Dulu saya sering tertanya-tanya, kenapa akhir-akhir ini, setelah Rejim Basyar hampir tumbang makin ramai tenteranya yang berpaling tadah. Setelah begitu lama persoalan itu terjawap semalam semasa ceramah Ustaz Muhammad Nazmi di Masjid
Al-Azim.
Kata ustaz, beliau mempunyai seorang sahabat rakyat Syria yang pernah berkhidmat dalam pasukan Tentera Basyar selama 3 tahun. Antara syarat sebagai tentera ialah tidak boleh sesekali melakukan solat. Tanya Ustaz: Jadi selama 3 tahun engkau tidak pernah solat? Jawap kawannya: Aku solat dengan menggunakan isyarat mata.
Dalam satu-satu operasi ketenteraan, biasanya tentera Basyar (Sunni) akan diletakkan dibaris depan semasa operasi. Jika ada arahan untuk membunuh, mereka terpaksa lakukan, kerana dibelakang mereka adalah tentera syiah yang memerhatikan mereka. Sekiranya mereka ingkar, mereka (tentera sunni) pula yang akan ditembak.
Diceritakan juga oleh ustaz, bagaimana rakyat syria sedari kecil sudah diajar mentaati pemimpin mereka iaitu Hafiz Assad (Bapa Basyar). Sehingga ramai yang menganggap bahawa Hafiz Assad itulah bapa mereka.
Jadi kesimpulannya ialah, rata-rata tentera Basyar yang berpaling tadah adalah dari golongan Sunni, dan mereka sedar selama ini mereka ditindas dari segi kehidupan dan beragama.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment