Tuesday, 14 April 2015

Rakan Saya Sertai IS di Syria - Pelajar


Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 9:33 AM

EKSKLUSIF
MELAKA: Seorang pelajar sebuah universiti berprestij di Kuala Lumpur mendakwa tiga rakannya berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pelajar berusia 22 tahun yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dia turut mendakwa cuba dipengaruhi untuk menyertai IS menerusi media sosial.

"Rakaman video yang disifatkan sebagai perjuangan oleh militan IS dimuat naik dalam laman Facebook saya dan rakan saya yang berada di Syria sentiasa meminta saya untuk menyertai mereka," katanya.

Katanya, dia mula bertemu sekumpulan pelajar itu pada 2012 dan mereka sering bercakap tentang memperjuangkan hak pihak yang ditindas di negara lain.

Dia berkata, tiga pelajar dalam kumpulan tersebut berlepas ke Syria untuk menyertai IS tahun lalu.

Pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, dia berasa malu terutamanya sejak Facebooknya turut ditag bekas rakannya di Syria.

"Saya juga tidak boleh fokus kepada pelajaran kerana mereka sering memujuk saya untuk menyertai mereka disana.

"Saya berhenti menjawab panggilan telefon kerana ada diantara mereka menghubungi saya walaupun saya memberitahu mereka untuk tidak berbuat demikian dan mereka tersilap langkah," katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Pesawat Syria bom sekolah di Aleppo

ISNIN, 13 APRIL 2015 @ 11:38 AM
ANGGOTA pertahanan awam membawa mayat kanak-kanak selepas pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. - Foto REUTERS 


BEIRUT: Satu serangan udara tentera rejim Syria menyasarkan sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh. Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Karim, berkata pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. "Lima kanak-kanak, tiga guru wanita dan seorang lelaki terkorban," katanya. Katanya, beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat. Serangan berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP


Pesawat tentera Syria bom sekolah


Beirut: Satu serangan udara tentera rejim Syria terkena sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh.
“Pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. Lima kanak-kanak antara yang terbunuh. Tiga guru wanita dan seorang lelaki juga terkorban,” kata Ketua Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.
Beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak mati dalam serangan udara yang menyasarkan kawasan kejiranan di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang itu.
Kejadian berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43372#sthash.NsT7l2O7.dpuf

Monday, 13 April 2015

Warga Palestin bersatu pertahan Yarmouk


Warga Palestin bersatu pertahan Yarmouk
Seorang pejuang Palestin mengambil kedudukan di sebuah pos kawalan di kem pelarian Yarmouk.
DAMSYIK - SYRIA. Warga Palestin di Syria bergabung tenaga dengan puak bersenjata dalam usaha mempertahankan kem pelarian Yarmouk selepas kumpulan militan IS menguasai sebahagian besar kawasan itu.

Difahamkan, pelarian Palestin dari beberapa kem di Syria menyerbu ibu pejabat kumpulan Fatah al-Intifada untuk menawarkan diri memerangi IS.

Wakil kumpulan terbabit, Tayseer Mousa berkata, sukarelawan turut membantu mereka membina halangan.

IS menyerbu kem pelarian yang menempatkan kira-kira 18,000 pelarian Palestin dan warga Syria itu, pada 1 April lalu.

Kelmarin, Ketua Agensi Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRWA), Pierre Krahenbuhl mengumumkan pihaknya bakal ke Syria bagi membincangkan bantuan kepada orang awam yang terperangkap di kem tersebut.

Difahamkan, terdapat kira-kira 3,500 kanak-kanak masih terperangkap di situ.

Dalam pada itu, ketua delegasi Palestin di PBB, Riyad Mansour merayu bantuan antarabangsa dalam apa jua bentuk untuk menjamin keselamatan di laluan pemindahan pelarian Yarmouk. - Press TV

Sunday, 12 April 2015

IS Musnahkan Tapak Berhala Purba Assyrian


Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 12:37 PM
Seorang militan IS memusnahkan berhala di tapak purba Assyrian di Nimrud, Iraq

BAGHDAD: Kumpulan Negara Islam (IS) pada Sabtu memuatnaik video tindakannya meletupkan sebuah tapak purba yang memusnahkan artifak di sebuah bandar purba Assyrian, Nimrud di utara Iraq.
Rakaman video tidak bertarikh itu menunjukkan tapak yang terletak berhampiran Sungai Tigris, kira-kira 30 kilometer dari Tenggara Mosul masih dalam kedudukan sama.
Kemusnahan tapak purba tersebut dilapor berlaku lebih sebulan lalu, bagaimanapun jumlah kerosakan yang dialami masih belum dapat dikenal pasti.
"Kami tidak teragak-agak dan akan bertindak memusnahkan mana-mana kawasan yang mempunyai petanda penyembahan berhala dan monoteisme (kepercayaan bahawa Tuhan adalah satu)," kata seorang militan pada akhir rakaman tersebut.
Rakaman seterusnya menunjukkan satu letupan besar dilakukan oleh militan sehingga menyebabkan keadaan langit mendung dan dipenuhi dengan asap.
Terdahulu, militan IS bertindak ganas memusnahkan patung-patung menggunakan tukul besi dan kelihatan salah seorang daripada mereka mengukir bidur menggunakan pengisar.
"Kami akan memusnahkan kesemua patung yang menyamai tuhan dan kami percaya tuhan kami memuliakan segala perbuatan kami dalam Islam.
"Kami bersyukur kepada tuhan kerana berjaya menghapuskan setiap patung yang menyamai-Nya," jelas seorang militan.

Saturday, 11 April 2015

Larangan masuk Syria, Iraq

Syria
Pejabat keselamatan di Aleppo musnah teruk dalam kejadian pengeboman.
TOKYO - JEPUN. Jepun mengeluarkan larangan perjalanan ke Syria dan Iraq terhadap seorang pengamal media negara itu atas faktor keselamatan.

Menurut laporan media tempatan, jurugambar perang berpengalaman, Yuichi Sugimoto diharamkan mengunjungi dan membuat liputan di kedua-dua negara bergolak tersebut.

"Sugimoto bebas memasuki semua negara kecuali Iraq dan Syria," menurut kenyataan rasmi Jepun, semalam.
Februari lalu, kerajaan Jepun merampas pasport milik Sugimoto selepas beliau berkeras mahu memasuki Syria.

Di bawah undang-undang Jepun, pihak berkuasa boleh merampas pasport milik warganya jika didapati keselamatan mereka terancam di negara asing.

Awal tahun ini, dua warga Jepun, Kenji Goto dan Haruna Yukawa dipenggal oleh kumpulan militan IS di Syria lapor Press TV.

PLO enggan sertai Syria perangi IS


Sebahagian penduduk Palestin di luar ibu pejabat PLO di Ramallah,
Sebahagian penduduk Palestin di luar ibu pejabat PLO di Ramallah, Tebing Barat, melaungkan slogan solidariti menyokong pelarian Palestin yang terkepung di kem pelarian Yarmuk, Syria, kelmarin. AFP
RAMALLAH 10 April – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semalam menolak untuk menyertai operasi ketenteraan bersama tentera Syria bagi memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menawan kem pelarian Yarmuk di luar Damsyik, sekali gus menarik balik kenyataan awal anggotanya yang menyokong operasi tersebut.
IS merampas kawalan hampir keseluruhan kem Yarmuk sejak beberapa hari lalu selepas menewaskan kumpulan militia yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.
“Kami enggan terbabit dalam sebarang kempen bersenjata tanpa mengira apa puncanya dan kami mahu cara lain diambil bagi mengelak pertumpahan darah, selain menghalang lebih banyak kemusnahan dan kehilangan tempat tinggal,’’ kata PLO dalam satu kenya­taan yang dikeluarkan di Ramallah.
Terdahulu, anggota jawatankuasa eksekutif yang dihantar ke Damsyik oleh PLO untuk membincangkan krisis tersebut, Ahmad Majdalani berkata, beliau menyokong sera­ngan tentera Syria untuk mengambil balik kawalan kem tersebut.
Kelmarin, sebanyak 14 sayap pergerakan Palestin yang mengadakan pertemuan di Damsyik, men­yatakan sokongan untuk menyertai operasi ketenteraan dengan kerajaan Syria bagi memerangi IS.
Dalam pada itu, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon melahirkan kebimbangan berhubung ke­se­lamatan kira-kira 18,000 penduduk Palestin yang masih terperangkap di kem pelarian tersebut.
Beliau menggesa tindakan diambil bagi menghalang pembunuhan penduduk di kem tersebut.
“Kita tidak boleh hanya berdiam diri dan menyaksikan pembunuhan besar-besaran berlaku,’’ katanya di New York. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/plo-enggan-sertai-syria-perangi-is-1.79776#sthash.koSezdYh.dpuf

Friday, 10 April 2015

Siapa dengar rintahan anak-anak kecil ini?


Siapa dengar rintahan anak-anak kecil ini?
PADA bulan lalu, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) memberi amaran bahawa lebih 14 juta kanak-kanak di Syria dan Iraq berisiko terdedah kepada keganasan, kemiskinan, trauma serta mangsa eksploitasi.
 
Wakil Unicef di Damsyik, Hanaa Singer memberitahu, penderitaan golongan tersebut semakin membimbangkan berikutan konflik yang semakin meruncing di kedua-dua negara terbabit.  
 
“Jumlah kanak-kanak yang memerlukan bantuan kemanusiaan kini meningkat 15 kali ganda berbanding pada 2012.  Di  Syria, terdapat 5.6 juta budak terjejas dan majoriti daripada mereka turut kehilangan tempat tinggal.
 
“Bantuan kemanusiaan dan bekalan asas kesihatan tidak dapat dihantar kepada lebih dua juta budak kerana akses untuk masuk ke kawasan terjejas telah disekat,” jelasnya.
 
Hanaa turut menggesa peluang pendidikan diberikan kepada golongan tersebut dan beliau juga memberi amaran terhadap risiko ‘generasi hilang’ memandangkan jutaan kanak-kanak Syria kini tidak bersekolah.
 
Laporan Save the Children menunjukkan purata kemasukan ke sekolah di Damsyik  menurun kepada 50 peratus  berbanding jumlah direkodkan sebelum perang. 
 
Mereka menganggarkan kanak-kanak yang tidak tamat sekolah rendah mungkin hanya memperoleh 32 peratus jumlah pendapatan daripada pekerjaan pertama mereka berbanding golongan yang tamat sekolah menengah.

Menurut laporan itu lagi, langkah menyediakan peluang pendidikan kepada budak di Syria didakwa dapat mengelakkan golongan tersebut daripada menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab termasuk dijadikan buruh kanak-kanak dan direkrut kumpulan militan di rantau terbabit.

Thursday, 9 April 2015

IS: Pesawat Kanada lancar serangan pertama di Syria

OTTAWA: Kanada melancarkan serangan udara sulungnya ke atas Syria hari ini sekali gus melebarkan komitmennya dalam membantu tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memerangi militan Negara Islam (IS).
Jurucakap tentera Kanada berkata, dua pesawat pejuang F-18 dengan kemudahan bom kawalan jauh, menggempur lokasi IS berdekatan bandar Raqqa, sebelum berpatah semula ke pangkalan.
Sebelum ini, serangan tentera udara Kanada hanya terhad di wilayah Iraq sahaja. - AFP

PBB Rancang Bantu Pelarian Kem Yarmuk


Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 10:40 AM
Puluhan ribu pelarian Palestin dan Syria berlindung di Kem Yarmuk yang kini diancam pengganas IS.

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu pihaknya sedang merangka perancangan untuk membantu kira-kira 18,000 pelarian Palestin dan rakyat Syria di Kem Yarmuk yang ketika ini dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menerusi perbincangan yang diadakan, seorang pegawai tertinggi PBB menyarankan supaya segera memindahkan pelarian di kem tersebut.
Perkembangan terkini itu disampaikan Ketua Agensi Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRWA), Pierre Krahenbuhl kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan 15 ahli majlis PBB.
Kem itu terletak di pinggir Damsyik iaitu kira-kira lima kilometer dari istana Presiden Syria, Bashar al-Assad.
“Apa yang paling dibimbangi pelarian di Yarmuk sekarang ialah mereka terdedah kepada ancaman dan semuanya berkait rapat dengan isu keselamatan,” kata Krahenbuhl kepada pemberita menerusi sidang video dari Jordan.
Kanak-kanak juga menjadi pelarian akibat konflik yang tercetus.
Sementara itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria pula memaklumkan IS menguasai hampir keseluruhan Yarmuk, manakala tentera Syria pula mengepung daerah itu.
Krahenbuhl berkata, negara yang berpengaruh ke atas pihak bertelagah perlu memberi perlindungan kepada orang awam.
Sehubungan itu, PBB digesa mencari satu langkah bagi memudahkan pemindahan pelarian secara teratur dan selamat.
Menerusi kenyataannya, Majlis Keselamatan PBB berkata, pihaknya akan meneliti langkah seterusnya yang boleh diambil dalam usaha memberi bantuan dan perlindungan kepada pelarian berkenaan.
Setakat ini, kata pertubuhan dunia itu, seramai 94 orang awam telah dibawa keluar dari Yarmuk, namun kira-kira 3,500 kanak-kanak lagi masih terperangkap di situ.
Yarmuk kini menjadi rumah kepada lebih setengah juta rakyat Palestin sebelum konflik di Syria bermula pada 2011. Perang saudara di Syria pula telah membunuh lebih 220,000 orang dan menyebabkan jutaan rakyatnya kehilangan tempat tinggal. – Reuters

Syria sedia bekal senjata


Damsyik: Syria bersedia menawarkan bekalan senjata kepada penduduk Palestin di kem pelarian Yarmouk unntuk membantu mereka memerangi dan mengusir militan Negara Islam (IS) di kem pelarian itu.
Keadaan yang semakin buruk di kem berkenaan mendorong Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak supaya lebih banyak akses diadakan untuk membantu penduduk yang terperangkap di antara militan IS dan pasukan kerajaan.
Pertempuran sengit itu yang bermula 1 April lalu sudah berakhir tetapi tentera kerajaan Bashar al-Assad masih menggugurkan bom tong di kem itu yang terletak enam kilometer dari tengah Damsyik.
Di Damsyik, Timbalan Menteri Luar Faisal Meqdad berunding delegasi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Ahmad Majdalani.
“Pihak berkuasa Syria bersedia membantu pejuang Palestin di kem itu dengan pelbagai cara, termasuk ketenteraan, bagi mengusir IS dari kem terbabit,” kata pegawai PLO Anwar Abdul Hadi yang turut menghadiri mesyuarat itu.
Kebanyakan kumpulan Palestin di Yarmouk menentang regim Bashar tetapi kehadiran IS di situ mencetuskan kebimbangan di Damsyik kerana ia menandakan kumpulan itu sudah terlalu hampir dengan bandar raya itu.
Sementara itu, penduduk kem itu menyifatkan keadaan di situ sebagai amat teruk.
“Sebelum ini saya menggelar kem itu penjara besar. Tetapi kini ia berbeza dan lebih teruk.
“Seorang pemuda di sebelah kediaman saya terbunuh dalam serangan letupan bom. Kami hanya mengutip cebisan mayatnya,” kata seorang pelarian, Samer.
Kebanyakan doktor di kem itu sudah melarikan diri. Yang tinggal hanya paramedik untuk merawat mangsa yang cedera.
Seorang lagi penduduk memberitahu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati kelmarin di pinggir Yarmouk selepas ia menjadi mangsa penembak curi.
Sejak 2012, Yarmouk menjadi kawasan yang hampir tidak dapat dimasuki selepas ia dikepung oleh tentera kerajaanm menyebabkan sekurang-kurangnya 200 mati kerana kekurang zat makanan dan perubatan, kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.
Sementara itu, kumpulan berkenaan yang berpejabat di Britain berkata, militan IS kini menguasai bahagian selatan, barat dan timur Yarmouk. -AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42467#sthash.khji0C2V.dpuf

Syria tawar senjata kepada Palestin

Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad (tiga dari kanan) mengadakan
TIMBALAN Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad (tiga dari kanan) mengadakan pertemuan dengan delegasi PLO yang diketuai Ahmad Majdalani (tiga dari kiri) di Damsyik, kelmarin. AFP

DAMSYIK 8 April – Kerajaan Syria cuba meraih sokongan baharu apabila menawarkan bantuan senjata kepada kumpulan Palestin yang berlindung di kem pelarian di negara ini untuk memerangi ancaman militan Negara Islam (IS).
Tawaran itu dikemukakan apabila Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad mengadakan pertemuan dengan delegasi dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Ahmad Majdalani di Dasmyik.
Menurut Faisal, kerajaan Syria dan PLO mempunyai tekad yang sama untuk memerangi keganasan militan IS yang kini menular di kem pelarian Palestin di negara ini terutamanya di Yarmuk.
“Selain itu, kerajaan telah menggunakan segala usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada pelarian Pa­lestin selepas mengeluarkan mereka dari kem Yarmuk dengan selamat.
“Pihak berkuasa Syria juga sedia menyokong pejuang Palestin de­ngan cara tertentu termasuk kekuatan tentera bagi mengusir militan IS dari kem terbabit,” jelasnya.
Mengulas tentang pertemuan dengan Faisal, Ahmad berkata, kedua-dua pihak bersetuju tentang keperluan satu pasukan bersekutu melibatkan pejuang Palestin dan kerajaan Syria.
Jelasnya, kerjasama pe­mimpin Syria dan Palestin akan diteruskan bagi memastikan keganasan militan IS dapat dihentikan di Yarmuk.
Satu pertemuan membabitkan kumpulan Palestin di Syria berlangsung hari ini bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.
Sebarang persetujuan yang dicapai bakal memulihkan hubungan Damsyik dan kumpulan Palestin di Yarmuk selepas pertempuran sengit yang tercetus di kawasan itu sejak hujung 2012 membabitkan tentera kerajaan dan kumpulan penentang kerajaan yang disokong pejuang Palestin.– AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-tawar-senjata-kepada-palestin-1.79025#sthash.GztgklxW.dpuf

Wednesday, 8 April 2015

Desak bantuan untuk Yarmouk

Damsyik: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak supaya mengadakan laluan kemanusiaan ke kem pelarian Palestin di Yarmouk, Syria selepas penduduk melarikan diri berikutan serangan kumpulan Negara Islam (IS).
Kemaraan kumpulan ekstremis itu di kem yang terletak di selatan Damsyik itu mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa dan pegawai Palestin.
Majlis berkenaan menyuarakan rasa bimbang mengenai keadaan itu semalam, kata duta Jordan Dina Kawar yang mempengerusikan majlis itu bulan ini.
Ia menggesa penduduk awam di kem itu diberi perlindungan dan memastikan ada akses kemanusiaan, termasuk bantuan menyelamat nyawa.
Gesaan itu dibuat selepas majlis berkenaan mengadakan mesyuarat tertutup mengenai krisis itu dan mendengar taklimat mengenai nasib 18,000 pelarian Palestin di kem itu.
Ketua PBB mengenai Pelarian Palestin (UNRWA) Pierre Krahenbuhl menyifatkan keadaan di kem itu sebagai amat terdesak.
Dia menggesa negara yang ada pengaruh di Syria supaya bertindak untuk memastikan penduduk awam tidak dibunuh.
“Apa yang penduduk awam di Yarmouk perlukan sekarang ialah untuk hidup,” katanya.
IS mula menyerang Yarmouk Rabu lalu. Serangan mereka mulanya dipatahkan oleh pejuang Palestin tetapi sejak beberapa hari lalu IS menawan sebahagian besar daerah itu.
Hampir 40 orang terbunuh dalam pertempuran itu, menurut kumpulan pemerhati hak asasi Syria.
Kumpulan yang berpejabat di Britain itu berkata, IS kini menguasai selatan, barat dan timur kem itu.
Tentera kerajaan Syria dilapor mengebom kedudukan IS di kem itu.
Serangan IS itu ialah tamparan terbaru kepada Yarmouk yang sebelum ini ialah daerah kelas pekerja dan menjadi tempat tinggal kira-kira 160,000 warga Syria dan Palestin.
Kem itu, yang terbesar seumpamanya di Syria, pernah menjadi sasaran beberapa serangan dan dikepung oleh tentera yang setia kepada Bashar al-Assad sejak 18 bulan lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 7:10 AM


SEBANYAK 18,000 pelarian Palestin terperangkap di kem pelarian Yarmouk di Syria.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42229#sthash.JGn3PptA.dpuf

PBB bantu pelarian Yarmuk


SEORANG lelaki melalui sebuah bangunan yang telah musnah di kem pelarian Yarmuk kelmarin.



NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberitahu, pihaknya akan melihat bagaimana boleh membantu sebahagian 18,000 pelarian Palestin dan rakyat Syria di Kem Yarmuk yang kini dikuasai oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).
Salah seorang pegawai tertinggi PBB mencadangkan langkah memindahkan pelarian di kem tersebut perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Ketua Agensi Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRWA), Pierre Krahenbuhl telah memberi taklimat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan 15 ahli majlis PBB mengenai situasi di Kem Yarmuk di pinggir Damsyik yang terletak kira-kira lima kilometer dari istana Presiden Syria, Bashar al-Assad.
“Apa yang paling dibimbangi pelarian di Yarmuk sekarang ialah kehidupan yang terdedah kepada ancaman. Ia sangat mudah kerana berkait dengan isu keselamatan,” kata Krahenbuhl kepada pemberita melalui pautan video dari Jordan.
IS telah menguasai hampir keseluruhan Yarmuk, manakala tentera Syria pula mengelilingi daerah itu, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Krahenbuhl berkata, negara yang mempunyai pengaruh ke atas pihak yang bertelagah perlu memberi perlindungan kepada orang awam dan menggesa PBB mencari satu langkah bagi memudahkan pemindahan pelarian secara teratur dan selamat.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan meneliti langkah seterusnya yang boleh diambil dalam usaha memberi bantuan dan perlindungan yang diperlukan.
Yarmouk kini telah menjadi medan pertempuran termasuklah serangan di darat dan udara antara IS, tentera Syria dan pejuang Palestin.
PBB memberitahu, seramai 94 orang awam telah dibawa keluar dari Yarmuk, namun kira-kira 3,500 kanak-kanak lagi masih terperangkap di situ.
Dalam pada itu, ketua delegasi Palestin di PBB, Riyad Mansour merayu bantuan antarabangsa dalam apa jua bentuk untuk menjamin keselamatan di laluan pemindahan pelarian Yarmuk.
Yarmuk kini menjadi rumah kepada lebih setengah juta rakyat Palestin sebelum konflik di Syria bermula pada 2011. Perang saudara di Syria pula telah membunuh lebih 220,000 orang dan menyebabkan jutaan rakyatnya kehilangan tempat tinggal. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3WfeqWzAB 
Hakcipta terpelihara 

Yarmuk berdepan krisis kemanusiaan

sebahagian daripada pelarian Palestin yang berjaya meninggalkan
Sebahagian daripada pelarian Palestin yang berjaya meninggalkan kem pelarian Yarmuk ditempatkan di sebuah sekolah di Damsyik, kelmarin. AFP
BEIRUT 7 April – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya pihak bertelagah di daerah Yarmuk, menyediakan akses kepada bantuan kemanusiaan termasuk memastikan laluan selamat dan pemindahan orang awam keluar dari kawasan itu.
Duta Jordan ke PBB dan kini merupakan Presiden Majlis Ke­selamatan PBB, Dina Kawar turut melahirkan rasa bimbang anggota majlis tersebut berhubung situasi genting di daerah berkenaan selepas kawasan yang terkepung itu diceroboh kumpulan militan Negara Islam (IS), minggu lalu.
Masalah kekurangan makanan, air, dan bekalan ubat-ubatan menyebabkan penduduk di situ mengalami penderitaan serius di kawasan yang dianggarkan masih dihuni kira-kira 18,000 orang awam.
Keadaan semakin buruk sejak militan IS memasuki kem itu pada Rabu lalu dengan menyerang pasukan bersenjata Palestin yang menentang tentera Syria, malah menurut aktivis, tentera kerajaan dilapor mula mengebom kawasan itu dengan bom tong.
Pesuruhjaya Agung Agensi Kerja-Kerja dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) yang membantu pelarian Palestin, Pierre Krahenbuhl berkata, situasi di Yarmouk pada masa ini adalah antara yang terburuk.
Pertubuhan bantuan awam yang aktif di Yarmuk, Yayasan Jafra, memberitahu portal Al Jazeera, sebanyak 13 orang awam maut sejak minggu lalu.
Menurut kumpulan itu, kebanyakan orang awam terperangkap di kediaman mereka tanpa akses kepada makanan dan air ketika anggota penembak tepat IS menempatkan diri mereka di atas bumbung bangunan.
Bagaimanapun kira-kira 500 ke­luarga dapat melarikan diri dari daerah itu hujung minggu lalu dengan memasuki Yelda, sebuah kawasan berjiran dengan Yarmouk yang turut dikepung tentera kerajaan tanpa kehadiran militan IS.
Setakat Februari lalu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengesahkan sebanyak 11 kawasan di Syria dikepung tentera dengan dianggarkan sebanyak 212,000 orang awam tinggal di kawasan itu, manakala Pertubuhan Perubatan Syria menganggarkan orang awam yang terkepung adalah sebanyak 640,200.
Yarmuk dijadikan sebagai kem bagi pelarian Palestin berdekad lalu dan kini menjadi kawasan perumahan yang menempatkan penduduk Palestin dan Syria yang dikepung tentera kerajaan sejak hampir dua tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yarmuk-berdepan-krisis-kemanusiaan-1.78658#sthash.6B7hSARY.dpuf

Tuesday, 7 April 2015

Situasi meruncing di kem pelarian Yarmouk


Situasi meruncing di kem pelarian Yarmouk
Nyawa hampir 18,000 pelarian Palestin di kem Yarmouk semakin terancam selepas kawasan itu digempur kumpulan militan IS pada 1 April lalu.
DAMSYIK - SYRIA. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mereka terhadap situasi yang semakin meruncing di kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin berhampiran ibu negara Syria.

Perkara itu disuarakan melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), kelmarin selepas pertempuran sengit tercetus antara kumpulan bersenjata, Aknaf Beit al-Maqdis dan militan IS di kem pelarian tersebut sejak 1 April lalu.

"Nyawa hampir 18,000 orang awam termasuk kanak-kanak semakin terancam. Lebih 90 peratus kem pelarian Palestin itu kini berada di bawah cengkaman kumpulan militan IS

"Bekalan makanan, air bersih dan keperluan asas lain juga semakin berkurangan akibat konflik tersebut," menurut laporan itu.

Susulan daripada itu, UNRWA menggesa kesemua pihak yang terlibat dalam krisis itu supaya menghentikan pertempuran tersebut dan mematuhi undang-undang antarabangsa untuk melindungi nyawa orang awam. - Press TV

2,000 pelarian 
keluar dari Yarmouk


Sebahagian daripada pelarian, berpindah dari kem pelarian Yarmouk
Sebahagian daripada pelarian, berpindah dari kem pelarian Yarmouk sejak Jumaat lalu ekoran penguasaan militan IS di sebahagian besar kawasan itu. AGENSI
DAMSYIK 6 April – Kira-kira 2,000 pelarian dipindahkan dari kem perlindungan Yarmouk di ibu negara Syria selepas militan Negara Islam (IS) menguasai sebahagian besar kawasan itu.
Pegawai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Anwar Abdul Hadi berkata, pemindahan tersebut melibatkan 400 keluarga atau kira-kira 2,000 orang sejak Jumaat dan kelmarin selepas dua laluan di daerah Zahira dikawal oleh tentera kerajaan.
“Proses pemindahan juga dijalankan semalam dan kebanyakan pelarian yang dibawa keluar dari Yarmouk kini ditempatkan di Yalda, daerah yang dikuasai tentera kerajaan Syria.
“Mereka kini menunggu bantuan untuk dibawa ke pusat atau kem perlindungan yang lain, manakala terdapat 25 pelarian yang cedera akibat pertempuran militan IS dan tentera kerajaan dibawa ke hospital,” katanya.
Agensi berita tempatan, SANA turut melaporkan bahawa proses pemindahan itu dilakukan melalui penyelarasan kerjasama antara tentera kerajaan dan kumpulan bersenjata Palestin.
Pemindahan berkenaan dilaksanakan selepas beribu-ribu pelarian termasuk rakyat Palestin terperangkap ekoran pertempuran antara militan IS, tentera kerajaan, dan kumpulan penentang kerajaan sejak minggu lalu.
Kumpulan bersenjata Palestin yang setia kepada Hamas turut terkepung akibat situasi meruncing itu dan khuatir ancaman militan IS yang mahu membalas dendam kerana menentang kemaraan kumpulan pelampau tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/2-000-pelarian-8232-keluar-dari-yarmouk-1.78144#sthash.5sWBqQax.dpuf