NEW YORK 19 April - Kira-kira 6.8 juta rakyat di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan, kata Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Bantuan Kemanusiaan, Valerie Amos.
Menurutnya, keperluan tersebut diperlukan di beberapa kawasan yang mengalami konflik dan kawasan yang dikuasai oleh pihak pembangkang.
"Sebanyak 6.8 juta orang memerlukan bantuan daripada jumlah populasi penduduk seramai 20.8 juta di Syria. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4.25 juta adalah pelarian dan 1.3 juta pula merupakan rakyat yang mencari pelindungan di negara-negara jiran," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130419/lu_06/68-juta-rakyat-Syria-perlu-bantuan-kemanusiaan#ixzz2R0EqyRrZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment