Thursday, 2 May 2013

Hizbullah sedia bantu tentera Presiden Bashar



Beirut: Pemimpin Hizbullah di Lubnan Sheikh Hassan Nasrallah semalam berkata, pemberontak Syria tidak mampu menewaskan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.

Beliau sekali gus mengingatkan bahawa sahabat sejati Syria, termasuk Iran bersedia untuk campur tangan untuk membantu kerajaan Bashar. Hizbullah kumpulan Syiah paling berpengaruh diketahui menyokong askar rejim Bashar di kampung Syiah dekat sempadan Lubnan dalam menentang penentang Sunni yang ingin menggulingkan Bashar.


Kenyataan Sheikh Hassan itu adalah petanda bahawa kumpulannya bersedia untuk terbabit secara langsung bagi bagi menyelamatkan rejim Bashar. “Anda tidak akan mampu merampas Damsyik dengan kekerasan dan anda tidak akan dapat menggulingkan tentera Bashar.


“Peperangan akan berlarutan untuk jangka masa panjang,” katanya merujuk kepada penentang Syria.


“Syria mempunyai sahabat sejati di rantau ini dan dunia. Syria tidak akan dibenarkan jatuh ke tangan Amerika atau Israel.” Hizbullah dan Iran adalah sekutu rapat Bashar. Penentang menuduh mereka menghantar pejuang untuk membantu tentera Syria bagi mengakhiri kebangkitan anti-Bashar sejak dua tahun lalu.


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 70,000 orang terbunuh dalam perang saudara itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment