Thursday, 10 December 2015

Imigran Syria syukur diterima Malaysia



Najib (dua dari kiri) bertemu kumpulan pertama rakyat Syria yang tiba di negara ini kelmarin di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Rosmah (kiri) dan Ahmad Zahid (belakang, kiri).


 KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan kumpulan pertama rakyat Syria yang terdiri daripada lapan orang yang selamat tiba di negara ini kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. Pertemuan selama 15 minit semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2015 itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Wakil kumpulan itu, Mohamed Ibrahim, 29, berkata, mereka sangat menghargai keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap nasib rakyat Syria yang terlibat dalam konflik peperangan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3trsn07Lq 
Hakcipta terpelihara 

Rusia guna kapal selam gempur kubu IS di Syria


MOSCOW 9 Dis. – Tentera Rusia buat kali pertama melancarkan serangan peluru berpandu dari sebuah kapal selam yang ditempatkan di Laut Mediterranean, ke arah kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria, semalam.
Menteri Pertahanan, Sergie Shoigu dalam kenyataannya berkata, kapal selam Rostov-on-Don melancarkan peluru berpandu Calibre terhadap dua kubu kuat militan IS di Raqqa. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-guna-kapal-selam-gempur-kubu-is-di-syria-1.167157#sthash.gX4trCLl.dpuf

12,000 pelarian 
Syria terkandas


Kanak-kanak pelarian Syria yang telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka menunggu di pusat pemprosesan Kanada untuk pelarian Syria di Kedutaan Kanada di Jordan, kelmarin. Reuters
ATHENS 9 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ki­ra-kira 12,000 pelarian Syria kini terkandas di sempadan Jordan.
Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), semalam me­rayu pihak berkuasa Jordan membenarkan mereka memasuki negara itu berikutan keadaan yang semakin buruk di sana.
Badan dunia itu berkata, seba­nyak 11,000 pelarian kini terkandas di Rukban, kira-kira lapan kilometer dari titik pertemuan sempadan Sy­ria, Iraq dan Jordan, manakala 1,000 pelarian lagi terkandas di Hadalat.
“Kawasan-kawasan berkenaan ada­lah gurun, tidak mempunyai tempat berteduh, air atau tumbuh-tumbuhan.
“UNHCR merayu kerajaan Jordan memberikan keutamaan kepada golongan paling lemah termasuk warga emas, bayi di bawah umur enam bulan dan wanita mengan­dung untuk memasuki negara itu,’’ kata PBB dalam satu kenyataan.
UNHCR berkata, keadaan kesihatan pelarian terbabit semakin teruk dengan peningkatan tanda-tanda penyakit termasuk cirit-birit, muntah, dan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak.
“JIka pelarian tidak dibenarkan memasuki Jordan, bantuan asas perlu disediakan ekoran ketibaan musim sejuk,’’ jelas UNHCR.
Sementara itu di Greece, sekurang-kurangnya 11 pelarian dan pendatang asing termasuk lima kanak-kanak maut, manakala 10 orang lagi hilang apabila bot yang mereka naiki tenggelam di Pulau Farmakonisi di Greece, malam tadi.
Polis maritim Greece berkata, sebanyak 26 orang berjaya diselamatkan dan operasi mencari kini dilakukan di tenggara Laut Aegean untuk mencari mangsa yang terselamat.
“Helikopter tentera Greece dan sebuah kapal agensi kawalan sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex turut dikerahkan membantu pencarian,’’ kata polis.
Semalam, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh apabila bot yang membawa pendatang asing dari Afghanistan karam di perairan Turki dalam pelayaran ke Greece.
Agensi berita Anatolia melapor­kan, pengawal pantai Turki me­nemukan mayat-mayat kanak-kanak dan seorang bayi ketika operasi masih dijalankan bagi mencari dua lagi pendatang asing yang masih hilang.
“Bot yang dinaiki mereka karam selepas angin kencang dan ombak kuat berdekatan bandar Cesme, wilayah Izmir,’’ jelas Anatolia. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/12-000-pelarian-8232-syria-terkandas-1.167317#sthash.kop1iSyo.dpuf

Wednesday, 9 December 2015

6 kanak-kanak Afghanistan lemas di perairan Turki

Istanbul: Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak mati lemas apabila sebuah bot yang membawa pendatang Afghanistan karam di perairan Turki ketika dalam pelayaran ke Greece.
Agensi berita rasmi Anatolia melaporkan, pengawal pantai Turki menemui mayat kanak-kanak berkenaan, termasuk seorang bayi dan masih mencari dua lagi pendatang yang dilapor hilang.
Bot getah itu karam selepas dibadai angin kencang dan ombak tinggi berhampiran bandar Cesme di Izmir, wilayah barat Turki.
Ia dipercayai dalam pelayaran menuju ke Chios, sebuah pulau Greece.
Agensi berita Dogan pula melaporkan, lapan pendatang lain, semuanya memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan.
Isnin lalu, mayat Sajida Ali, pendatang berusia lima tahun ditemui di pantai Cesme.
September lalu dunia digemparkan dengan gambar pelarian kanak-kanak Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi yang ditemui terdampar di pantai Turki, sekali gus memberi tekanan kepada pemimpin Eropah untuk menangani krisis pelarian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:31 PM


PEGAWAI Agensi Perlindungan Sempadan Eropah dari Portugal menyelamatkan 56 pelarian yang sebelum ini dikatakan hilang ketika dalam pelayaran ke Pulau Lesbos, Greece, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98977#sthash.sitgxPav.dpuf

Austria bina penghadang


9 DISEMBER 2015

VIENNA - AUSTRIA. Kerajaan Austria, kelmarin dilaporkan telah mula mendirikan pagar sempadan di Spielfeld, daerah Leibnitz berhampiran Slovenia yang menjadi laluan utama kumpulan pelarian ke negara Eropah.
Langkah itu dibuat selepas Canselor Werner Fayman pada bulan lalu mengumumkan rancangan untuk membina halangan setinggi 2 meter di laluan sepanjang 3.7 kilometer tersebut sebagai langkah untuk mengekang kebanjiran pelarian.
Kerja pemasangan pagar tersebut turut dibantu oleh tentera kerajaan dan dijangka siap menjelang 25 Disember depan.
Sementara itu, PBB melaporkan aliran pelarian telah mula berkurangan sejak beberapa minggu lalu akibat cuaca buruk yang menyukarkan mereka untuk merentasi Mediterranean dari Turki. - Press T
V

Tiga askar Syria korban serangan AS

Damsyik: Syria semalam mengecam serangan yang diketuai Amerika Syarikat hingga menyebabkan tiga tenteranya terbunuh.
Dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan badan dunia itu, Kementerian Luar Syria menyifatkan serangan lewat kelmarin sebagai pencabulan terang-terangan.
Kementerian itu mendesak Majlis Keselamatan bertindak segera, termasuk mengambil langkah bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.
Menurutnya, tiga askar terbunuh dan 13 lagi cedera dalam empat serangan ke atas kem tentera di wilayah Deir Essor, timur Syria.
Bagaimanapun, jurucakap pakatan yang diketua Amerika Syarikat menafikan tuduhan itu dengan berkata, serangan kelmarin hanya menyasarkan kawasan 55 kilometer ke tenggara pangkalan tentera itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:43 AM


ORANG awam dan pasukan penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak dan mencari mangsa lain di celah runtuhan bangunan selepas serangan udara tentera Syria di utara Aleppo, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98570#sthash.sdGPV8Bk.dpuf

