Monday, 29 April 2013

Pemberontak Syria serang lapangan terbang tentera

ALEPPO – Parti pembangkang Syria mendakwa kumpulan pemberontak mula menyerang beberapa lapangan terbang tentera seluruh negara semalam sebagai usaha untuk melemahkan kuasa udara kerajaan negara itu.

Seorang aktivis pembangkang, Jehad al-Hamwwi berkata, serangan pesawat itu telah menyebabkan banyak kematian.

“Jadi kami mahu menamatkan perkara ini dengan segera,” katanya kepada CNN.

Sementara itu, seorang penentang di wilayah Idlib, Zukan Hded mendakwa, pemberontak  tentera Syira telah merangka pelan untuk menyerang lapangan terbang tentera dan bahagian rejim yang lain.

“Pesawat pejuang dan helikopter telah dikerahkan ke lapangan terbang al-Zhuhoor bagi mengawal keadaan,” kata Hded.

Sementara itu, media tempatan, Syrian Arab News Agency turut melaporkan tentera Syria hanya  ‘menyekat’ cubaan pengganas yang dilihat pihak pembangkang sebagai menutup kelemahan pihak tentera tentang serangan Lapangan Terbang Minnegh yang terletak di pendalaman  Aleppo.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan pihak pembangkang.

Media turut  melaporkan pemberontak terlibat dalam pertempuran sengit dengan tentera kerajaan Syria dan dua pasukan pertahanan turut mengambil alih lapangan terbang tentera di Kwaires pada Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment