

Lihat pada truck JAN yang digunakan untuk membebaskan Penjara Kebangsaan Halab ini! Mengkagumkan!

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=_X8hjtJYmNY&feature=youtu.be

syria

"Ku bawa harapannya bersamaku sebelum berlepas"

Sewaktu ku berpisah dengan anak-anak yang telah berjaya kami bawa keluar kemarin dari kepungan di Bandar Homs.

Semoga Allah melindungi Anak-anakmu Wahai Syria...

Abu Rami Al-Homsi 

Penduduk Aleppo menanti saat gugurnya bom Assad.

 

Allahuakhbar !!



Gambar hari ini Mujahideen FSA menyerang Latakiah (kawasan syiah) di barisan hadapan. 
Semoga Allah permudahkan urusan para mujahideen kita.

Mari kita sentiasa lafazkan doa buat saudara-saudara kita di bumi Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan seluruh dunia.. Doa itu senjata mukmin. Moga Allah beri kekuatan buat pejuang-pejuang agamaNya.

Mari Amin kan doa ini

Alhamdulillah... Salah satu dari kereta kebal yang telah diambil alih oleh pejuang FSA di Bandar Halab.

syria

Dari hadapan kedai pro-Assad di Syria.

syria

Beliau menunjuk ke arah kita,
Beliau cuba menjelaskan tentang penderitaan, 
kelaparan,
Perasaan sunyi dikelilingi serigala,

"Kamu biarkan perkara ini berlaku kepada ku, teknologi sains kalian semua adalah jenayah"

Satu lagi Syahid di Syria.
.
.
.
.
.
.
Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

Jangan pernah lupakan mereka!

Senyuman kanak-kanak yang tidak bersalah penuh dengan harapan di Kem Yarmouk! 

Jangan pernah lupakan mereka! [Ph]

#SaveYarmoukCamp #AqsaSyarifSenyuman kanak-kanak yang tidak bersalah penuh dengan harapan di Kem Yarmouk! 

Jangan pernah lupakan mereka!

‪#‎SaveYarmoukCamp‬ ‪#‎AqsaSyarif‬

Monday, 10 February 2014

Konvoi bantuan PBB diserang


Aktivis yang terperangkap dalam kepungan di wilayah Homs, Syria bimbang pemindahan keluar orang awam yang dirancang tidak akan dapat dijalankan.

Kebimbangan itu disuarakan sehari selepas serangan ke atas konvoi bantuan PBB dan Bulan Sabit Merah yang membunuh lima orang dan mencederakan 20 yang lain.


Rancangan pemindahan itu sebahagian daripada perjanjian PBB untuk menyelamatkan penduduk di Homs dan mengurangkan angka korban di kawasan yang dikepung tentera sejak lebih 600 hari lalu.



Perjanjian itu juga merangkumi pengagihan bantuan kemanusiaan kepada sekitar 3,000 orang yang terperangkap dalam kepungan.


Tetapi serangan yang berlaku Sabtu lalu ke atas konvoi PBB dan Bulan Sabit Merah membunuh lima orang dan mencederakan 20 yang lain.


Rejim Presiden Bashar al-Assad dan pejuang penentang kerajaan saling menuding jari, menuduh satu sama lain bertanggungjawab terhadap serangan yang menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan.

“Kami tidak pasti sama ada pemindahan ini akan diteruskan atau tidak. Kami tidak menjangka konvoi akan diserang,” kata seorang aktivis yang terperangkap sejak Jun 2012, Abu Bilal.


“Kami berharap lebih banyak bantuan tiba dan kami berharap dapat memindahkan orang awam keluar dari sini. Tetapi semuanya masih tidak pasti lagi,” katanya.

Dalam kenyataannya Sabtu lalu, Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, pihak berkuasa komited dengan operasi bantuan kemanusiaan itu.


Abu berkata, tidak masuk akal jika penentang melakukan serangan ke atas konvoi bantuan, tambahan pula ia menyebabkan komander mereka terbunuh dalam serangan itu.


Kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan mengepung wilayah berkenaan yang membabitkan sekurang-kurangnya 1,200 mangsa wanita, kanak-kanak dan orang tua.


Operasi kemanusiaan dilancarkan selepas sesi dialog keamanan yang menemukan wakil rejim dan penentang di Switzerland.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

syria berdarah

syria

Guilty of crimes against humanity in Syria - world top 10 most wanted terrorists

Bustan Al-Qasr,Halab Beginilah mereka terpaksa mengangkut orang yang cedera dan sakit, kerana mereka tidak mempunyai ambulans lagi.

syria berdarah

Apa lagi yang anda mahukan wahai mereka yang ta'sub dan menutup sebelah mata.dengarkan sendiri dari mulut seorang tua Syria muslim dengan linangan air matanya.masih tidak ingin mempercayai semua ini?Adakah kamu berhajat untuk dibangkit di mahsyar bersama dengan pembunuh kedua syuhada ini?

Hanya Allah s.w.t yang boleh membuka hati

[ISIS membunuh seorang lelaki dan anak perempuannya]:
http://youtu.be/YrZOVUwN7uE

Sunday, 9 February 2014

syria

A selection of assad's weapons against the Syrian people

syria berdarah

This is Syria, assad's crimes terrorising a nation

"KAMI TIDAK MAHU BERTEMU #ALLAH SWT DALAM KEADAAN TANGAN KAMI DICEMARI DARAH KAUM #MUSLIMIN"

"KAMI TIDAK MAHU BERTEMU #ALLAH SWT DALAM KEADAAN TANGAN KAMI DICEMARI DARAH KAUM #MUSLIMIN"

Video ini menunjukkan ucapan Syeikh Muheisini sejurus sebelum serangan ke atas penjara Aleppo di mulakan. Dalam video ini juga, kita boleh melihat As-Syahid Seifullah As-Shishan, yang duduk di sebelah kanan Syeikh semasa ucapan beliau. As-Syahid Seifullah As-Shishan telah syahid semasa mengetuai serangan ke atas penjara Aleppo.

Nota Kaki: Syeikh Muheisini adalah Syeikh yang telah menawarkan untuk menjadi orang tengah dalam perjanjian damai diantara Mujahidin lain dan #ISIS, tetapi ianya ditolak oleh ISIS. Boleh rujuk post sebelum ini untuk gambaran lebih jelas.

Link video: http://youtu.be/P06bMq5KhgA

Keadaan di Halab. Rakyat Syria melarikan diri dari pengoboman Assad. Hanya Allah yang tahu nasib mereka seterusnya. 8.2.2014

BETAPA PARA MUJAHIDIN MENGAMBIL BERAT TENTANG KESELAMATAN ORANG AWAM DI DALAM OPERASI MEREKA



Sebelum mereka memulakan operasi ketenteraan yang diberi nama "Waqtarab Al-Wa'd Al-Haq"(Sesungguhnya janji yang benar itu telah dekat), kumpulan Mujahidin mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi markas-markas dan checkpoint tentera Rejim supaya mereka tidak terperangkap didalam serangan.

Walaupun dari segi strategi ketenteraan ini mungkin akan memberi maklumat kepada pihak Rejim, tetapi pihak Mujahidin lebih mementingkan untuk memelihara nyawa orang yang tidak bersalah.

Surat ini ditandatangani oleh:
Ahrar Al Sham
Liwa Tauhid
Jabha An Nusra
Tajammu' Fastaqim Kama Umirt
Jaish Mujahidin

SEKARANG:



Helikopter Assad menjatuhkan tong TNT di dataran dan pasaraya (Haydariah) yang dipenuhi orang awam dan stesen minyak. Orang-orang awam ini merupakan yang telah melarikan diri dari bandar Halab malangnya telah menuju kepada letupan besar dan mayat yang beterbangan di setiap arah. Dianggarkan melebihi sepuluh orang yang telah terbunuh tadi, dan sistem paip air utama di Halab telah rosak akibat letupan besar yang baru sahaja terjadi. Kami meminta maaf atas beberapa imej yang amat mengerikan. 