8 imigran Syria tiba di Malaysia

Oleh SUHANA MD. YUSOP


 NUR Jazlan (baju biru) menyambut ketibaan lapan rakyat Syria yang selamat tiba di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG – Kumpulan pertama rakyat Syria yang terdiri daripada lapan orang selamat tiba di Malaysia petang semalam bagi mencari perlindungan di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ketibaan mereka merupakan sebahagian usaha Malaysia dalam membantu rakyat di negara bergolak itu mencari perlindungan yang selamat. Menurut beliau, kumpulan pertama ini terdiri daripada dua buah keluarga yang diterima memasuki negara ini selepas mereka membuat rayuan dengan alasan mempunyai ahli keluarga yang telah empat tahun tinggal di Malaysia. “Mereka yang tiba di sini ialah Mohamed Ibrahim, 29, bersama dua adik, ibu bapa manakala Ali Abdul Nasser, 30, bersama ibu bapa dan dua adik perempuannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menyambut ke­tibaan rakyat Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam. Katanya, kumpulan lapan rakyat Syria itu selamat tiba di Malaysia pada pukul 4.50 petang dengan menaiki pesawat Turkish Airlines dari Istanbul. Nur Jazlan memberitahu, dalam menyelaras usaha memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria, kerajaan sudah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dianggotai bersama beberapa agensi kerajaan berkaitan. Jelas beliau, selain permohonan daripada keluarga imigran yang sudah berada di sini untuk membawa keluarga masing-masing, pasukan petugas khas itu juga akan meneliti permohonan daripada Wisma Putra, kedutaan di negara-negara berhampiran Syria selain permohonan-permohonan daripada badan bukan kerajaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3tm6r3vL0 
Hakcipta terpelihara 

Monday, 7 December 2015

Warga Syria ditahan di Argentina


7 DISEMBER 2015

BUENOS AIRES - ARGENTINA. Pihak berkuasa Argentina menahan enam warga Syria termasuk seorang kanak-kanak yang didakwa memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu Greece, menurut jurucakap polis persekutuan, kelmarin.
"Kesemua mereka diberkas sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, Khamis lalu dan turut didakwa memiliki dokumen palsu. Mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya tanpa memberi butiran lanjut.
Difahamkan, kesemua mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu ini manakala budak di bawah usia 18 tahun itu akan menjalani kaunseling psikologi.
Kira-kira tiga minggu lalu, lima lelaki warga Syria didakwa sanggup membayar AS$10,000 (RM42,000) seorang kepada sindiket untuk merentasi Brazil, Argentina dan Costa Rica, namun kesemua mereka ditahan di Honduras ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Amerika Syarikat (AS).
Oktober lalu, pihak berkuasa Brazil memberkas lapan warga Iraq atas kesalahan memiliki pasport palsu Greece yang didakwa diperoleh di Turki. - Reuter
s

Sunday, 6 December 2015

56 maut sehari

Beirut: Serangan besar-besaan yang dilancarkan kerajaan di bandar yang dikuasai kumpulan penentang di seluruh Syria menyebabkan sekurang-kurangnya 56 orang awam terbunuh, lebih suku daripada mereka kanak-kanak.
Serangan paling buruk berlaku di Ghouta Timur, kubu kuat kumpulan penentang di timur Damsyik yang menyaksikan sekurang-kurangnya 41 orang mati.
“Pesawat tentera Syria menyasarkan bandar Jisreen dan Kfar Batna di wilayah Ghouta Timur, menyebabjkan 41 terbunuh, enam daripadanya kanak-kanak,” lapor kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria.
Puluhan lagi penduduk cedera.
Bagaimanapun, Pakatan Kebangsaan, kumpulan penentang utama rejim Syria berkata, serangan itu dilakukan pesawat pengebom Russia.
Tentera Syria sering menyerang Ghouta Timur, kawasan padat penduduk di pinggir Damsyik yang sebahagian besarnya dikuasai kumpulan Jaish al-Islam.
Dalam video yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis di Jisreen, kelihatan seorang lelaki berpakaian robak-rabik meraung sambil menjerit yang bermakna: “Nyawa rakyat Syria untuk dijual.”
Selain Russia dan rejim Presiden Bashar al-Assad, Syria juga menjadi sasaran serangan udara Perancis, Amerika Syarikat dan yang terbaru, Britain.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14 militan IS terbunuh dalam serangan udara di Hasakeh.
Serangan itu dipercayai dilakukan pesawat Amerika Syarikat yang menyasarkan sebuah sekolah tempat IS jadikan pangkalan mereka.
Konflik Syria yang meletus sejak Mac 2011 meragut lebih 250,000 nyawa dan memaksa lebih empat juta penduduk negara itu melarikan diri, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:05 AM


SEORANG lelaki membersihkan lantai rumah mayat yang dipenuhi darah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98194#sthash.ryE1ANao.dpuf

