Tentang pembunuhan Syaikh Said Ramadhan Al-Buthi di masjid Iman, Dimasyq Khamis yang lalu, kami datangkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh rejim Basyar :
1) Kenapa dibunuh di lokasi yang ketat kawalan keselatamannya (antara Embassy Rusia dan Pejabat Latihan Ketenteraan). Sedangkan rumah syaikh di Rukn Ad-Den merupakan tempat yang mudah untuk membunuh beliau.
2) Tidak ada rakaman penuh pengajian syaikh yang mana setiap pengajian akan direkodkan oleh TV Syria dan kamera Masjid al-Iman. Selepas itu akan disiarkan melalui channel Nur as- Syam.
3) Bagaimana boleh ada siaran tentang riwayat hidup Syaikh dalam televisyen Syria selepas 5 minit berlaku pembunuhan di masjid Iman? Sedangkan setiap montaj memerlukan masa 6 jam untuk disiapkan.
4) Kenapa syaikh dibunuh selepas digunakan senjata kimia oleh rejim di Halab? Adakah untuk menghalang syaikh mengeluarkan pendirian yang tidak bersetuju dengan tindakan rejim itu?
5) Adakah pembunuhan ini untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap penggunaan senjata kimia di wilayah Halab?
Ternyata, ia adalah perancangan licik rejim Basyar untuk menuduh mujahidin dan perjuangan rakyat Syria.
No comments:
Post a Comment