Friday, 1 June 2012

Berita ‘Gembira’ Buat Pembunuh

 Berita ‘Gembira’ Buat Pembunuh

Oleh : Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi
Kami telah menerima berita tragis tentang penyembelihan umat yang dilakukan oleh tentera-tentera Asad di Hula. Lebih dari 100 orang yang tidak bersalah telah dibunuh setelah mereka disembelih, dikerat-kerat, dipotong-potong dan dicederakan dengan cara yang mengerikan yag melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersalah.
Dalam pada kami mengutuk jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini, kami juga menyatakan bahawa kesedihan dan kekecewaan yang melanda akibat dari kekejaman yang mengerikan ini tidak dapat diungkapkan oleh mana-mana bahasa dan perkataan. Justeru kami mengajak semua pihak yang punya hati dan perasaan agar mengutuk jenayah berat ini melalui apa sahaja cara seperti siri ceramah dan penjelasan, demonstrasi dan sebagainya.
Sebagai mewakili tentera pembebasan Syria, para demonstran, pejuang-pejuang, para ulama yang bertaqwa dan ahli sufi yang berjuang, kami mengisytiharkan bahawa kami akan membalas kejahatan mereka dengan sepenuh kekuatan yang bakal menggegarkan pemerintahan regim. Kebangkitan rakyat akan berterusan serta tindakan-tindakan kami selepas ini akan lebih tegas dan keras berbanding laungan lisan. Maka berilah khabar gembira kepada para pembunuh tersebut dengan kematian yang bakal mereka hadapi.
Namun kami tegaskan juga bahawa kami tidak akan membalas dendam terhadap wanita dan kanak-kanak mereka, kerana itu bukanlah cara kami. Tetapi kami akan menghalakan serangan terus ke arah regim serta menjejaki maklumat setiap individu penjenayah yang telah terbukti terbabit dalam siri kekejaman agar ia mendapat hukuman. Justeru kami menyeru kepada setiap bapa yang mahu menuntut bela atas kematian anaknya serta mengutuk kekejaman musuh, atau mereka yang masih punya rasa cemburu terhadap maruah dan kemuliaan umat yang diinjak-injak, marilah menyertai gerakan menyelamatkan negara dan rakyat dari kejahatan tentera-tentera penjenayah.
Air mata mengalir dan perasaan hancur remuk ketika menyaksikan peristiwa sadis ini semasa makan, minum dan berehat santai. Bukanlah kami sedih atas kematian, kerana yang mati tetap mati. Dan mati itu past datang. Malah mereka yang mati syahid sedang berseronok di taman-taman syurga. Tetapi kami sedih dan kecewa kepada pihak-pihak yang bergembira dengan musibah ini, mendokong regim yang zalim dan berdiam diri dengan kejelekan yang berlaku.
Benarlah kata-kata syair :
Tiada guna dan kebaikan bagi seseorang yang hidup
Tetapi ia tidak berfungsi dan memberi manfaat kepada orang lain

No comments:

Post a Comment