Thursday, 25 April 2013

Tiada bukti Syria guna senjata kimia


   
Washington: Amerika Syarikat belum lagi memutuskan sama ada rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia terhadap tentera pemisah tetapi menyokong satu siasatan mengenai perkara itu, lapor Rumah Putih semalam.

Kami menyokong siasatan dijalankan dan kami memantau perkara ini dan belum mendapat sebarang keputusan bahawa ada penggunaan senjata kimia, kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney kepada pemberita.
Carney mengingatkan kata-kata Presiden Barack Obama bahawa penggunaan senjata kimia tidak dapat diterima.

Ada di kalangan mereka dalam kerajaan Syria yang melahirkan keinginan untuk menggunakan senjata kimia bagi melindungi kepentingan mereka dan meneruskan pemerintahan rejim Assad, kata jurucakap terbabit.

Masih curiga dakwaan

Kami masih curiga dengan sebarang dakwaan bahawa pihak penentang menggunakan senjata kimia.

Ketua penyelidikan dan analisis bahagian risikan tentera, tentera Israel, Brigadier Jeneral Itai Brun sebelum itu mendakwa Assad bersalah kerana menggunakan senjata kimia, seperti sarin terhadap pemberontak.
Satu daripada ciri terkini adalah meningkatnya penggunaan oleh rejim peluru berpandu permukaan, roket dan senjata kimia, kata Brun pada satu persidangan.

Bagi pemahaman profesional terbaik kami, rejim terbabit menggunakan senjata kimia maut terhadap pemisah dalam sebilangan insiden sejak beberapa bulan lalu, katanya.

Khamis lalu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak dapat mengesahkan penggunaan senjata kimia Syria.

Saya rasa adil untuk mengatakan (perdana menteri) bukan dalam kedudukan untuk mengesahkan perkara itu dalam mesyuarat ini, kata Kerry di Brussels di mana beliau menghadiri satu mesyuarat menteri luar NATO.

Agensi

No comments:

Post a Comment