Sunday, 24 March 2013

BASYAR ADALAH DAJAL ZAMAN MODEN



Dilaporkan rejim telah mensasarkan sekurang-kurangnya 750 buah masjid dalam tempoh dua tahun yang lalu. Sebahagian daripadanya telah dimusnahkan sepenuhnya, yang lain memerlukan banyak pembaikan dan tidak boleh digunakan, manakala selebihnya telah terkena serangan tetapi masih boleh digunakan. 

Rejim juga telah mensasarkan masjid purba dan bersejarah yang dibina lebih daripada 1000 tahun yang lalu ketika ia meneruskan serangan sengit ke atas pejuang Syria.

Pada awal revolusi penunjuk perasaan melancarkan protes mereka dari masjid, dan menjadi tempat berlindung apabila rumah mereka diserang. Sesetengah sekolah pun terletak di beberapa buah masjid.

Bilangan masjid yang diserang:
Homs: 149
Damsyik: 54
Pinggir Damsyik: 126
Idlib: 104
Aleppo: 94
Dara: 71
Hama: 62
Deir Ezzour: 52
Bandar-bandar Pantai: 32
Raqqa: 2
Quneitra: 2

No comments:

Post a Comment