Monday, 25 June 2012

Ucapan dan nasihat dari Ketua Persatuan Ulama Syria,

Ucapan dan nasihat dari Ketua Persatuan Ulama Syria, Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni kepada Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Ia mengingatkan dan memberi amaran ke pada Dr. Buti agar beliau meninggalkan golongan zalim serta membela rakyat Syria yang dianiaya.

Kata Dr. Ali As-Sobuni :

Allah telah memberikan ingatan:

“Dan (ingatlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (kerana marahkan diri sendiri) sambil berkata : Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dulu) menyusuri jalan yang benar bersama rasul.

Wahai celakanya aku! Alangkah baiknya kalau tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku, dan syaitan itu sentiasa mahu mengecewakan manusia (yang menjadikan ia sahabat karib)”

Al-Furqan : 27 - 29

Ini adalah khabar yang benar dari Allah yang maha Gagah bahawa golongan yang zalim pasti menyesal berpanjangan di akhirat kelak.

Si zalim (Dr. Buti) akan menggingit tangannya sendiri sambil merintih “alangkah baiknya jika aku tidak mendokongmu dahulu wahai Basyar! Alangkah baiknya kalau aku dahulu tidak menjadikan kamu sebagai teman karibku.”

Menyokong kezaliman adalah amalan yang sesat setelah nikmat peringatan dan hidayah bertandang. Ia merupakan usaha syaitan untuk mengecewakan manusia dengan memalingkan mereka dari kebenaran, mengheret mereka ke kancah kebatilan dan kesesatan.

Dr. Buti,

Tuhan telah mendedahkan sikap anda yang sebenar. Ilmu pengetahuan anda tidak memberi manfaat kepada anda. Anda sedang menempah kehinaan di dunia dan penyesalan yang tidak berkesudahan di akhirat.

Dahulu anda pernah menunaikan solat ke atas individu yang telah dikuburkan (Hafiz Al-Asad, bapa kepada Basyar). Anda juga telah menzahirkan kesedihan ke atas kematiannya, namun anda lupa firman Allah yang telah bersumpah dengan bukit Tursina :

“Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati di kalangan orang-orang munafik itu sampai bila-bila, dan janganlah engkau berada di tepi kuburnya. Kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedangkan mereka dalam keadaan fasik (derhaka)”

At-Tawbah : 84

Kami telah menasihatkan anda dan mempersoalkan anda bagaimana anda tergamak menunaikan solat ke atas insan sezalim itu? Namun anda telah menghalang kebenaran dari memasuki pendengaran lalu Allah telah mendedahkan sikap sebenar anda. Maka benarlah firman Allah :

“Kerana Allah hendak membezakan golongan yang ingkar dari golongan yang beriman, dan menjadikan (golongan) yang ingkar itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu dihimpunkan ke semuanya serta dimasukkan ke dalam neraka jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Al-Anfal : 37

Wahai Buti, peristiwa berdarah di perkampungan Haulah tidaklah jauh dari anda. Kekufuran golongan yang anda dokongi itu bukanlah perkara baru. Ia tidak lain adalah kesesatan dan penyimpangan dari jalan yang benar yang akan disusuli oleh ancaman dari Allah s.w.t

Ingatlah amaran Allah ini.

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim kerana nanti api neraka akan membakar kamu (di akhirat). Pada masa itu, kamu mempunyai sebarang penolong selain dari Allah. Dan kamu selamanya tidak akan mendapat sebarang pertolongan.”

Hud : 113

...........................................................

كلمة فضيلة العلامة الشيخ محمد علي الصابوني رئيس اتحاد علماء سوريا ا( هذه الكلمة فضح للدكتور والبوطي ونصيحة له لعله أن يترك الظالمين ويقف مع المظلومين )


( وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا * يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا * لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنسَانِ خَذُولًا )

خبر حق من الله الجبار ، وندم واقع من الظالم ، حين لا ينفع الندم ..

يعض الظالم ( البوطي ) على يديه ، ليتني لم أتبعك يا بشار ، ليتني لم أتخذك خليلا ..

ضلال بعد ذكر وهدى ، وخذلان من الشيطان عن الحق وصرف عنه ، واستعمال في الباطل ودعوة إليه ..

لقد كشف الله عنك الستر أيها البوطي ، فلم ينفعك علمك ، بل لبست في الدنيا ثوب الخسران ، وفي الآخرة ندامة دون حسبان ..

صليت على المقبور ، وتباكيت عليه بكاء المأجور ، ونسيت قول المقسم بالطور ( وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَداً وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ ) ..

لقد نصحناك -كيف تصلي عليه - فأغلقت طرق الحق عن مسامعك ، وكشفت عن ستر الله في مطامعك ، حتى جاء الوعد الحق ( لِيَمِيزَ اللّهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىَ بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعاً فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ )

وما الحولة عنك اليوم يا بوطي ببعيد !! ولا كفر من اتبعت قبلها بجديد !! ولكن ضلال وزيغ ، يعقبه من الله الوعيد ..

( وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ ) ..

No comments:

Post a Comment