Penduduk bantah campur tangan Jerman di Syria

LYDIA 5 DISEMBER 2015


Penunjuk perasaan berkumpul di Berlin bagi membantah rancangan kerajaan untuk menghantar bantuan ketenteraan bagi memerangi IS di Syria. - Foto: AFP

BERLIN - JERMAN. Lebih 3,000 penduduk berkumpul di pusat bandar Berlin kelmarin, bagi menyuarakan bantahan dan kemarahan mereka terhadap rancangan Kerajaan Jerman untuk menyertai operasi ketenteraan di Syria.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berarak dan berkumpul di Pariser Platz sambil melaungkan slogan anti-perang.
Bantahan itu dianjurkan beberapa hari selepas Kabinet Jerman meluluskan mandat yang menawarkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) kononnya bagi memerangi kumpulan militan IS di Syria.
Kerajaan Jerman baru-baru ini, mengesahkan pelan penghantaran pesawat pengebom Tornado, kapal tentera laut dan 1,200 askar ke negara bergolak tersebut.
Ia sebagai respons terhadap gesaan Presiden Francois Hollande bagi memerangi IS susulan serangan berdarah di Paris yang meragut 130 nyawa pada 13 November lalu, lapor Press TV
.

Britain lancar bedilan ke Syria


Parlimen beri lampu hijau gempur kedudukan militan IS

gambar fail bertarikh 1 Oktober 2014 merakamkan jet pejuang Tornado
Gambar fail bertarikh 1 Oktober 2014 merakamkan jet pejuang Tornado milik Tentera Udara Diraja Britain di Pangkalan Udara Akrotiri berhampiran bandar pelabuhan Limassol, Cyprus. AFP
LONDON 3 DIS. - Britain tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan udara di Syria apabila menge­rahkan lapan pesawat pejuang menggempur kedudukan militan Negara Islam (IS) hari ini, hanya beberapa jam selepas memperoleh lampu hijau daripada Parlimen.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, dua jet pengebom Tornado GR4 milik Tentera Diraja Britain (RAF) dan enam jet Typhoon yang ditempatkan di Cyprus sejak semalam, selesai me­lakukan serangan pertama terhadap kedudukan IS di Syria.
Menteri Pertahanan, Michael Fallon mengesahkan serangan dilancarkan terhadap enam sasaran di kawasan lapangan minyak dekat Omar yang dikuasai militan IS di timur Syria.
Keputusan untuk menyertai kempen yang diketuai Amerika Syarikat (AS) itu ditentukan melalui undian anggota Parlimen dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, David Cameron memperoleh 397 sokongan berbanding 223 undian yang menentang.
Cameron dalam kenyataannya menerusi laman sosial Twitter berkata, keputusan Dewan Rakyat tersebut ternyata tepat bagi memastikan keselamatan Britain.
“Saya diberikan mandat untuk mengambil tindakan ketenteraan di Syria sebagai satu daripada strategi di luar negara,” kata beliau.
Sebelum ini, Britain mengerahkan lapan pesawat pejuang Tornado dan drone untuk menyertai kempen mengebom kedudukan militan IS di Iraq dan dijangka menghantar lebih banyak aset dalam operasi tersebut.
Namun sejak serangan berdarah di Paris yang mengorbankan 130 nyawa pada 13 November lalu, sekutu Britain, Perancis mendesak London untuk meluaskan operasi ketenteraan memerangi pengganas IS di Syria.
Dalam pada itu, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berhimpun di luar Parlimen selama dua malam berturut-turut bagi membantah penglibatan Britain dalam peperangan di Syria.
Tunjuk perasaan turut dilaksanakan di beberapa lokasi lain di seluruh negara sejak minggu hari lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/britain-lancar-bedilan-ke-syria-1.165283#sthash.gNenbTXx.dpuf