Link Video : http://youtu.be/Ek3hP45MwvE

syria berdarah

Pada tahun 2011,

Rakyat Syria enggan tunduk pada kepimpinan pertama Syiah Taghut, dan sekarang kamu sangka rakyat Syria akan tunduk pada Kawarij Taghut?! 

Revolusi ini milik kami, hak kami! 

Kami tidak sesekali akan tunduk pada penganiayaan dan penindasan, sama ada ianya dari Assad ataupun Baghdadi! Pembunuhan adalah tetap pembunuhan. Tidak kira pembunuhan itu atas nama Negara ataupun Baghdadi. Kedua-duanya kami tentang habis-habisan.

Perjuangan ini hanya untukMu dan hanya padaMu kami berserah dan memohon pertolongan.

syria

Gambar ini diambil sewaktu Program Pemindahan dan Menyelamatkan wanita dan lelaki tua daripada Homs dan Kem Yarmuk yang dicadangkan Assad di Geneva. 

Secara kasarnya, pasti ramai yang beranggapan Program dilancarkan Assad selepas 3 tahun dia cuba untuk menghapuskan Muslim-sunni di bumi Syria sebagai 'baik', 'masuk akal' dan 'bertanggungjawab' walhal dia merupakan dalang di sebalik huru-hara di sana.

Tetapi jika kita berfikir dengan lebih kritis, dengan adanya Program ini, segala perancangan Assad akan lebih mudah dicapai. Pertama sekali, dengan memindahkan para wanita dan lelaki tua bermaksud para mujahidin (lelaki dewasa) akan masih di kawasan pedalaman dan lebih memudahkan Assad membalas dendam dan memudahkannya melenyapkan terus umat Islam di sana secara berperingkat apabila hanya lelaki dewasa (Mujahidin) yang tinggal.

Tidak lupa juga kepada para pelarian Palestin yang sebelum ini telah melalui peristiwa yang sama iaitu berpindah dari kampung halaman mereka ke kawasan baru dan kini disebabkan serangan 'Assad', mereka kini akan dipindahkan lagi ke kawasan baru.

Sekarang, sekiranya Assad berjaya melancarkan Programnya iaitu memindahkan wanita dan lelaki tua, Homs pasti tidak lama lagi akan bebas dari muslim-sunni dan impian bapanya, Hafez Assad yang mahukan sebuah negara Syiah baru di pinggir laut Syria akan tercapai tidak lama lagi!

syria berdarah

Beginilah keadaan dari dalam Penjara Negara di Halab. Kelihatan bilik-bilik kecil yang menempatkan para tahanan Regim bertopengkan Iblis. Dapatkan kita gambarkan bagaimana keadaan para tahanan Regim ditahan di dalam bilik-bilik kecil itu tanpa pembelaan selama puluhan tahun?! Haiwan yang di letakkan di zoo sendiri mempunyai ruang yang lebih besar berbanding mereka ini!

Adakah kamu rasa syaitan mempunyai sikap sebegini? Adakah layak kita samakan kezaliman Assad dan sekutunya dengan Iblis atau Syaitan? Adakah perlu lagi kita menganggap mereka ini saudara kita dalam Islam? Adakah perlu lagi kita duduk di meja berdiskusi mencari solusi dengan manusia-manusia bertopengkan Iblis ini? Tidak! Sesekali Tidak! Mereka ini malah lebih dahsyat berbanding Yahudi. Bersandarkan nama Islam melakukan kemungkaran di atas bumi Allah!

Sesungguhnya, mereka telah melampaui batas dan Allah tidak sesekali lupa akan setiap kezaliman dilakukan mereka.

syria berdarah

Berikutan kepungan yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Syria, banyak bekalan perubatan diperlukan bagi hospital-hospital di lapangan, untuk merawat yang cedera, yang kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak.

Bekalan perubatan adalah ANTARA yang sangat diperlukan ketika ini dan puak Syiah tidak membenarkannya sampai ke hospital-hospital kami. Jadi kami TERPAKSA membuat bekalan perubatan ini sendiri tanpa sebarang bantuan, dengan apa yang kami ada.

Peralatan ini ialah untuk menyediakan air suling bagi kegunaan serum yang diperlukan di hospital lapangan, ia melalui pelbagai proses pendidihan dan penapisan sebelum digunakan untuk pesakit.

Terima kasih kepada Assad yang membawa Syria mundur 1000 tahun ke belakang.

Saksikan klip ini.

Link Video : http://youtu.be/BsFMvqGvrs0

Tentera Assad baru sahaja menembak satu menara di salah satu masjid di Ghoutah Timur.

syria berdarah

Ahad, 9hb Februari 2014 | 8 Rabiul Akhir 1435H

Bertempat di pejabat Green Project, berlangsungnya program penyerahan sumbangan derma buat Syria. Turut hadir adalah Ustaz Asri Khalid bagi pihak Green Project. Kutipan adalah hasil dari derma-derma yang diperolehi sewaktu ceramah Syria, sumbangan peribadi dan hasil jualan T-Shirt.

Sumbangan ini akan digunakan untuk projek kami bagi Sekolah Anak Yatim dan 'Down Syndrome' (bagi pelarian Syria di Turki) dan juga projek Hospital Bawah Tanah Ghoutah.

Jutaan terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh saudara Islam Malaysia terhadap saudara-saudara mereka di Syria. Tanpa sumbangan dari anda projek ini tidak mungkin berjaya.

Jazakallahu Khairan Kathira

syria berdarah

Barel-barel milik Regim Assad menghujani Daraya, Damaskus. Daraya dihujani kematian dan ledakan bom TNT, sebanyak 6 buah barel diledakkan di Darayya hari ini.

Video dibawah memperlihatkan saat-saat ledakan barel-barel. Rumah-rumah hancur dan gambar memperlihatkan kesan lekukan di tanah akibat ledakan barel dahsyat yang diibaratkan seperti meteor menghentam bumi.

Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel

Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=zu2_lJcMuhs&feature=youtu.be

syria

Lihatlah bagaimana lelaki ini diseksa di penjara Assad sehingga beliau terkorban. Ini hanyalah salah satu daripada ribuan malah jutaan jenayah zalim dilakukan SYIAH! Bukti demi bukti dihidangkan buat tatapan seisi dunia tetapi Dunia masih memilih untuk berbincang dengan Pemimpin Regim Assad yang berperwatakan Syaitan ini. 

Dan perlu diingat bahawa musuh kita ini terdiri dari dua golongan makhluk, iaitu manusia dan jin. Inilah yang membuat pertarungan orang beriman menghadapi mereka menjadi sangat berat. Sebab kita hanya mampu mengesan salah satu di antara keduanya sedangkan yang satu lagi sungguh sukar, kecuali jika Allah izinkan.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin.” (Surah Al-An’aam 112)

Saturday, 8 February 2014

Penduduk Syria kembali ke rumah


Penduduk Syria kembali ke rumah
Penduduk Syria kembali ke rumah
2014/02/08


Gambar dikeluarkan Agensi Berita Arab Syria pada 4 Februari menunjukkan ratusan keluarga di Muadamiyat al-Sham, pulang ke rumah masing-masing.
DAMSYIK: Beribu-ribu rakyat Syria telah kembali ke rumah masing-masing di barat daya Syria, selepas gencatan senjata antara kerajaan dan pembangkang, demikian menurut laporan Press TV.

Penduduk bandar Muadamiyat al-Sham, yang terletak di Wilayah Rif Dimashq dekat Damsyik kembali semula ke kawasan itu selepas militan Takfiri yang dibiayai asing meninggalkan kawasan itu sebagaimana yang dipersetujui dalam gencatan senjata berkenaan.


Seorang penduduk bandar itu memberitahu Press TV, “Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hidup tanpa rumah begitu sukar, meskipun jika anda di tempatkan di tempat perlindungan atau kem.”

Pada 5 Februari, Jawatankuasa Penyatuan Kebangsaan Syria berkata lebih daripada 1,200 keluarga Syria telah kembali ke rumah di selatan negara itu selepas persetujuan perdamaian itu.

Ramai berharap persetujuan damai serupa dicapai yang bertujuan menamatkan peperangan antara tentera Syria dan militan Takfiri di beberapa bahagian negara itu yang dilanda krisis peperangan.

Langkah pertama perjanjian itu adalah gencatan senjata, diikuti dengan pengunduran pihak militan dari Muadamiyat al-Sham selepas mereka menyerahkan senjata. Kemudian, kerajaan Syria akan membebaskan beberapa tahanan.

Perkembangan itu berlaku menjelang pusingan baru rundingan antara wakil kerajaan Syria dan Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) yang akan bermula 10 Februari ini di Geneva, Sweden.
Rundingan sebelum ini yang dipanggil Geneva II, berlangsung di Montreux, Switzerland pada 22 Januari. Kerajaan Syria dan pembangkang serta beberapa negara menyertai rundingan itu yang bersambung di Geneva dari 23 hingga 31 Januari. - AGENSI

syria

What's the difference?
One uses brutal methods to kill..
The other watches and proposes time wasting methods which prove useless and fatal

PBB tunggu lampu hijau


8 Februari 2014
Syria
Syria Bantuan kemanusiaan PBB bersiap sedia menyalurkan bantuan makanan ke Homs.



HOMS - SYRIA. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik tindakan Syria memindahkan penduduk awam yang terkepung di sini selepas kawasan itu menjadi lokasi serangan utama antara pemberontak dan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, konvoi makanan dan pasukan perubatan kini bersiap siaga untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas sejurus mendapat lampu hijau dari anggota keselamatan.

“Kami akan memasuki kawasan itu selepas mereka mengisytiharkan gencatan senjata. Terdapat 2,500 penduduk yang kini mengalami kebuluran selepas bantuan makanan dihalang memasuki kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Tentera Pembebasan Syria membebaskan ratusan tahanan yang menjadi mangsa kekejaman rejim di Penjara Aleppo, semalam.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria Abdel Rahman berkata, pembebasan itu dibuat selepas Briged Ahrar al-Syam dan Al-Nusra menguasai 80 peratus kawasan Aleppo.

“Tahanan dibebaskan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pejuang barisan hadapan dalam usaha menentang rejim,” katanya, laporan dipetik dari Al Jazeera.

KANAK-KANAK SYRIA DIBUNUH KEJAM MENGGUNAKAN TONG-TONG TNT PEMBUNUH DAN KERETA SARAT MUATAN LETUPAN OLEH REJIM ASSAD



Ketika mana pada tahun lepas masyarakat dunia mendesak Syria bagi menghentikan serangan kimia keatas penduduk mereka, dalam pada masa yang sama serangan-serangan dari peluru-peluru yang keluar dari senjata mereka masih diteruskan. Ternyata bukan serangan kimia yang rakyat Syria takutkan. Tetapi hari-hari mereka lalui dipenuhi perasaan takut akan peluru-peluru yang menembak tepat mengenai sasaran pada leher, dada dan kepala mereka bagi tujuan membunuh. Saban hari melebihi 200 rakyat Syria yang telah terbunuh. Kini mereka sudah nekad untuk membunuh dengan bilangan mangsa yang lebih ramai lagi. Negara lain dihujani air. Malangnya bumi yang kaya dengan sirah Anbia' ini dihujani oleh tong-tong TNT dan kereta-kereta yang sarat dengan bahan letupan. Dan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang baru hendak mengenal erti dunia ini.

SHARE bagi membantah tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini!

-------------------------------------------

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

syria berdarah

Letakkan tangan anda di hati dan tanyakan soalan ini pada Iman. 

'Adakah kesakitan mereka itu terasa sampai di dalam hati kita?'

Menangislah wahai saudaraku, moga air mata ini menjadi saksi tanda kasih dan cinta kita kepada mereka.

Berikanlah bantuan sekadar yang kita mampu walaupun ianya hanya 10 sen dan doa yang berpanjangan.
 

Ahrar al-Sham & unit FSA tempatan menaklukii Tentera Syria "Al-Sureesa" yang bertapak di selatan Quneitra.

Ahrar al-Sham & unit FSA tempatan menaklukii Tentera Syria "Al-Sureesa" yang bertapak di selatan Quneitra.

Video menunjukkan kereta kebal, lori, senjata, peluru dan lain-lain telah dimusnahkan & ditawan, ini menunjukkan bahawa kuasa-kuasa SAA ketinggalan.

Musuh-musuh Islam memanggil mereka (Pemberontak, Murtad, Sahawah, Kafir), Kami Panggil mereka (Mujahideen Fi sabil Allah)

Link: http://www.youtube.com/watch?v=ueZTUxDZjDQ

syria berdarah

Video ini yang di rekod oleh seorang ahli ISIS menunjukkan keadaan yang berlaku selepas pertempuran diantara ISIS dan Liwa Tauhid di Al-Rai. Ahli ISIS yang merakam video ini adalah dari Kuwait, dan beliau adalah antara beberapa ahli ISIS yang berjaya ditawan oleh Liwa' Tauhid, dan dia cedera di kaki akibat di tembak. Beliau mengatakan selepas pertempuran selesai, Liwa' Tauhid merawat semua ahli ISIS yang cedera, dan mereka dapat duduk dan berborak bersama-sama. Video ini merakamkan perjalanan ahli ISIS tersebut dari dalam truck Liwa' Tauhid sehinggalah beliau sampai ke pusat first aid Liwa' Tauhid dan diberikan rawatan.

Ahli ISIS ini mengatakan bahawa walaupun Liwa' Tauhid mengalami ramai syahid dalam pertempuran itu, mereka tetap merawat tawanan mereka dengan baik.

Beginilah akhlak mujahidin sebenar.

Link: http://www.youtube.com/watch?v=w7Wz3FFAf3g&feature=share

syria berdarah

Assalamualaikum. Pihak Syria Care sekarang sedang mencari pekerja sepenuh masa yang sanggup dan ikhlas bekerja kerana Allah swt. Antara kriteria-kriteria lain ialah :

* Berkemahiran untuk Edit Video dan Gambar.
* Kreatif.
* Berkemahiran dalam fotografi.
* Perlu hadir mengikuti program-program Syria Care. Contohnya jika terdapat program dinegeri lain (dalam Malaysia) atau program di luar Malaysia (contohnya Turki).
* Tinggal berdekatan kawasan Shah Alam bagi memudahkan segala urusan.
* Sanggup bekerja lebih masa.
* Berkebolehan berkomunikasi dan memahami Bahasa Inggeris.
* Jika terdapat yang boleh berbahasa Arab adalah sangat dialuk-alukan.

Ditekankan di sini, semangat dan keikhlasan untuk bekerja fisabilillah adalah sangat diperlukan. Temuduga akan diadakan pada hari Isnin (10 Februari 2014) jam 10pagi di:

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

SHARE buat manfaat bersama.

syria berdarah

Ketika ISIS mula mengkhianati Mujahideen dan menyerang mereka dari belakang, As-Syahid Saifullah As-Shishani menolak untuk menerima arahan Al-Baghdadi untuk memerangi Mujahidin yang lain. Dengarlah kata-kata beliau ini, terutama kepada pendokong-pendokong ISIS:

"Aku datang untuk mempertahankan kehormatan Muslimat dan darah kanak-kanak dan ianya adalah Jihad di Jalan Allah.
Aku bukan datang untuk tentukan siapa kafir siapa Mukmin.
Aku datang bukan untuk membeli tanah.
Aku datang bukan untuk mengahwini wanita.
Aku datang bukan untuk mengkafirkan FSA, tetapi untuk membantu mereka.
Kami adalah tetamu disini, dan kamu (Mujahidin Syria) adalah Ansar, tuan rumah, dan apabila Jihad di sini selesai, kami akan berada di tanah Jihad yang seterusnya."

