20/04/2013 4:17am
WASHINGTON - Pihak Amerika Syarikat merancang untuk membelanjakan lebih AS$100 juta (RM303.6 juta) kepada kumpulan pemberontak di Syria termasuk bantuan ketenteraan bukan bersifat memusnah seperti pakaian perisai dan peralatan gogal pandangan malam.
Setiausaha negara itu, John Kerry dijangka menyenaraikan pakej bantuan pada satu persidangan antarabangsa yang akan berlansung di Turki pada hujung minggu ini.
Bantuan baharu itu bagaimanapun dikatakan tidak menepati kehendak pemberontak Syria yang mahukan senjata api bagi menentang rejim Presiden Bashar al-Assad. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2Qxz9Ns5c
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment