Tuesday, 9 August 2016

Pertempuran sengit di Aleppo




SEORANG anggota penentang membuat persiapan bagi menghadapi pertempuran dengan tentera rejim Syria di Aleppo.

Beirut: Rejim Syria dan kumpulan penentangnya mengerahkan ratusan pasukan tambahan masing-masing ke Aleppo selepas pejuang penentang mengumumkan serangan besar-besaran untuk menguasai bandar raya kedua terbesar negara itu.

Pertempuran untuk menawan bekas hab ekonomi Syria itu semakin sengit selepas kumpulan penentang berjaya memecahkan kepungan tentera kerajaan di timur Aleppo kelmarin, sekali gus memberi tamparan hebat kepada tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.

Kelmarin, kumpulan penentang itu yang menamakan diri mereka Tentera Penakluk mengumumkan usaha untuk menawan seluruh bandar Aleppo. Jika berjaya, ia akan menjadikan kemenangan terbesar mereka dalam perang saudara Syria yang bermula lima tahun lalu.

Bagaimanapun, rejim Bashar memberi tentangan sengit dan mula menghantar pasukan tambahan ke bandar itu.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, kira-kira 2,000 militan Syiah Iraq, Iran dan Lubnan juga tiba di Aleppo untuk membantu tentera Syria.



“Kedua-dua pihak sudah mengumpulkan bala tentera masing-masing sebagai persiapan untuk pertempuran besar-besaran di Aleppo,” kata ketua kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.

Akhbar Al-Watan milik kerajaan Bashar melaporkan, tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk melancarkan serangan bagi menguasai semula kawasan yang jatuh ke tangan penentang.

Pesawat tentera juga melancarkan serangan dengan menyasarkan kedudukan kumpulan berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, Tentera Penakluk berkata, ratusan pejuangnya sudah berada di Aleppo selepas tiba dari wilayah berhampiran, khususnya Idlib, untuk melancarkan serangan fasa baru bagi ‘membebaskan Aleppo.’

Sementara itu, pemerhati menyifatkan pertempuran di Aleppo itu amat penting walaupun ia tidak akan menamatkan perang saudara yang sudah meragut 280,000 nyawa sejak ia bermula pada 2011.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 10:46 AM

Monday, 8 August 2016

42 korban letupan bom di hospital




Agensi
Quetta, Pakistan: Jumlah korban akibat letupan bom di sebuah hospital di bandar raya ini kini meningkat kepada 42 orang, hari ini.

Pegawai kanan polis, Zahoor Ahmed Afridi, berkata bom itu meletup sebaik mayat Presiden Majlis Peguam Baluchistan, Bilal Anwar Kasi, sampai di hospital berkenaan.

Laporan setakat ini menyatakan ramai mangsa adalah wartawan dan peguam yang berada di kawasan berkenaan, berkumpul untuk membantah pembunuhan Bilal Anwar.


Masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan Ketua Menteri Baluchistan, Sanaullah Zehri, berkata pihak berkuasa yakin ia dilakukan penyerang nekad yang meletupkan bom berkenaan bersama dirinya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 3:40 PM

Hospital dibedil di Syria, 10 terbunuh


SEORANG anggota pertahanan awam berlari ke arah sebuah ambulans

SEORANG anggota pertahanan awam berlari ke arah sebuah ambulans berdekatan sebuah hospital di bandar Milis yang menjadi sasaran serangan udara hingga menyebabkan 10 orang awam terbunuh kelmarin. REUTERS
BEIRUT 7 Ogos - Beberapa serangan udara berhampiran sebuah hospital di barat laut Syria, semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria.
Badan pemantau tersebut berkata, serangan tersebut mensasarkan bandar Milis di wilayah Idlib yang bersempadan dengan Turki dan dikuasai anggota kumpulan militan bekas sekutu rangkaian militan al-Qaeda di Syria.
Menurut badan itu yang berpangkalan di Britain, tiga kanak-kanak dan dua wanita antara mereka yang terbunuh, namun tidak dapat dipastikan sama ada serangan tersebut dilakukan oleh pesawat pejuang Rusia atau tentera Syria.
Pusat Media Idlib yang menerbitkan berita mengenai perkembangan di wilayah itu berkata, hospital terkena bedilan sebuah pesawat yang tidak dikenali, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, Syria adalah tempat paling berbahaya bagi pekerja kesihatan dengan 135 serangan ke atas kemudahan kesihatan dan pekerjanya dilaporkan berlaku pada tahun lalu.
Pada akhir bulan lalu, empat hospital sementara dan bank darah tempatan di bandar Aleppo menjadi sasaran serangan udara dalam hari yang sama.
Lebih 280,000 orang terbunuh sejak konflik Syria tercetus pada 2011 yang memaksa berjuta-juta rakyatnya melarikan diri, termasuk lebih lima juta yang mencari perlindungan di negara jiran. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hospital-dibedil-di-syria-10-terbunuh-1.367539#sthash.QHPMmRQH.dpuf

500 mati seminggu




KUMPULAN penentang Bashar menaiki kereta kebal di sebuah akademi tentera yang mereka tawan di Aleppo. - Reuters

AFP
Beirut: Lebih 500 penentang dan tentera Syria terbunuh dalam pertempuran untuk menguasai Aleppo, bandar di utara Syria, sepanjang minggu lalu.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria berkata, ia tidak dapat memberi angka sebenar, tetapi kebanyakan yang terbunuh ialah penentang kerajaan Bashar Assad yang menjadi sasaran serangan udara rejim itu dan juga Russia.

Ketua kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman berkata, sekurang-kurangnya 130 orang awam juga terbunuh sejak Ahad lalu, kebanyakannya akibat serangan kumpulan penentang di daerah yang dikuasai kerajaan.

Dalam kejadian semalam, sekurang-kurangnya tujuh orang awam mati apabila kediaman mereka di Hamdaniyeh dibom kumpulan penentang.

Sementara itu, tentera Syria semalam berusaha mematahkan serangan besar-besaran kumpulan penentang yang menyasarkan serangan di selatan Aleppo.

Kumpulan Jabhat Fateh al-Sham yang dulu dikenali sebagai Barisan Al-Nusra berjaya menawan tiga akademi tentera di kawasan berkenaan, membolehkan mereka menguasai laluan penting yang digunakan tentera Syria untuk ke Aleppo, sekali gus memecahkan kepungan askar kerajaan di bahagian timur.

Menurut Rami, kemaraan Jabhat Fateh menempatkan tentera kerajaan dalam keadaan sukar walaupun mereka memperoleh sokongan udara daripada tentera Russia.

“Siapa yang memenangi pertempuran ini akan menguasai Aleppo,” katanya.

Perang saudara yang berlaku di Syria sejak 2011, bermula dengan tunjuk perasaan antikerajaan, sehingga ini sudah menyebabkan 280,000 orang terbunuh dan memaksa separuh penduduknya meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat lebih selamat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 10:53 AM

Sunday, 7 August 2016

JAYSH AL-FATH BUNUH 150 PASUKAN ASSAD, REBUT 20 TANK, 7 KENDARAAN TEMPUR, 10 ARTILERI DAN 60 TRUK PENGANGKUT


7 Agustus 2016
Jaysh al-Fath Bunuh 150 Pasukan Assad, Rebut 20 Tank, 7 Kendaraan Tempur, 10 Artileri dan 60 Truk Pengangkut


ALEPPO (Jurnalislam.com) – Jaysh al-Fath (Tentara Penaklukan), Sabtu (06/08/2016) melaporkan membunuh 150 tentara rezim Nushairiyah Assad dan menyita sejumlah besar kendaraan militer setelah mematahkan blokade yang mengurung wilayah yang dikendalikan mujahidin di kota Aleppo utara.
Menurut sumber oposisi lokal, yang ingin tetap anonim karena masalah keamanan, “Pada hari ketujuh bentrokan, sekitar 20 tank, tujuh kendaraan tempur lapis baja, 10 artileri dan 60 truk pengangkut pasukan rezim telah direbut.”
Rebel fighters carry their weapons as they move towards their positions near the front line against forces loyal to Syria's President Bashar al-Assad in Ratian village, north of Aleppo February 17, 2015. REUTERS/Ammar Abdullah

Jaysh al-Fath  juga menguasai posisi rezim di daerah Ramousa di Aleppo selatan, sehingga membuka rute menuju lingkungan yang dikuasai  oposisi di kota itu, kata sumber itu kepada Anadolu Agency.
Menurut sumber yang sama, faksi-faksi jihad tersebut  tiba di lingkungan Aleppo yang dikepung.
“Pertempuran masih berkecamuk di pinggiran Ramousa antara pasukan rezim Assad dan koalisi mujahidin, yang berusaha memperluas kendali,” kata sumber itu.
Pada hari Jumat, Jaysh al-Fath  menguasai sekolah militer milik rezim di Aleppo yang dianggap sebagai salah satu benteng utama pasukan Syiah Bashar al-Assad yang paling signifikan di kota yang diperebutkan itu.
Sebelumnya pada bulan Februari, rezim Suriah memotong rute pasokan antara pedesaan utara Aleppo dan kawasan timur yang dipegang oposisi.
Kemudian pada awal Juli, pasukan rezim bergerak untuk memotong Castello Road, yang menghubungkan kota Aleppo yang diperebutkan dengan Idlib yang dipegang penuh mujahidin, serta memberlakukan blokade total pada daerah yang dikuasai mujahidin di Aleppo.

Cos0mLWUEAE139r

Diperkirakan 250.000 warga sipil hidup di perempat timur yang dikuasai jihadis di Aleppo ini.
Kemenangan di Aleppo akan menjadi dorongan bagi Jaysh al-Fath, yang telah berjuang selama berminggu-minggu untuk merebut kembali kontrol atas kota meskipun pasukan Rusia dan Suriah membombardir sangat intens.

8,000 Pelarian Syria Ditempatkan Semula Di Amerika Syarikat


Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 10:46 AM
Pelarian Syria yang berada di sempadan Turki. Foto AP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan 8,000 pelarian Syria sejak Oktober dan kini berada di landasan yang betul dalam memenuhi matlamat Presiden Barack Obama bagi menempatkan semula 10,000 pelarian menjelang akhir tahun fiskal, lapor pegawai Jabatan Negara AS kepada pemberita.
Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Penduduk, Pelarian dan Migrasi, Anne Richard berkata beberapa anggota tambahan AS dikerahkan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas pelarian supaya mereka yang telah diperiksa dapat menunggu penempatan semula.
Tambahnya, jumlah pelarian Syria di AS mungkin akan melebihi dari 10,000 orang pada akhir tahun fiskal iaitu pada 30 September ini - melebihi sasaran yang ditetapkan.
Sementara itu, pejuang hak asasi manusia meluahkan rasa bimbang terhadap pentadbiran AS dalam mencapai matlamat yang disasarkan kerana kurang daripada 5,000 pelarian Syria diberi penemapatan semula pada pertengahan tahun fiskal.
"Jumlah bulanan pelarian yang dikemukakan meningkat dari angka yang rendah pada separuh pertama tahun ini hingga jumlah yang tinggi.
"Kesan pelaburan pada bulan May, Jun dan Julai memberi penambahbaikan dalam proses penempatan semula pelarian," kata Richard. -Reuters

Syria: Lebih 500 terbunuh dalam pertempuran untuk kuasai Aleppo


Syria

BEIRUT 6 Ogos - Lebih 500 anggota kumpulan penentang dan tentera kerajaan terbunuh dalam tempoh seminggu semasa pertempuran sengit antara kedua-dua dalam usaha untuk menguasai Aleppo.
Menurut Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, kebanyakan yang terbunuh sejak 31 Julai lalu adalah anggota kumpulan penentang berikutan serangan udara bertalu-talu oleh tentera Syria dan Russia.
Katanya, sekurang-kurangnya 130 orang awam turut terbunuh sejak Ahad lalu akibat serangan kumpulan penentang kebanyakannya di kawasan yang dikuasai kerajaan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-lebih-500-terbunuh-dalam-pertempuran-untuk-kuasai-aleppo-1.367397#sthash.N6SBjp9O.dpuf

Syria: Puak penentang berjaya tembusi sekatan di Aleppo


syria

BEIRUT 7 Ogos - Kumpulan penentang Syria hari ini berjaya memecahkan kepungan tentera kerajaan di bandar Aleppo selepas pertempuran sengit antara kedua-dua pihak yang berlangsung selama enam hari.
Menurut pertubuhan pembangkang Syria, Pakatan Kebangsaan yang berpangkalan di Turki melalui Twitter, kumpulan penentang telah berjaya membolosi kepungan di Aleppo.
Perkara tersebut turuh disahkan oleh kumpulan Ahrar al-Sham menerusi Twitter bahawa kumpulan penentang telah berjaya membuka laluan ke Aleppo. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-puak-penentang-berjaya-tembusi-sekatan-di-aleppo-1.367398#sthash.axQuTzky.dpuf

Friday, 5 August 2016

7 maut dalam serangan gas di Aleppo

DUNIA KHAMIS, 4 OGOS 2016 @ 3:55 PM

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 20 lagi mengalami kesukaran bernafas akibat serangan gas kimia di Aleppo semalam, menurut agensi berita SANA yang memetik pusat pemerhatian Russia. Menurut laporan itu, kumpulan pemberontak Nour Addien al-Zinki menembak roket yang berisi gas beracun ke kawasan yang dikuasai kerajaan di daerah Salahuddien disini.

SANA melaporkan, Russia sudah memaklumkan kepada Amerika Syarikat mengenai penggunaan bahan beracun oleh kumpulan pemberontak di Aleppo. Sementara itu, pemberontak menuduh kerajaan menggugurkan bom tong berisi gas klorin di bandar Saraqeb yang ditawan pemberontak.


 Namun, kedua-dua pihak berulang kali menafikan bahawa mereka menggunakan bahan kimia dalam pertempuran itu. Menurut SANA, tujuh orang terbunuh manakala 41 lagi cedera dalam pertempuran semalam apabila pemberontak membedil kawasan yang dikuasai kerajaan di Aleppo. - Xinhua


DUA lelaki cuba memadamkan kebakaran trak selepas serangan udara di bandar Atareb yang dikuasai pemberontak di Aleppo, Syria. - Foto Reuters  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/179919

Obama persoal komitmen Russia untuk keamanan di Syria

JUMAAT, 5 OGOS 2016 @ 8:30 AM


OBAMA tidak percaya Russia akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam aspek ketenteraan. - Foto Reuters


WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata beliau tidak percaya Russia akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam aspek ketenteraan bagi menamatkan atau mengekang perang saudara di Syria tetapi ia perlu diuji untuk cuba menamatkan konflik itu.

Pada sidang akhbar di Pentagon, Obama juga mengkritik Russia kerana berterusan menyokong serangan kerajaan Syria ke atas pembangkang dan mengepung kawasan penempatan seperti Aleppo.

 Beliau berkata, tindakan Russia membangkitkan "persoalan amat serius" mengenai komitmen Moscow untuk memulihkan keadaan. Pentadbiran beliau berhasrat meluaskan kerjasama ketenteraan dengan Russia di Syria termasuk perkongsian risikan, cadangan yang menyebabkan sebilangan pegawai pertahanan Amerika menyatakan kebimbangan mereka secara terbuka.

Mereka bimbang Russia mengambil kesempatan di atas perkongsian risikan untuk terus menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad yang disifatkan Obama sudah hilang hak untuk memerintah.

Ditanya mengapa beliau percaya Presiden Vladimir Putin akan bekerjasama, Obama menjawab: "Saya tidak yakin kita boleh percayakan Russia dan Vladimir Putin, sebab itu kita perlu 'menguji' mereka." Katanya,

Russia perlu menunjukkan kesediaannya untuk berusaha mengurangkan keganasan dan menumpukan kepada usaha memerangi IS dan pelampau lain.

 Obama menuduh Russia gagal mengambil langkah perlu untuk berbuat demikian dan berkata keadaan yang kian genting memerlukan Russia menunjukkan ia benar-benar serius sekarang. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180093

Thursday, 4 August 2016

Gas toksik digugurkan di tempat helikopter Russia terhempas




GAMBAR yang dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki di Saraqeb dibantu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. - Reuters

Agensi
Beirut: Sebuah helikopter semalam menggugurkan tong berisi gas beracun di bandar berhampiran tempat sebuah helikopter tentera Russia ditembak jatuh kelmarin.

Jurucakap Pertahanan Awam Syria yang melakukan usaha menyelamat di wilayah yang dikuasai penentang berkata, 33 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita mengalami kesukaran untuk bernafas selepas tong gas beracun itu digugurkan di Sawaqeb di wilayah Idlib.

Kumpulan itu yang menggelar diri mereka sukarelawan mencari dan menyelamat berkecuali, memuat naik rakaman video di YouTube, menunjukkan beberapa penduduk bergelut untuk bernafas.

“Tong bersaiz sederhana berisi gas toksik digugurkan di kawasan itu. Kami belum dapat memastikan jenis gas berkenaan,” kata jurucakapnya.

Menurutnya, ini kali kedua gas toksik digugurkan di Saraqeb.

Sementara itu, kumpulan pemantau hak asasi manusia Syria berkata, bom tong digugurkan di kawasan berkenaan, menyebabkan sejumlah penduduk cedera, beberapa jam selepas sebuah helikopter tentera Russia ditembak jatuh berhampiran Saraqeb, meragut nyawa lima orang di dalamnya. - Agensi

Mangsa perang Syria juga ber'Pokemon Go'‎


3 OGOS 2016
Mangsa perang Syria juga ber'Pokemon Go'‎

Remaja bermain Pokemon Go di Syria.

DOUMA - SYRIA. Aplikasi permainan mencari raksasa Pokemon Go bagaikan berhantu apabila mangsa perang di Syria sanggup menempuh bahaya disebalik runtuhan untuk mencari Pokemon.

Laporan Dailymail mengatakan jumlah pemain Pokemon Go di Syria semakin bertambah dan masing-masing langsung tidak menghiraukan bahaya di sekeliling.

Beberapa video yang dimuatnaik ke laman sosial menunjukkan remaja Syria melalui runtuhan bangunan berdekatan Damascus semata-mata untuk bermain.

"Kadangkala susah juga mahu menangkap Pokemon kerana mereka muncul di atas bumbung bangunan yang sudah musnah," kata seorang remaja Syria.

Remaja tersebut, Omair Abdul, 21 mendakwa telah menangkap beberapa Pokemon di sekitar Damascus.

"Kami juga tidak mahu ketinggalan bermain permainan ini.

"Tetapi disebabkan terlalu banyak kemusnahan di negara kami, Pokemon Go tidak berapa popular di sini," kata Omair.

Omair juga memberitahu mereka terpaksa menggunakan 'proxy' untuk mendapatkan sambungan ke Internet.

Golongan aktivis yang menyedari perkara tersebut telah membuat salinan Pokemon dan diletakkan di sebalik runtuhan bangunan untuk menyedarkan risiko permainan berkenaan.

Militan guna senjata kimia?


04 Ogos 2016 1:05 AM




DAMSYIK 3 Ogos - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 33 orang lagi termasuk kanak-kanak mengalami cedera parah dalam dua serangan berasingan melibatkan penggunaan senjata kimia di Syria, semalam.
Serangan pertama berlaku di Old City di wilayah Aleppo, barat daya Syria apabila kumpulan militan Takfiri menggempur sebuah kawasan penempatan menggunakan senjata artileri.
Pengarah Kesihatan Aleppo, Mohammad Hazouri berkata, kumpulan militan itu menggunakan peluru yang diisi dengan gas beracun dalam serangan terbabit.
“Lima orang disahkan terbunuh, manakala lapan orang lagi mengalami masalah ke-sukaran untuk bernafas dan dihantar ke hospital untuk dirawat,” katanya seperti dilaporkan portal PressTV.
Dalam perkembangan berasingan, portal Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 33 penduduk awam termasuk 18 wanita dan 10 kanak-kanak, mengalami sesak nafas selepas helikopter-helikopter menggu­gurkan bom kimia di pekan Saraqeb di wilayah Idlib yang dikuasai kumpulan pemberontak.
Ketua Jabatan Pertahanan Awam Syria, Raed Saleh berkata, serangan itu berlaku tengah malam tadi apabila helikopter-helikopter berkenaan menggugurkan lima tong dipercayai mengandungi gas klorin dan serpihan besi di lokasi kejadian.
“Kami percaya gas itu merupakan gas klorin berdasarkan bau dan kesan kecederaan ke atas mangsa yang mengalami sesak nafas, kesan terbakar dan mata merah.
“Kesemua mangsa sedang dirawat, dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Saraqeb terletak kira-kira 15 kilometer dari lokasi sebuah helikopter Rusia ditembak jatuh pada Isnin lalu yang mengorbankan lima orang anak kapalnya, sekali gus menjadikan korban terbesar tentera Rusia sejak Moscow menyertai operasi ketente-raan di Syria pada Oktober lalu.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit, dan kumpulan hak asasi Syria percaya serangan di Saraqeb didalangi tentera Rusia yang mahu membalas dendam selepas helikopter mereka ditembak jatuh Isnin lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/militan-guna-senjata-kimia-1.366316#sthash.wAPmXCHZ.dpuf

Wednesday, 3 August 2016

Helikopter Russia ditembak jatuh



DUA lelaki memeriksa rangka helikopter Russia yang ditembak jatuh di Idlib, wilayah utara Syria, semalam. - Reuters

Agensi
Damsyik: Sebuah helikopter pengangkut Russia ditembak jatuh di Syria semalam, menyebabkan lima orang di dalamnya terbunuh.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Moscow, Kementerian Pertahanan Russia berkata, helikopter Mi-8 itu terhempas di wilayah Idlib ketika dalam penerbangan pulang ke pangkalan tentera udara di Syria selepas menghantar bantuan kemanusiaan di bandar Aleppo.

Helikopter itu membawa tiga kakitangan dan dua pegawai pangkalan udara Hemeimeem.

Ia kematian terbesar menimpa tentera Russia dalam satu kejadian sejak Moscow mula melancarkan serangan udara di Syria bagi membantu Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam memerangi kumpulan penentang September lalu.

Setakat malam tadi, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Bagaimanapun, sebahagian wilayah Idlib dikuasai kumpulan al-Qaeda cawangan Syria yang dikenali sebagai Barisan al-Nusra dan beberapa kumpulan penentang lain.

Kumpulan itu mengumumkan minggu lalu, ia menukar nama dan menamatkan hubungan dengan al-Qaeda.

Julai lalu, dua tentera Russia terbunuh di wilayah Homs apabila helikpoter Mi-25 mereka ditembak jatuh, dipercayai oleh kumpulan Daish.

Pada April, sebuah helikopter bersenjata Mi-28N terhempas dalam satu kemalangan di Homs, menyebabkan dua anggotanya terbunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 7:33 AM

42 maut dalam dua serangan di Syria


03 Ogos 2016 12:57 AM

Anggota pemberontak Syria memerhatikan rangka helikopter Mi-8

Anggota pemberontak Syria memerhatikan rangka helikopter Mi-8 milik Rusia yang ditembak jatuh di wilayah Idlib, kelmarin. AFP
BEIRUT 2 Ogos – Seramai 42 orang dilaporkan terkorban dalam dua serangan berasingan di bandar Aleppo dan wilayah Idlib dalam tempoh 24 jam lalu di Syria.
Dalam serangan di Aleppo, bedilan tembakan yang dilancarkan oleh kumpulan pemberontak Syria mengakibatkan 30 orang penduduk awam terbunuh.
Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mereka yang terkorban ‘termasuklah enam kanak-kanak dan lapan wanita’ di satu kawasan kediaman yang dikuasai kerajaan di bandar tersebut.
Tambah Rami, berpuluh yang lain cedera dalam serangan tersebut.
Pertempuran semakin se­ngit di bandar itu dalam tempoh beberapa hari lalu, setelah kumpulan pemberontak cuba menumpaskan tentera kerajaan yang mengepung bandar itu dan memotong akses tentera Syria ke seluruh bahagian utara wilayah tersebut.
Sebelum ini, Rusia memulakan langkah untuk menyelamatkan penduduk awam di Aleppo dengan membuka ‘koridor kemanusiaan’ bagi membebaskan penduduk yang terkepung di bandar itu.
Di utara Syria, 12 orang maut dalam serangan udara Rusia, beberapa jam selepas Moscow mengeluarkan kenyataan melaporkan helikopter mereka ditembak jatuh di wilayah Aleppo.
Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, mangsa yang terkorban terma­suk dua kanak-kanak dalam satu serangan udara dahsyat berdekatan pangkalan udara Abu Dhuhur di wilayah Idlib.
Sebelum itu, Jeneral Rusia, Sergei Rudskoi berkata, helikopter jenis Mi-8 itu ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai anggota kumpulan bekas sekutu al-Qaeda sehingga mengorbankan lima anak kapal.
Media tempatan Rusia turut mendakwa kumpulan militan Barisan al-Nusra yang menguasai kawasan berkenaan menjadi dalang serangan berkenaan, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. – AFP/DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/42-maut-dalam-dua-serangan-di-syria-1.365899#sthash.XOtUXheD.dpuf

5 terkorban helikopter Russia ditembak jatuh

DUNIA ISNIN, 1 OGOS 2016 @ 11:31 PM

Gambar menunjukkan pemberontak Syria berkumpul di sekitar bangkai helikopter Russia Mi-8 pengangkut tentera selepas ia telah ditembak jatuh di sepanjang sempadan pentadbiran antara wilayah Idlib, barat laut Syria. - Foto AFP


 MOSCOW: Lima kru yang berada dalam helikopter tentera Russia terkorban selepas ditembak jatuh di Syria dekat daerah Idlib, kata Kremlin. "Setakat ini, kami dapat maklumat daripada kementerian pertahanan, mereka yang berada dalam helikopter itu mati. "Mereka mati sebagai wira kerana berusaha menjarakkan pesawat itu jauh bagi mengurangkan mangsa di darat," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. Kementerian pertahanan terdahulu berkata, lima orang berada dalam helikopter berkenaan. Serangan itu dilaporkan berlaku ketika pejuang pembangkang Syria bertempur dengan tentera kerajaan di luar Aleppo dalam usaha mengurangkan penguasaan rejim ke atas kawasan ditawan pihak pemberontak di bahagian utara. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/179059

28 maut dalam serangan di Aleppo

SELASA, 2 OGOS 2016 @ 7:54 AM


BEDILAN oleh kumpulan pemberontak Syria membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam di daerah barat daya Aleppo dalam tempoh 24 jam lalu, menurut badan pemantau. - Foto Reuters

 BEIRUT: Bedilan oleh kumpulan pemberontak Syria membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam di daerah barat daya Aleppo dalam tempoh 24 jam lalu, menurut badan pemantau. Rami Abdel Rahman, ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, berkata mereka yang terbunuh "termasuk enam kanak-kanak dan lapan wanita" di dua kejiranan yang dikuasai kerajaan di Aleppo. Katanya, berpuluh lagi orang turut tercedera. Lebih 280,000 orang terbunuh sejak konflik Syria tercetus pada Mac 2011. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/179134

Monday, 1 August 2016

Syria gesa PBB ambil tindakan ke atas tentera perikatan


31 Julai 2016 12:43 AM

Gambar yang diedarkan kumpulan hak asasi Save The Children merakamkan

Gambar yang diedarkan kumpulan hak asasi Save The Children merakamkan orang ramai berhimpun di sekitar hospital bersalin yang rosak teruk dalam serangan udara di bandar Kafar Takharim, Idlib pada 28 Julai lalu. AFP
DAMSYIK 30 Julai – Syria menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera ke atas tentera perikatan diketuai Amerika Syarikat (AS) selain menghalang tentera perikatan meneruskan serangan udara di Asia Barat.
Portal Press TV melaporkan, ini berikutan serangan udara tentera pakatan yang meragut nyawa lebih 40 orang awam di bandar Manbij, utara Syria, kelmarin.
Dalam dua surat berasingan yang dihantar kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon dan Presiden Majlis Ke­selamatan PBB, Koro Besso, Kementerian Luar Syria mengecam serangan Amerika yang disifatkan sebagai ‘kejam’ ke atas orang awam, selain menggesa pihak bertanggungjawab didakwa.
Surat itu ditulis selepas jet AS melancarkan serangan di bandar Ghandour iaitu 23 kilometer dari bandar Manbij, wilayah Aleppo.
Sekurang-kurangnya 45 orang awam terbunuh, manakala 50 orang lagi cedera dalam serangan tersebut.
Kementerian Luar Syria turut menyamakan serangan itu de­ngan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan kumpulan-kumpulan pengganas di Syria, dengan menyifatkan kedua-dua pihak cuba memburukkan lagi keadaan di negara ini.
Syria turut menggesa Majlis Keselamatan PBB menguatkuasakan resolusi antikeganasan terhadap negara yang menyokong keganasan.
Syria mendakwa mereka tidak akan berhenti memerangi keganasan ketika meneruskan usaha penyelesaian politik bagi menamatkan konflik di Syria tanpa campur tangan asing.
Serangan itu berlaku selepas sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan cedera dalam serang­an udara tentera AS di Kampung al-Nawajah, timbur bandar Manbij pada 23 Julai lalu.
Setakat ini 120 dilaporkan terbunuh sejak AS melancarkan serangan di Manbij beberapa hari lalu bagi memburu pengganas Daesh.
Dalam perkembangan ber­asingan, sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa orang termasuk bayi cedera dalam serangan udara di sebuah hospital bersalin di wilayah Idlib.
Badan pemantau hak asasi Sy­ria berkata, hospital yang terletak di bandar Kafar Takharim rosak teruk dan hampir sukar berope­rasi, lapor portal Al-Jazeera.
Menurut pertubuhan Save the Children yang membantu hospital itu, serangan tersebut mengenai bahagian hadapan bangunan hospital ketika dua pembedahan sedang dijalankan, manakala seorang wanita berada di bilik bersalin.
“Beberapa orang bayi turut cedera apabila inkubator yang digunakan mereka jatuh ke lantai, manakala seorang ibu yang sedang mengandung enam bulan cedera teruk di kaki,” tambh ke­nyataan pertubuhan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-gesa-pbb-ambil-tindakan-ke-atas-tentera-perikatan-1.364171#sthash.8abbIMpm.dpuf

Rusia umum empat 'koridor' baharu di Aleppo


31 Julai 2016 2:00 AM

MOSCOW 31 Julai - Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan empat lagi 'koridor kemanusiaan' akan dibuka dari bandar dikepung Aleppo selain menambah seramai 169 orang penduduk awam telah berjaya keluar dari situ.
“Empat koridor kemanusiaan akan dibuka sebagai tambahan kepada koridor terawal yang disediakan oleh kami bagi membolehkan rakyat Syria keluar dari Aleppo,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut.
Tambah kenyataan tersebut, tiga koridor telah mula dibuka di kawasan berkenaan.
Laluan itu yang sebahagiannya ditunjukkan dalam siaran televisyen Syria merupakan pergerakan pertama bagi penduduk dari daerah dikepung berkenaan selepas Moscow mengumumkan mereka akan membuka koridor tersebut. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-umum-empat-koridor-baharu-di-aleppo-1.364268#sthash.6mRcbx1n.dpuf

48 korban bom trak



ORANG ramai berusaha membawa turun mayat seorang mangsa dari sebuah bangunan yang musnah dalam letupan bom trak di Qamishli, Syria, semalam. - EPA

Agensi
Beirut: Hampir 50 orang terbunuh apabila sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan diletupkan di bandar Qamilishi, Syria, yang berhampiran sempadan Turki, semalam.

Kumpulan pengganas Daish mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian berdekatan ibu pejabat pasukan keselamatan Kurdis itu.

Ia serangan terburuk seumpamanya di bandar berkenaan sejak beberapa tahun lalu, kata kumpulan Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia.

Menurut kumpulan berkenaan, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh. Bagaimanapun, angka kematian dijangka meningkat kerana sejumlah mangsa cedera parah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, Daish berkata, serangan itu menyasarkan pasukan militan Kurdis, YPG, yang menguasai sejumlah besar kawasan di wilayah Hasaka, tempat bandar Qamishli.

Letupan itu sungguh kuat sehingga ia menyebabkan tingkap bangunan di bandar Nusaybin, Turki, yang terletak di seberang sempadan, pecah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 10:40 AM

Syria tawar ampunkan pemberontak




Kemusnahan teruk bandar raya Alellpo di utara Damsyik menyebabkan ia tidak lagi sesuai didiami dengan kemudahan asas musnah sepenuhnya. - Foto REUTERS
AFP
Damsyik: Presiden Syria, Bashar al-Assad, hari ini menawarkan pengampunan kepada pemberontak yang menentang tenteranya jika mereka menyerah diri.

Agensi berita rasmi Syria, SANA, memetik Bashar sebagai berkata: “Setiap orang yang mengangkat senjata dan diburu undang-undang akan dikecualikan daripada sebarang hukuman jika mereka menyerah diri dan meletak senjata.”

Pengisytiharan pengampunan oleh Bashar yang menawarkan tempoh tiga bulan untuk menyerah diri itu juga membabitkan pemberontak yang membebaskan tebusan walaupin seorang tebusan.

Tawaran pengampunan itu dibuat ketika bandar raya Aleppo sedang dikepung oleh tentera pro-kerajaan menyebabkan lebih 200,000 penduduk kini terperangkap.

Sekutu Bashar, Russia melancarkan operasi serangan besar-besaran mulai hari ini dengan tentera kerajaan untuk membuka laluan bagi membolehkan orang awam melepaskan diri dari bandar raya itu.

Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, berkata tiga laluan dibuka bagi membolehkan ‘orang awam yang dijadikan tebusan oleh pengganas’ melarikan diri serta pemberontak keluar menyerah diri bersama senjata masing-masing.

Bashar sudah beberapa kali menawarkan pengampunan sejak beberapa tahun lalu, termasuk pada Julai 2015.

Lebih 280,000 orang sudah terbunuh sejak perang tercetus pada Mac 2011 manakala jutaan lagi menjadi pelarian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 6:01 PM

Sunday, 31 July 2016

Hospital bersalin di Syria kena bom


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 JULAI 2016

Hospital bersalin di Syria kena bom
DAMSYIK - SYRIA. Sebuah hospital bersalin di kawasan Idlib di Syria menjadi mangsa terbaharu serangan udara meragut dua nyawa dan beberapa yang lain cedera, semalam, lapor BBC.

Kejadian di hospital yang ditaja 'Save the Children' di utara barat Syria itu menyebabkan beberapa orang bayi cedera apabila inkubator mereka jatuh ke lantai, wanita mengandung putus kaki dan dua lagi cedera tertusuk objek tajam.

Namun, pihak yang bertanggungjawab atas serangan itu masih belum diketahui.

Syria Relief yang menguruskan hospital itu berkata, mangsa yang terbunuh merupakan keluarga pesakit.

Save the Children berkata, hospital itu merupakan yang terbesar di kawasan tersebut dengan menerima kira-kira 300 kelahiran setiap bulan.

Ketika serangan, dua pembedahan sedang berjalan dan seorang wanita sedang bersalin.

Hospital itu dipercayai telah berhenti beroperasi melainkan bahagian kecemasan memandangkan generator yang membekalkan elektrik kepada bangunan itu telah rosak.

Pengarahnya, Sonia Khush menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan memalukan.

"Tak ada alasan (untuk lakukan serangan ini). Kami kutuk serangan seperti ini di mana ia haram bawah undang-undang antarabangsa.

"Kami perlukan genjatan senjata segera di seluruh Syria dan hentikan serangan kepada fasiliti perubatan," katanya.

Hospital itu beroperasi sejak Jun 2014.

Saturday, 23 July 2016

Pokemon masuk Syria, tarik perhatian dunia


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 JULAI 2016
Pokemon masuk Syria, tarik perhatian dunia

Pokemon masuk Syria, tarik perhatian dunia Seorang kanak-kanak menunjukkan gambar Pokemon dengan tulisan di bawah gambar itu berbunyi, "saya dari Kafr Nabl di daerah Idllib. Datang dan selamatkan saya".
SHAH ALAM - Gambar kanak-kanak Syria memegang sekeping gambar kartun pokemon menarik perhatian di laman sosial, sejak semalam.

Dikongsi Sedat Gunduz di laman mikro Twitternya, empat keping gambar itu nyata meruntun hati netizen.

Melalui empat gambar itu, Sedat menulis, "kanak-kanak Syria memegang gambar kartun Pokemon dengan harapan dunia akan mencari dan menyelamatkan mereka. #Syria #SyriaBombing."

Pada gambar itu tertera perkataan yang berbunyi, "saya di sini. Selamatkan saya".

Rata-rata pengguna yang berkongsi gambar tersebut melahirkan rasa sedih atas penderitaan yang dihadapi rakyat negara itu.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar penderitaan rakyat di Syria segera berakhir.

Melalui laman Facebook Syria Care-Malaysia, gambar-gambar tersebut turut dikongsi dengan kapsyen yang mengingatkan bukan Pokemon yang perlu diselamatkan.

"Tetapi anak-anak dan saudara kita yang masih berada di dalam Syria!

"Pokemon Go baru sahaja dilancarkan namun penangannya satu dunia merasai. Namun, perang di Syria sudah lima tahun dilancarkan. Tetapi kenapa dunia masih membisu?," katanya.

Sementara itu memetik laporan BBC, aktivis Syria menggunakan fenomena Pokemon Go ini untuk mengangkat isu di Syria di mata dunia.

Ada juga imej Pokemon yang diedit pada sekeping gambar pelarian di atas bot di tengah laut dengan kapsyen, "Pokemon melarikan diri dari Syria mencari tempat selamat di dunia #save_Pokemon.

Wednesday, 20 July 2016

Turki tahan 103 jeneral, laksamana

Kosmo! Online - Dunia:







REUTERS - SALAH seorang komander pangkalan tentera udara Incirlik, Jeneral Bekir Ercan Van (tengah) dibawa ke bangunan mahkamah di Adana, Turki semalam.



















ISTANBUL – Pasukan keselamatan Turki semalam menjalankan serbuan terbaharu terhadap suspek komplot rampasan kuasa yang gagal menggulingkan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika kebimbangan antarabangsa meningkat berhubung tindakan balas itu.



Pihak berkuasa berkata, sekitar 7,500 orang ditahan setakat semalam dalam siasatan mengenai rampasan kuasa pada Jumaat lalu yang menurut Erdogan, dilakukan oleh musuh ketatnya, pendakwah yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.



Agensi berita Anadolu melaporkan, unit khas anti-pengganas di Istanbul menyerbu akademi tentera udara di kota itu awal pagi semalam dalam usaha mencari suspek baharu.



Menurut Anadolu, seramai 1,800 anggota pasukan elit polis telah dikerahkan dari wilayah sekitarnya untuk memastikan keselamatan di Istanbul.



Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menahan Jeneral Mehmet Disli yang menjalankan operasi untuk menangkap ketua tentera, Hulusi Akar Turki ketika rampasan kuasa berlaku, kata seorang pegawai.



Laporan media tempatan menyatakan, seramai 103 jeneral dan laksamana telah ditahan setakat ini. Agensi berita Dogan melaporkan semalam bahawa 10 daripada mereka kini ditahan reman oleh mahkamah.



Selain itu, pihak berkuasa turut menyingkirkan seramai 9,000 anggota dan pegawai polis di seluruh Turki termasuk di Istanbul dan ibu kotanya, Ankara kerana disyaki terlibat dalam cubaan rampasan kuasa pada Jumaat lalu.



Terdahulu, Erdogan menggesa rakyat Turki untuk terus berada di jalan-jalan raya walaupun rampasan kuasa itu berakhir. Pihak berkuasa membayangkan kehadiran rakyat sebagai langkah berjaga-jaga dan usa­ha untuk mengekalkan demokrasi.



Seorang koresponden agensi berita AFP berkata, perhimpunan menyokong Erdogan terus diadakan di seluruh negara sepanjang malam kelmarin.



Seramai 11 anggota tentera yang disyaki terlibat dalam rampasan kuasa telah ditahan di Lapangan Terbang Sabiha Gocken di sini.



Sementara itu pemimpin dunia termasuk Presiden AS, Barack Obama dan Canselor Jerman, Angela Merkel menggesa Turki supaya mematuhi peruntukan undang-undang ketika melancarkan operasi mematahkan rampasan kuasa itu. – AFP







Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4ExFQVqTI

Hakcipta terpelihara

'via Blog this'

Syria: Serangan terbaharu korbankan 28 - Luar Negara - Utusan Online

Syria: Serangan terbaharu korbankan 28 - Luar Negara - Utusan Online:

Anggota perubatan Syria memberikan rawatan ke atas seorang lelaki



 "Anggota perubatan Syria memberikan rawatan ke atas seorang lelaki yang cedera selepas sebuah bom tong meletup di luar Hospital Omar bin Abdaziz di daerah Maadi, utara bandar Aleppo, kelmarin. - AFP



ALEPPO 18 Julai - Serangan udara tentera kerajaan Syria dan sekutunya, Rusia di daerah yang dikuasai kumpulan penentang di bandar Aleppo mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang awam termasuk kanak-kanak, semalam.



 Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, jumlah kematian penduduk dalam serangan yang diakibatkan oleh bom tong itu dijangka terus meningkat ketika bandar tersebut terus dibedil jet tentera kerajaan.

“Sebanyak 11 orang awam termasuk empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara selepas tengah malam di kawasan Bab al-Nasr di Old Aleppo manakala tujuh lagi maut dalam serangan di kawasan perumahan Fardous,” kata badan itu.



 Kata badan itu lagi, sekurang-kurangnya enam maut termasuk seorang kanak-kanak dan dua wanita dalam serangan di daerah Salhin manakala empat lagi kematian dilapor berlaku di kawasan perumahan lain yang dikuasai kumpulan penentang.



 Pertubuhan yang bergantung maklumat kepada rangkaian sumber di seluruh Syria itu berkata, serangan itu dilancarkan sama ada jet pejuang Rusia dan Syria.

“Sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan,” kata ketua badan itu, Rami Abdel Rahman.



 Dalam pada itu, agensi berita Syria, SANA melaporkan, seorang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam serangan roket oleh kumpulan penentang di kawasan yang dikuasai kerajaan di bandar Aleppo.



 Menurut koresponden AFP di timur Aleppo, helikopter dan jet tentera kerajaan mengelilingi kawasan perumahan dikuasai penentang dengan menjatuhkan bom tong dan peluru berpandu di beberapa kawasan.

Sementara itu, sebuah hospital di kawasan perumahan Maadi turut terkena bedilan bom mengakibatkan kecederaan kepada kakitangan dan pesakit.



 “Pelbagai jenis senjata digunakan untuk mengebom hospital daripada tengah malam sehingga pukul 1 pagi. Kini ia tidak dapat digunakan lagi,’’ kata seorang doktor, Mohammad Kheir. - AFP"



'via Blog this'

Wednesday, 13 July 2016

3,000 mati menyeberangi Laut Mediterranean | Dunia | Berita Harian

3,000 mati menyeberangi Laut Mediterranean | Dunia | Berita Harian:





"Hampir 3,000 pendatang maut dalam cubaan menyeberangi Laut Mediterranean untuk ke Eropah dari Afrika dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. - Foto http://qz.com/



NEW YORK: Hampir 3,000 pendatang maut dalam cubaan menyeberangi Laut Mediterranean untuk ke Eropah dari Afrika dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (OIM) berkata, pada tempoh sama tahun lalu, angka kematian adalah 1,800.



 Peningkatan angka tragik itu mungkin membayangkan keseluruhan pertambahan jumlah pendatang dan pelarian yang menggunakan semua jenis laluan berisiko untuk ke Eropah.

Kira-kira 231,000 pendatang tiba di Eropah setakat ini pada 2016, berbanding 142,000 secara keseluruhan pada 2015. 




Namun majoriti kematian tahun ini iaitu 2,500 terjadi di laluan Laut Mediterranean dari Libya ke Sicily.

Bilangan terbesar pendatang tiba di Eropah tahun ini datang menerusi laluan lebih selamat menyambungkan Greece dengan Turki, dengan cuma 376 kematian direkodkan.



 Cuma enam bulan, 2016 sudah pun menjadi antara tahun paling buruk kepada pendatang yang menyeberangi Mediterranean.

Sebelum 2014, angka kematian tidak pernah mencecah 2,000, menurut UNHCR. - AGENSI"



'via Blog this'

Hilang penglihatan ditembak 'sniper' | Harian Metro

Hilang penglihatan ditembak 'sniper' | Harian Metro: "





myMetro



Kuala Lumpur: Dulu dia seorang kanak-kanak comel, tapi disebabkan peperangan, anugerah Ilahi itu diragut daripadanya apabila kepalanya terkena tembakan penembak hendap.



 Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Syahrir Azfar Saleh berkata, Syaimaa’ Mohamad, 5, terkena tembakan itu tiga bulan lalu hingga menyebabkan parah pada mukanya.



 Katanya, insiden itu menyebabkan kanak-kanak terbabit kehilangan penglihatan pada kedua-dua belah mata, selain kecederaan terbabit mengubah wajahnya yang comel.



 Menurutnya, beliau bertemu Syaimaa’ ketika melawat pusat pemulihan rawatan di Gaziantep yang turut menempatkan 40 pelarian Syria yang cedera akibat serangan oleh rejim Bashar al-Assad.

Gaziantep adalah sebuah bandar berhampiran dengan sempadan Syria di Turki.



 “Hampir satu jam saya berbual dengan Syaimaa’ dan mendapati dia kanak-kanak periang, bijak serta petah berkata-kata.

Peristiwa itu langsung tidak memberi kesan kepada psikologinya.



 “Saya usap wajahnya yang terdapat kesan parut besar akibat tembakan berkenaan dan hati kecil saya mengatakan Syaimaa’ kanak-kanak yang tabah,” katanya kepada Harian Metro.



 Beliau berkata, sehingga kini Syaimaa’ tidak mengetahui abangnya yang turut terkena tembakan ‘sniper’ (penembak hendap) itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika kejadian Syaimaa’ bermain bersama-sama abangnya di halaman rumah dan saya tidak menyangka kanak-kanak sekecil itu turut menjadi sasaran.



 “Saya difahamkan terdapat lebih kurang 50 sniper di Aleppo (Syria) dan ramai yang terkorban menjadi mangsa penembak berkenaan,” katanya yang menjalankan misi berkenaan bersama empat sukarelawan lari dari 25 Jun hingga 5 Julai lalu.



 Beliau berkata, perkara itu menyedarkan semua sukarelawan dalam misi berkenaan bahawa rakyat Syria golongan kuat dalam menghadapi ujian getir yang tidak pernah dilalui orang lain.



 “Keadaan di Syria berbeza dengan negara lain kerana pergolakan berlaku membabitkan 12 negeri di negara berkenaan,” katanya memberitahu MLL4S akan ke Syria semula pada Aidiladha untuk menyampaikan bantuan serta mengadakan ibadah korban.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 9:16 AM"



'via Blog this'

Monday, 11 July 2016

Aleppo putus bekalan



Kira-kira 200,000 penduduk terperangkap
11 Julai 2016 12:05 AM


Orang ramai membantu seorang wanita yang cedera dalam serangan udara tentera Syria di kawasan Kadi A

Orang ramai membantu seorang wanita yang cedera dalam serangan udara tentera Syria di kawasan Kadi Askar, wilayah Aleppo pada 8 Julai lalu. - Reuters
DAMSYIK 10 Julai - Penduduk di wilayah Aleppo, Syria kini berhadapan kekurangan bekalan makanan dan bahan api berikutan tindakan tentera Syria menutup jalan utama, Castello, yang merupakan laluan penting penghantaran bekalan ke wilayah berkenaan.
Menurut seorang penduduk Aleppo, Bilal Qaterji, tiada setitik petrol mahupun sebiji tomato yang tinggal di wilayah itu sejak tentera Syria mara menuju ke wilayah berkenaan pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 29 pemberontak Syria terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Syria, malam tadi dalam cubaan mereka untuk membuka kembali jalan tersebut.
Jalan itu merupakan satu-satunya laluan penghantaran bekalan ke kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak di timur wilayah Aleppo.
Kira-kira 200,000 penduduk masih terperangkap di wilayah itu yang terbahagi kepada dua bahagian antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak, sejak pertempuran meletus pada pertengahan 2012.
Semalam, tentera kerajaan mengumumkan gencatan senjata lanjutan selama 72 jam selepas gencatan senjata yang bermula pada Rabu lalu dicemari dengan pertempuran antara kedua-dua pihak.
Di utara Aleppo, sekurang-kurangnya 43 orang awam terbunuh sejak tentera kerajaan menggempur wilayah itu Rabu lalu, manakala Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria memberitahu bahawa seramai 34 orang awam terbunuh selepas pemberontak melancarkan serangan di beberapa bahagian di wilayah itu yang dikuasai tentera kerajaan.
Pada masa yang sama, sembilan lagi maut dalam serangan udara tentera kerajaan di bahagian yang dikuasai kumpulan pemberontak.
Menurut wartawan Al-Jazeera, Zeina Khodr, gencatan senjata dicabul sejak beberapa hari lalu dan keganasan berterusan.
Kementerian Pertahanan Rusia, semalam pula mengesahkan kumpulan militan Negara Islam (IS) menembak jatuh sebuah helikopter milik tentera negara itu di bandar purba Palmyra menyebabkan dua juruterbangnya terbunuh. – Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aleppo-putus-bekalan-1.351798#sthash.cRuKxbtO.dpuf

Saturday, 9 July 2016

60 orang awam maut serangan di Syria | Dunia | Berita Harian

60 orang awam maut serangan di Syria | Dunia | Berita Harian:







 "BEIRUT: Lebih 60 penduduk awam maut dalam serangan darat dan udara di barat laut Syria semalam kata kumpulan pemerhati, beberapa jam sebelum berakhirnya gencatan senjata sempena Aidilfitri.



 Pertempuran berterusan sejak perjanjian itu diumumkan pada Rabu, terutama di sekitar Bandaraya Aleppo, dengan kematian dicatatkan di kedua-dua pihak.



 Tiga puluh empat penduduk awam, termasuk empat kanak-kanak maut dan 200 lagi cedera dalam serangan pemisah di kawasan dikuasai rejim, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Agensi berita SANA memberikan angka lebih rendah dengan 23 kematian dan 140 cedera, menurut pemisah yang mencabul perjanjian gencatan senjata.





 Aleppo terpecah antara prorejim di barat dan timur yang dikuasai pemisah sejak pertengahan 2012.

Wartawan AFP di timur bandar raya itu berkata, serangan udara rejim dan bedilan roket juga menyasarkan penempatan pembangkang.



 Enam orang awam, termasuk tiga kanak-kanak terkorban dalam serangan udara rejim di kawasan dikuasai pemisah dalam perjalanan ke Castello.



 Tentera meneruskan kemaraan untuk menawan semula laluan bekalan tunggal pemisah ke bandar raya itu dalam pertempuran sengit.

"Serangan pemisah dilancarkan sebagai reaksi kepada kemaraan tentera rejim ke arah jalan Castello," kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman. - AFP"



'via Blog this'

Sunday, 3 July 2016

43 maut dalam serangan di Syria


3 JULAI 2016
43 maut dalam serangan di Syria

43 maut dalam serangan di Syria Seramai 43 orang dianggarkan maut dalam serangan yang berlaku tersebut. - Foto Reuters
SYRIA - BEIRUT. Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan bahawa seramai kira-kira 43 orang maut melibatkan kanak-kanak dan kakitangan perubatan menerusi serangan yang dilakukan oleh tentera rejim terhadap bandar yang dikawal oleh pemberontak di Syria.

Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman berkata, serangan udara dan pengeboman tersebut dilakukan oleh tentera kerajaan selama beberapa jam terhadap Jayrud iaitu sebuah bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer ke arah timur laut Damsyik.

Rami berkata, dua anggota perubatan merupakan antara individu yang maut selain daripada wanita dan kanak-kanak.

Selain daripada itu, seorang daripada mangsa terlibat merupakan ketua pusat perubatan di Jayrud, Amjad al-Danaf.

Difahamkan, kebanyakkan aktivis bersedih di atas kematian Amjad dan berkata mangsa terbunuh sewaktu serangan udara ketika cuba merawat penduduk yang cedera.

Awal pagi ini, Abdel Rahman berkata, individu terkenal di Jayrud sudah mencapai satu perjanjian dengan pegawai kerajaan bahawa pejuang pemberontak akan meninggalkan bandar itu dan menyerahkan mayat juruterbang terbabit sebagai pertukaran menghentikan serangan.

Sebuah halaman Facebook dikendalikan oleh aktivis Jayrud yang menerbitkan berita mengenai bandar itu berkata, pemberontak mula menarik diri daripada pangkalan mereka di sekitar bandar berkenaan hanya dalam sekelip mata.

Gencatan senjata antara rejim dan wakil tempatan sebelum ini telah menenangkan bandar berkenaan selama lebih dua tahun.

Lebih daripada 280,000 orang telah terbunuh sejak konflik Syria tercetus pada Mac 2011 lalu. - Dailymail

Friday, 24 June 2016

Pemberontak Syria dibayar tentera AS


24 JUN 2015
Pemberontak Syria dibayar tentera AS

Pemberontak Syria dibayar tentera AS Angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) menyediakan meriam untuk dilancarkan ke arah pasukan yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad di bandar Quneitra.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pemberontak Syria yang menerima latihan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) untuk menentang kumpulan militan IS dibayar AS$250 hingga AS$400 (RM936 hingga RM1,497) sebulan, bergantung kepada kemahiran, prestasi dan kedudukan kepimpinan, menurut Pentagon.

Jurucakap Jabatan Pertahanan, Kolonel Steve Warren berkata, seramai 2,000 pejuang Syria sedang menjalani latihan minggu lalu, manakala 1,500 lagi telah selesai pemeriksaan yang diperlukan.

"Minggu lalu, usaha latihan bergerak lebih perlahan daripada jangkaan kerana mengalami masalah memilih sukarelawan dan membawa mereka keluar dari Syria untuk menjalani latihan," katanya.

Difahamkan, hampir 6,000 penduduk Syria telah menawarkan diri untuk mengambil bahagian dalam usaha AS untuk melatih dan melengkapkan satu kuasa politik sederhana tentera Syria.

Sementara itu, menurut Jurucakap Gabungan Bersama Agensi Pasukan Petugas Syria, Kapten Scott Rye, terdapat juga beberapa kumpulan yang berhenti selepas menjalani latihan selama beberapa minggu.

"Antara sebab mereka keluar adalah kerana tidak memiliki kad pengenalan, di bawah umur atau tidak layak untuk latihan," katanya. - Reuters

Tuesday, 21 June 2016

Kosmo! Online - Dunia: "65 juta jadi pelarian seluruh dunia







Kosmo! Online - Dunia: "65 juta jadi pelarian seluruh dunia




AFP - PETUGAS PBB mengagihkan bekalan air bersih kepada pelarian Nigeria di kem Kidjendi, Diffa, Niger kelmarin.

GENEVA – Angka pelarian dan orang yang terpaksa melarikan diri dari rumah di seluruh dunia memecah satu rekod baharu apabila jumlah itu meningkat kepada 65.3 juta pada hujung tahun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Jumlah yang mengatasi krisis kemanusiaan semasa Perang Dunia Kedua itu didahului oleh rakyat Palestin, Syria dan Afghanistan.

Di peringkat global, sekurang-kurangnya satu peratus daripada manusia terpaksa melarikan diri daripada krisis.

“Ini merupakan kali pertama bahawa jumlah keseluruhan telah melepasi sebanyak 60 juta pelarian,” kata agensi pelarian PBB.

Angka berkenaan dikeluarkan sempena Hari Pelarian Dunia yang dikatakan merupakan satu jumlah krisis pelarian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Ketika konflik dan penindasan yang berlaku menyebabkan semakin ramai terpaksa melarikan diri selain sentimen politik antiimigran semakin tegang bagi menempatkan golongan pelarian.

“Keadaan ini bukan sahaja melibatkan kesediaan beberapa negara untuk bekerjasama dalam isu pelarian tetapi kepentingan manusia secara kolektif turut diuji pada hari ini,” kata Ketua Suruhanjaya PBB Bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi.

Angka pelarian telah mening­kat sejak pertengahan tahun 1990, namun kadar itu semakin melonjak sejak tercetusnya perang saudara di Syria pada tahun 2011.

Menurut statistik PBB, daripada 65.3 juta pelarian, kira-kira 40.8 juta masih berada di dalam negara mereka, manakala 21.3 juta pula telah melarikan diri dengan merentasi beberapa sempadan.

Bagaimanapun, penduduk Palestin merupakan kumpulan pelarian terbesar dengan lebih lima juta orang termasuk yang melarikan diri sejak penubuhan Israel pada 14 Mei 1948.

Syria pula mencatatkan sebanyak 4.9 juta pelarian diikuti dengan Afghanistan (2.7 juta pelarian) dan Somalia (1.1 juta).

Sementara itu, UNCHR berkata, terdapat tanda-tanda membimbangkan di Amerika Tengah apabila jumlah peningkatan orang melarikan diri daripada kumpulan-kumpulan yang melakukan keganasan semakin meningkat kepada 17 peratus.

– AFP"



'via Blog this'

Monday, 20 June 2016

Gencatan senjata 48 jam di Aleppo



PETUGAS pertahanan awam Syria (kiri) berkumpul di jalan raya di Aleppo yang dibom pesawat tentera kerajaan Syria dan Russia walaupun selepas gencatan senjata diumumkan, semalam.

Beirut: Kementerian Pertahanan Russia berkata, gencatan senjata selama 48 jam diisytiharkan di Aleppo, utara Syria, dengan aktivis turut melaporkan keadaan lebih aman di bandar kedua terbesar negara itu semalam.

Sejak beberapa bulan lalu, Aleppo melihat pertempuran dan pengeboman sengit yang meragut ratusan nyawa tentera kerajaan serta pejuang penentang rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Russia berkata, gencatan senjata berkuat kuasa pada detik tengah malam Rabu. Ini bukan kali pertama gencatan diumumkan di bandar itu sejak beberapa bulan lalu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berasas di Britain berkata, keadaan di bandar itu aman semalam.

Katanya, keganasan terbaru di bandar itu bermula pada 22 April lalu dengan 627 terbunuh dan 2,900 cedera. Mereka yang mati termasuk 124 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Kumpulan Penentang menawan sebahagian Aleppo daripada tentera rejim pada 2012, manakala kerajaan yang disokong serangan udara Russia mengepung beberapa bahagian bandar itu sejak beberapa bulan lalu.

Aktivis Baraa al-Halaby yang berasal dari Aleppo berkata, pejuang penentang di bandar yang juga pernah menjadi pusat perdagangan Syria itu tidak dimaklumkan mengenai gencatan itu.

Katanya, tentera kerajaan serta pesawat pejuang Russia dan Syria masih menyasarkan jalan Castello yang menghubungkan kawasan dikuasai penentang dengan kawasan lain negara itu seterusnya menyekat orang ramai meninggalkan kawasan itu.

“Ini seperti satu gurauan. Jalan Castello dibedil bom tong sejak 12 jam lalu,” katanya merujuk pada tempoh selepas gencatan berkuat kuasa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 10:12 AM

Sunday, 19 June 2016

Aleppo terus dibedil


34 lagi penduduk awam jadi korban serangan udara

17 Jun 2016 12:54 AM
SEORANG lelaki Syria tidak dapat menahan kesedihan apabila kediamannya


SEORANG lelaki Syria tidak dapat menahan kesedihan apabila kediamannya ranap akibat dibedil jet tentera Syria di bandar Aleppo pada 8 Jun lalu. AFP
DAMSYIK 16 Jun - Penderitaan penduduk Ale­ppo bagai tiada kesudahan, apabila bandar itu terus dibedil tanpa henti oleh jet dan helikopter tentera kerajaan Syria, kali ini menyaksikan sekurang-kurangnya 34 orang lagi terbunuh dalam serangan udara, kelmarin.

Bagaimanapun, pengumuman gencatan senjata oleh Rusia yang merupakan sekutu Presiden Bashar Al-Assad selama 48 jam di wilayah itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk di bandar itu.

“Bagi insiatif Rusia, satu ‘perintah senyap’ (gencatan senjata) dikuatkuasakan di Aleppo selama 48 jam bermula pukul 12.01 pagi pada 16 Jun bertujuan mengurangkan tahap keganasan bersenjata dan menstabilkan situasi di bandar itu (Aleppo),” kata Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.

Portal Al Jazeera melaporkan, serangan udara kelmarin mensasarkan kawasan yang dikuasai kumpulan penentang.

Bom tong digugurkan di kawasan Salhen, Ferdos dan Jisr al-Haj di wilayah Aleppo mengorbankan sebanyak sembilan orang termasuk dua kanak-kanak.

Pengeboman dan serangan udara berikutnya disasarkan di kawasan Salahadeen, Sukary, Malaah dan Castello mengakibatkan 25 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan udara itu kemudiannya berlanjutan sehingga tengah malam sampai pagi semalam.

Seorang wartawan yang juga aktivis kemanusiaan Hadi al-Abdullah yang membuat liputan di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang turut cedera dalam serangan itu.

Washington sebelum itu memberi amaran kepada Assad dan Moscow supaya Damsyik menghormati gencatan senjata yang dicapai pada Februari lalu.

Pertempuran terbaharu tentera kerajaan dan sekutunya dengan kumpulan penentang di Aleppo seperti dilaporkan Badan Pemantau Hak Asasi Syria menyaksikan berpuluh-puluh anggota pemberontak terbunuh, semalam. – AGENSI/AFP

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aleppo-terus-dibedil-1.343347#sthash.EyPe1yjT.dpuf

Tujuh terbunuh serangan awal pagi di Aleppo


19 Jun 2016 1:15 AM

BEIRUT 18 Jun - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam satu serangan yang dilancarkan pada awal pagi di wilayah bergolak, Aleppo di Syria.
Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) berkata, serangan tersebut dipercayai didalangi oleh Unit Perlindungan Penduduk Kurdis (YPG).
Menurut SOHR, lebih 40 orang turut cedera dalam serangan yang menyasarkan kawasan Sheikh Maqsoud, sebuah daerah yang terletak berhampiran satu-satunya laluan keluar masuk menuju ke kawasan yang dikuasai puak pemberontak iaitu Castello.-REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tujuh-terbunuh-serangan-awal-pagi-di-aleppo-1.344334#sthash.Fftke0N0.dpuf

Thursday, 16 June 2016

34 maut serangan udara di Aleppo


16 Jun 2016 11:18 AM

Serangan udara

Serangan udara
SUASANA bandar Aleppo diselebungi asap tebal selepas serangan udara yang dilancarkan tentera Syria. - REUTERS
DAMSYIK 16 Jun - Sekurang-kurangnya 34 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara tentera Syria di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan di Aleppo, kelmarin.
Portal Al Jazeera melaporkan, bom tong yang digugurkan oleh helikopter tentera jatuh di kawasan Salhen, Ferdos, dan Jisr al-Haj membunuh sembilan orang termasuk dua kanak-kanak.
Serangan udara dan pengeboman di Salahadeen, Sukary, Malaah dan Castello mengakibatkan 25 kematian antaranya wanita dan kanak-kanak. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/34-maut-serangan-udara-di-aleppo-1.343115#sthash.rt4Yf9p4.dpuf

Budak pelarian dieksploitasi


15 JUN 2016
Budak pelarian dieksploitasi

 
Budak pelarian dieksploitasi Pihak tidak bertanggungjawab didakwa mengambil kesempatan mengeksploitasi kanak-kanak pelarian di Perancis.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kanak-kanak di dua kem pelarian di Perancis didakwa hidup menderita kerana mereka dieksploitasi secara seksual oleh sindiket pemerdagangan manusia yang menjanjikan laluan perjalanan ke Britain.

Laporan bersama Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef) yang akan diterbitkan esok bakal mendedahkan situasi menyedihkan terpaksa dihadapi golongan itu yang mendapatkan perlindungan di kem pelarian di Calais dan Dunkirk.

"Ratusan budak tanpa pengawasan orang dewasa kini tinggal di kem di utara Perancis itu. Terdapat imej yang memaparkan bagaimana kanak-kanak pelarian menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab," jelas agensi antarabangsa itu dalam satu kenyataan.

Kebanyakan budak terutamanya dari Syria dan Libya mendakwa mereka dipaksa oleh ahli sindiket terbabit untuk melakukan pelbagai perbuatan jenayah termasuk membuka pintu lori untuk pelarian dewasa yang akan diseludup masuk ke Britain.

Sementara itu, badan amal, Citizens UK memaklumkan hanya 150 kanak-kanak di Calais mempunyai kebenaran sah untuk memasuki Britain kerana mereka mempunyai keluarga di negara tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, sebuah lagi badan amal untuk pelarian, Help Refugees mendedahkan kira-kira 120 budak tanpa pengawasan orang dewasa dilaporkan hilang dari kem Jungle tidak lama selepas pihak berkuasa di Paris membersihkan bahagian selatan kem migran itu pada Mac lalu. - Press TV

244 maut minggu pertama Ramadan


Seorang lelaki mengangkat mayat seorang kanak-kanak perempuan

SEORANG lelaki mengangkat mayat seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh dalam serangan udara di bandar Maaret al-Numan, yang dikuasai pembrontak di wilayah Idlib pada12 Jun lalu. REUTERS
DAMSYIK 14 Jun - Sekurang-kurangnya 244 orang terbunuh pada minggu pertama Ramadan di Syria, kebanyakannya akibat serangan bom oleh tentera Syria dan serangan udara oleh Rusia.
Menurut laporan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, antara 6 Jun hingga 12 Jun lalu, sekurang-kurangnya 148 awam terbunuh termasuk 50 kanak-kanak dan 15 wanita selepas helikopter menggugurkan bom di kawasan kediaman mereka.
Sementara itu, 12 orang awam pula terbunuh dalam sera­ngan kumpulan militan IS, manakala seorang lelaki dipenggal kepalanya oleh kumpulan militan ber­kenaan dalam tempoh yang sama.
Jumlah berkenaan terma­suk kematian akibat serangan udara di sebuah pasar di bandar Idlib pada Ahad lalu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 40 orang awam terbunuh, dan menurut aktivis kebanyakan mangsa adalah wanita serta ka­nak-kanak.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya sikap masyarakat antarabangsa kerana berterusan mendiamkan diri terhadap jenayah yang dilakukan ke atas penduduk Syria,” tegas mereka.
Laman web aljazeera.com memetik beberapa kumpulan pemantau termasuk pihak berkuasa Turki menuduh Rusia melancarkan serangan udara di Idlib, namun pihak berkuasa Rusia menafikan sebarang penglibatan.
Kawasan berkenaan dikuasai bersama kumpulan pemberontak Tentera Penakluk termasuk Barisan al-Nusra, namun mereka tidak terlibat dalam perjanjian gencatan senjata pada Februari lalu.
Laporan pemantau itu dikeluarkan ketika beratus-ratus penduduk awam melarikan diri dari kubu kuat kumpulan militan IS, Manbij di utara Syria, manakala beribu-ribu lagi masih terperangkap di bandar itu yang dikepung oleh tentera Arab Saudi dan Kurdis yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Konflik Syria yang bermula dengan tunjuk perasaan aman pada Mac 2011 bertukar menjadi perang saudara membabitkan banyak pihak.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah korban meningkat kepada 280,000 orang, manakala separuh daripada penduduk negara ini dipaksa meninggalkan kediaman mereka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/244-maut-minggu-pertama-ramadan-1.342623#sthash.MwfKbGTB.dpuf