3 Mei 2013
DAMSYIK - Tentera Pembebasan Syria (FSA) di wilayah barat laut Idlib didakwa menggunakan sejenis cecair beracun untuk membunuh penduduk.
Agensi berita Sana melaporkan, seorang penggembala di bandar Saraqeb dipercayai menyimpan bahan berbahaya dan ia turut menyebabkan tetamu serta seorang anaknya terbunuh selepas dia membuka bekas berisi cecair itu.
Kedua-dua mangsa dipercayai maut selepas terhidu asap beracun tersebut.
Dalam laporan sebelum ini, agensi berita tersebut mendedahkan, FSA melemparkan serbuk misteri ke arah beberapa penduduk di Idlib sebagai helah untuk menuduh tentera rejim Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia.
Difahamkan, mangsa terdedah dengan serbuk itu mengalami simptom lain berkaitan masalah pernafasan.
Menurut laporan tersebut, kesemua mangsa dibawa ke hospital di Turki dan mereka (FSA) mengambil peluang itu untuk menyalahkan tentera Assad.
Laporan dipetik Xinhua, sebelum ini, tentera kerajaan dan FSA saling menuding jari dan menuduh antara satu sama lain berhubung penggunaan senjata kimia sejak konflik di negara itu tercetus, dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Assad dilaporkan muncul di Damsyik sempena sambutan Hari Buruh Sedunia dan turut beramah mesra dengan pekerja di Stesen Elektrik Umayyad.

No comments:
Post a Comment