Saturday, 5 December 2015

Muslihat Rusia-Eropah berbaik di Syria



ADA
 sesuatu yang pelik sedang berlaku di Syria. AS, Rusia, Perancis dan akan disertai Jerman (mungkin juga Britain jika diluluskan Parlimen negara itu), rakus membaham negara Islam itu umpama kumpulan serigala yang ghairah membahagikan habuan biri-biri gemuk sesama mereka.
Apa yang dikatakan pelik, AS selama ini diketahui seteru kuat Rusia. Perseteruan dua kuasa besar itu yang kelihatan agak reda sejak berakhirnya Perang Dingin (1985-1991), kembali marak ekoran sokongan Moscow kepada kumpulan pemisah Ukraine di wilayah Donetsk yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada Kiev.
Insiden pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di wilayah itu seakan menjadi bola tanggung untuk AS dan sekutunya menuduh kumpulan diketuai Alexander Borodai itulah yang menembak jatuh pesawat milik Malaysia.
Kremlin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menuduh tentera Ukraine yang pro AS menjadi punca tragedi meragut 298 nyawa.
Pada ketika tuduh menuduh berada di tahap terburuk, Presiden Rusia Vladimir Putin yang menghadiri sidang kemuncak G20 di Brisbane, Australia pada 15 Nov 2014, telah meninggalkan persidangan lebih awal untuk pulang ke Moscow.
Kehadirannya ke Brisbane sebelum itu turut 'diiringi' empat kapal tentera Rusia di perairan utara Australia yang menimbulkan seribu satu tanda tanya. Meskipun dianggap kebetulan, namun kehadiran kapal-kapal itu berlaku pada tika yang amat mencurigakan.
Kepulangan awal Putin ke Moscow adalah berikutan tekanan kuat yang dihadapinya daripada blok Barat susulan sokongan Kremlin terhadap pemisah Ukraine.
Beberapa pemimpin G20,) secara terbuka mengkritik 'kehadiran' Rusia di wilayah Ukraine dan mahu 'Beruang Merah' segera keluar.
Ini ditambah buruk dengan insiden MH17 yang disusuli spekulasi bahawa pesawat malang itu ditembak dengan peluru berpandu BUK buatan Rusia (Spekulasi itu kemudiannya dinaik taraf menjadi rumusan oleh kumpulan penyiasat antarabangsa diketuai Belanda yang menyatakan bahawa ia sememangnya BUK yang menjadi punca pesawat itu meletup di udara).
Apa yang berlaku telah membawa hubungan Moscow – Washington hampir ke titik nadir, juga dengan negara blok Barat yang lain. 
Anehnya di Syria, Rusia baru-baru ini berikrar untuk meningkatkan kerjasama dengan Perancis – yang menyertai AS dan negara-negara sekutunya – memerangi IS.
Bagaimana ini boleh berlaku?
Perancis menggempur Syria sebagai tindakan balas dendam setelah IS mengaku dalang serangan Paris.
Bagaimanapun, itu tidak berupaya untuk mematikan spekulasi bahawa insiden tersebut mungkin False Flag Operation (FFO).
FFO adalah satu taktikal provokasi melalui penyamaran dilakukan oleh satu pihak dengan tujuan untuk menyalahkan pihak lain dan sekali gus menghalalkan tindakan ke atasnya.
Islamophobia
Dalam konteks insiden Paris, meskipun IS yang mengaku melakukan serangan itu namun harus dibaca bahawa yang sebenarnya menanggung kesan buruk akibat serangan balas Perancis dan sekutunya adalah Islam, Syria dan rakyatnya yang  beragama Islam.
Walaupun yang dikatakan sasaran mereka adalah kubu IS, namun berapa banyak gempuran yang tersasar ke kawasan awam, berapa ramai orang awam jadi korban termasuk kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia?
Mereka inilah yang sedang diratah oleh persekongkolan kuasa-kuasa besar ini.
Di luar Syria, tahap Islamophobia juga meningkat drastik. Mengikut laporan Tell-MAMA (Measuring Anti-Muslim Attacks), serangan terhadap orang Islam di Britain meningkat 300 peratus pasca serangan Paris.
Jangan lupa, IS mengaku merekalah dalangnya dan jika benar mereka memperjuangkan Islam, apakah keburukan imej agama yang seperti itu jadi matlamat mereka?
Atau mungkin IS sendiri adalah FFO untuk Islam dimomokkan, negara dan rakyatnya diserang?
Justeru, apakah mustahil untuk serangan Paris direncanakan sedemikian?
Apa jua yang berlaku dalam arena politik antarabangsa ternyata tidak dapat dipisahkan dengan perkaitan Israel.
Dalam apa jua insiden, kepentingan negara Zionis itu dianggap  agenda utama. Justeru setiap pihak yang terlibat dikatakan berperanan untuk memenangkan Israel, dan mereka akan bersatu untuk tujuan itu meskipun bertelingkah pada waktu yang lainnya.
Malah pertelingkahan itu juga kadang kala dianggap sebagai sandiwara atas maksud dan tujuan yang sama.
Rusia sejak era Stalin sebagaimana yang ditulis Paul Johnson dalam bukunya, 'A History of the Jews' (1987) telah mengamalkan dasar pro Zionis.
Pada 2006, didapati tidak kurang daripada sejuta rakyat Israel adalah berasal dari Rusia. Putin pada 2011 mengatakan bahawa Israel merupakan sebahagian daripada 'Dunia Rusia'.
Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana lebih daripada separuh rakyat Israel boleh berbahasa Rusia.
Ketika pembantaian Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 2014, Putin menyokong Israel dengan alasan, negara haram Yahudi itu bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya.
Dari segi ekonomi, Rusia pada 2014 telah meningkatkan import buah-buahan dari Israel setelah memboikot produk Eropah, AS, Australia dan Kanada.
Pada Okt lalu, Rusia dengan Israel menyelaraskan operasi ketenteraan di Syria bagi mengelak pertembungan.
Sebenarnya, hubungan akrab Rusia dengan Zionis bukanlah perkara baharu.
Hal ini menurut penganalisis teori konspirasi adalah berkaitan dengan percaturan kumpulan rahsia yang dikenali sebagai Comittee of 300, melibatkan individu-individu elit dalam kalangan pemuka dunia, yang berperanan mengatur pemerintahan dan penguasaan dunia meliputi aspek politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial yang dikawal melalui cabang-cabangnya yang juga bergerak secara rahsia.
Penganalisis Dr John Coleman dalam bukunya 'The Conspirators' Hierarchy: The Comittee of 300' menulis bahawa kumpulan ini telah bergerak secara sulit sejak 1600 lagi.
Meskipun anggotanya bersilih ganti, keahliannya ditetapkan pada 300 individu sahaja pada satu-satu masa. Ada sesetengah keahlian diwarisi secara turun-temurun.
Apakah kumpulan ini lebih berpengaruh daripada PBB yang merupakan himpunan induk 195 negara dunia?
Ya. Malah menurut Dr Coleman, PBB sendiri pun berada di bawah pengaruh Comittee of 300 yang sangat berkuasa.
Menurut beliau, mereka adalah sebenarnya tangan-tangan ghaib yang mengatur dan mencatur setiap peristiwa besar yang berlaku di dunia untuk kepentingan mereka. Lebih tepat lagi, peristiwa-peristiwa itu tidak berlaku secara kebetulan sebagaimana sangkaan ramai orang.
Dalam kata lain, meskipun kelihatan ada pertelingkahan antara dua kuasa ataupun sesuatu kuasa dengan kuasa-kuasa yang lain, namun untuk agenda yang lebih besar, mereka bersatu pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Comittee of 300.
Maka tidak hairanlan untuk kita diperlihatkan akan persepakatan Rusia dengan AS dan kuasa-kuasa Eropah mengganyang Syria kerana mereka mempunyai agenda bersama yang lebih besar di sini berbanding pertelingkahan sesama mereka.
Menurut Dr Coleman lagi, penguasaan Comittee of 300 di Rusia telah bermula sejak Revolusi Bolshevik dan menurutnya, ada 'benang merah'  antara Revolusi Bolshevik dengan Revolusi Perancis yang menunjukkan kedua-dua revolusi itu dirancang dan diatur oleh satu pihak yang sama dengan agenda yang sangat besar.
Kedua-dua revolusi itu telah menjadi asas pembinaan dasar pemerintahan yang diteruskan hingga hari ini. Justeru, munasabahlah untuk segala kepentingan yang digariskan oleh Comittee of 300 semasa revolusi dijadikan warisan pemerintahan hingga sekarang.
Biar siapa pun mereka, apa yang pasti, yang jadi mangsa adalah penduduk Syria yang tidak berdosa. Yang dimomokkan adalah Islam dan umatnya. Selepas Syria, negara Islam manakah pula akan jadi sasaran mereka
?

Friday, 4 December 2015

Britain sertai kempen di Syria

London: Britain menyertai kempen pengeboman yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Syria semalam, dengan menyasarkan telaga minyak dikuasai kumpulan Negara Islam (IS) beberapa jam selepas Parlimen membenarkan serangan udara itu.
Pesawat Tentera Udara Diraja (RAF) yang berpangkalan di Cyprus menjalankan operasi pertama ke atas Syria dan disahkan melaksanakan serangan, kata jurucakap kementerian pertahanan semalam.
Serangan yang dijalankan empat pejuang Tornado, menumpukan enam sasaran di kawasan telaga minyak di timur Syria, 48 kilometer dari sempadannya.
Dua jet pertama berlepas sekitar jam 11.30 malam (waktu tempatan) diikuti dua lagi sejam kemudian.
“Serangan itu menyasarkan sumber minyak dan pendapatan IS,” kata Setiausaha Pertahanan Michael Fallon kepada BBC.
Sewaktu undian dijalankan di Parlimen, kelmarin, kerajaan Perdana Menteri David Cameron menerima sokongan 397 ahli Parlimen, berbanding 223 yang menentang serangan itu.
Cameron menyambut baik hasil undian Dewan Rakyat dengan menulis di laman Twitternya: “Saya percaya, Dewan ini membuat keputusan yang betul untuk menjaga keselamatan negara ini.”
Perkara itu turut disambut baik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang berkata, AS mengalu-alukan tentera Britain menyertai usaha mereka di Syria.
Keputusan menyertai serangan itu timbul selepas serangan keganasan di Paris bulan lalu yang meragut 130 nyawa. Sehubungan itu, Presiden Perancis Francois Hollande turut menyambut baik keputusan Britain yang menampakkan penyatuan negara Eropah.
Bagaimanapun, pakar mempersoalkan sejauh mana penyertaan Britain dapat membantu kempen menentang IS di Syria. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 5:36 AM


PENUNJUK perasaan antiperang kecewa selepas Parliman Britain mengundi untuk melancarkan serangan udara di Syria.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97749#sthash.uASMTylH.dpuf

Thursday, 3 December 2015

4,000 protes Britain bom Syria


AFP - SEORANG lelaki memegang pelekat bertulis “Jangan Serang Syria” ketika tunjuk perasaan terhadap tindakan ketenteraan Britain terhadap Syria di luar Dewan Parlimen di London kelmarin.


LONDON – Beribu-ribu penunjuk perasaan antiperang berhimpun di pusat bandar London kelmarin untuk menghalang Britain daripada menyertai serangan udara terhadap kumpulan militan Islamic State (IS) di Syria.
Protes tersebut diadakan sehari sebelum Parlimen Britain mengundi untuk meluluskan langkah itu.
Sekumpulan 4,000 orang berarak dari Dewan Parlimen di Westminster ke ibu pejabat parti pemerintah, Parti Konservatif dan juga pejabat parti pembangkang utama, Parti Buruh yang terletak berhampiran.
“Kami berhimpun untuk menyampaikan pesanan ringkas, Jangan bom Syria! Jangan lakukan apa yang kamu (kerajaan Britain) lakukan pada 2001, 2003 dan 2011.
“Jangan pergi mengebom sebuah negara yang mana tindakan itu akan memburukkan lagi peperangan di sana,” kata pemimpin aktivis Pakatan Hentikan Pe­perangan, Lindsey German, merujuk kepada pengli­batan Britain dalam pepe­rangan di Afghanistan, Iraq dan Libya.
Parlimen Britain dilihat cenderung mengundi untuk menyertai kempen pengeboman terhadap IS di Syria semalam.
Jika usul tersebut diluluskan, jet-jet pejuang Bri­tish akan menyertai sera­ngan udara di Syria dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Terdahulu, Perdana Menteri Britain, David Cameron menegaskan tindakan ketenteraan diperlukan bagi membendung keganasan seperti serangan yang meragut nyawa 130 orang di Paris pada bulan lalu.
Namun, ramai ahli politik mempersoalkan langkah tersebut yang dianggap tidak efektif tanpa serangan darat di samping tindakan itu juga dianggap boleh menghalang penyelesaian diplomatik berhubung krisis di Syria. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3tDZCnIE8 
Hakcipta terpelihara 