Saifullah Al-Shishani yang mengetuai Jaish Muhajireen wa Al Ansar enggan mengikuti langkah Omar Al-Shishani dalam berbaiah kepada ISIS dan telah menyertai Jabha An-Nusra. Beliau syahid ketiaka mengetuai serangan untuk membebaskan penjara Aleppo bersama-sama dengan Jabha Islamiah dan kumpulan-kumpulan lain. Semoga Allah menerimanya sebagai Syahid.

Pada masa Mujahidin bermati-matian untuk membebaskan penjara di Aleppo, ISIS menyerang dan merampas markaz-markaz Ahrar Al-Sham di Hasakah.
 

syria berdarah


اللهم انتقم من بشار الأسد

Saat-saat menakutkan bagi ibu-ibu dan bapa-bapa ketika regim assad mengebom rumah mereka. Darah ditumpahkan tanpa hak. Menzalimi dan membunuh tanpa mengira usia. 

Burung-burung Syurga yang menemui penciptanya semalam,

1. Malik Waleed [5 tahun]
2. Ahmad Walid [8 tahun]
3. Fatima Nabil [6 tahun]
4. Ahmed Nabil [7 tahun]

2 pasar raya besar dibuka di khemah pelarian Syria




Dua wanita pelarian Syria sedang memerhatikan barangan yang dijual di sebuah pasar raya besar yang baru dibuka di khemah pelarian Zaatari, kira-kira 13 kilometer dari sempadan Jordan dan Syria, kelmarin. - AGENSI
AMMAN 7 Feb. - Sebanyak dua pasar raya besar dibuka di kawasan khemah pelarian Syria di Jordan, semalam.
Kedua-dua pasar raya itu dibuka di khemah pelarian Zaatari yang terletak kira-kira 13 kilometer dari sempadan Jordan dan Syria.
Pembukaan pasar raya itu membolehkan kira-kira 100,000 pelarian Syria yang ditempatkan di situ untuk membeli barangan, sekali gus mengembalikan semula kehidupan normal kepada mereka.
Pembukaan pasar raya itu disambut baik oleh Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) kerana ia merupakan satu cara untuk mengagihkan barangan catuan.
Setiap pelarian akan diberikan baucar bernilai 18 dinar Jordan (RM83) setiap bulan bagi membolehkan mereka membeli barangan makanan, selain barangan catuan.
Sebuah daripada pasar raya itu, Safeway Jordan, dimiliki sebuah syarikat milik Kuwait, Sultan Centre.
Dalam tempoh beberapa minggu lagi, WFP difahamkan akan mengurangkan komoditi makanan di pusat itu dan menaikkan nilai baucer secara berperingkat-peringkat sehingga khemah berkenaan dibantu sepenuhnya menerusi baucer makanan bernilai 24 dinar Jordan (RM112) setiap orang, sebulan.
Sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) diperlukan untuk membiayai kos makanan di khemah pelarian itu setiap hari dengan setengah juta keping roti dan 4.2 juta liter air diedarkan setiap hari.
PBB, semalam menyambut baik gencatan senjata yang dicapai di bandar Homs bagi membolehkan penduduk di situ dipindahkan dan bantuan kemanusiaan diagih-agihkan kepada mereka.
''PBB dan badan-badan kemanusiaan mempunyai bekalan makanan, perubatan dan barangan keperluan asas lain untuk dihantar segera kepada penduduk di Homs, sementara menunggu 'lampu hijau' diberikan,'' kata jurucakap PBB, Farhan Haq dalam satu kenyataan. - AGENSI/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140208/lu_10/2-pasar-raya-besar-dibuka-di-khemah-pelarian-Syria#ixzz2sg1S6PBT
© Utusan Melayu (M) Bhd