Ribuan penduduk Britain bantah kerajaan bom Syria


Kumpulan penunjuk perasaan itu berarak dari bangunan Parlimen di Westminster sehingga ke ibu pejabat Parti Konservatif yang memerintah dan Parti Buruh.
“Kami di sini untuk menyatakan satu perkara mudah supaya kerajaan tidak mengebom Syria. Jangan buat apa yang anda lakukan pada tahun 2001, 2003, dan 2011,” kata peserta bantahan, Lindsey Jerman yang merujuk kepada penglibatan Britain dalam peperangan di Afghanistan, Iraq, dan Libya.
Seorang lagi penunjuk perasaan, Jenny Eyeles, 65, turut menzahirkan rasa simpatinya kepada rakyat Syria yang menjadi mangsa dalam serangan tersebut.
“Pengeboman akan membunuh rakyat Syria. Satu-satunya cara untuk menghentikan kumpulan militan IS adalah dengan menyekat pembiayaan dan bantuan senjata kepada mereka. Hati saya menangis untuk rakyat Syria,” kata Eyeles.
Penunjuk perasaan mula membanjiri jalan-jalan di sekitar bandar raya London sejak beberapa hari lalu dengan melaungkan slogan ‘Jangan bom Syria’ serta membawa sepanduk bersama mesej ‘Hentikan ketakutan, kebencian, dan perang.’
Perdana Menteri Britain, David Cameron dijangka tidak mendapat tentangan menerima kelulusan Parlimen untuk melancarkan serangan terhadap kedudukan militan IS di Syria.
Ahli-ahli Parlimen negara ini mengadakan satu perbahasan panjang di Dewan Rakyat hari ini sama ada mahu menyertai Perancis, Rusia, dan Amerika Syarikat mengebom Syria, dan undian dijangka dilakukan pada pukul 10 malam waktu tempatan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ribuan-penduduk-britain-bantah-kerajaan-bom-syria-1.164862#sthash.mwjWXrsl.dpuf

Perancis tutup tiga buah masjid


  4  0 Google +0
Bernard Cazeneuve
Bernard Cazeneuve
PARIS 2 Dis. – Polis menutup sebuah masjid di timur Paris dan menahan seorang pemilik sepucuk pistol dalam serbuan berkaitan keganasan susulan serangan berdarah pada 13 November lalu di bandar raya ini.
Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata, masjid di Lagny-sur-Marne itu ditutup hari ini selepas polis menjumpai dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas.
Jelas beliau, pemilik sepucuk pistol turut ditahan menjadikan jumlah keseluruhan individu dikenakan tahanan rumah setakat ini kepada sembilan orang, manakala sebanyak 22 yang lain dilarang meninggalkan negara ini.
Bercakap kepada pemberita di sini, Cazeneuve berkata, pihak berkuasa minggu lalu menutup dua buah masjid, masing-masing di Gennevilliers, barat laut Paris dan Lyon di tenggara ibu negara Perancis, tindakan pertama seumpama­nya diambil untuk menutup rumah ibadat.
Tambah beliau, sepanjang serbuan berkaitan keganasan dilaksa­nakan sejak 13 November lalu, polis telah memeriksa 2,235 rumah serta bangunan, menahan 232 orang, dan merampas 334 senjata dengan 34 daripadanya digunakan dalam pe­perangan.
“Dalam tempoh 15 hari ini, kami telah menyita satu pertiga senjata digunakan dalam peperangan, yang biasanya hanya boleh disita dalam tempoh setahun,” katanya. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perancis-tutup-tiga-buah-masjid-1.164963#sthash.MgHMUeIM.dpuf