Sunday, 30 June 2013

MASIHKAH KITA INGAT?

Kami harapkan ummah tidak pernah melupai salah satu penyembelihan besar-besaran yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar iaitu di Darayya.

Mayat-mayat bergelimpangan di pinggir sungai ini yang menyebabkan air sungai bertukar menjadi merah.

Moga kita tidak pernah lupa. #pray4syria #freesyria 

SYAIKH QARADHAWI MEMBIDAS BASYAR



Syaikh Yusuf Qaradhawi membidas tindakan rejim Basyar yang menghantar surat aduan dan mendesak PBB agar mengeluarkan waran tangkap kepada Syaikh Qaradhawi kerana mengeluarkan fatwa jihad di Syria.

Beliau membidas tindakan Basyar yang disifatkan sebagai pengecut tersebut di dalam khutbah Jumaat yang lalu di Doha.

Malahan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa fatwa jihad di Syria tersebut adalah wajar kerana kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar, Iran dan Hizbu Syaitan bersalahan dengan apa yang digariskan dalam agama Islam.
 

KENYATAAN PARTI POLITIK TENTANG ISU SYRIA



(KENYATAAN MEDIA RINGKAS PRESIDEN PAS)

“PAS AKAN BERSAMA DENGAN GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU BAGI MERUNGKAI KONFLIK DI SYRIA”

1. Konflik berdarah dan kezaliman terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.

2. Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria sendiri untuk menentukannya.

3. Sepanjang tempoh ini juga kepimpinan PAS selain dari mengadakan protes, telah juga mengambil tindakan tertentu bertemu dengan berbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mencadangkan penyelesaian terhadap konflik yang semakin hari semakin buruk itu, selain dari membantu rakyat Syria yang berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

4. Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk “Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam” pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.

5. Langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.

6. PAS mengharapkan iringan sokongan doa dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
 

TERKINI



Dilaporkan kini semakin ramai muslimat Syria yang kebanyakannya adalah pelajar universiti, guru dan termasuk juga ibu-ibu muda telah mendaftarkan diri dan bergabung menjadi mujahidin-mujahidin Syria dalam menentang rejim Basyar dan kaum penceroboh dari Iran, Iraq, Lubnan dan sebagainya.

Doakan mereka. #pray4syria #freesyria
 

syria

SELAMAT PAGI SYRIA
Waktu Syria sekarang tepat jam 7.31 pagi dengan cuaca yang agak stabil iaitu 21 darjah celcius.

Mohon doa daripada semua, semoga Allah mengurniakan kemenangan buat rakyat Syria dan mujahidin keseluruhannya.

Gambar ini diambil di Jalan Am, Deir Zour.

#pray4syria #freesyria

TERKINI




Mujahidin melaporkan bahawa kira-kira 15 orang tentera Hizbu Syaitan terbunuh dalam pertempuran yang sedang berlaku di Homs.

Mereka akan terus berjuang sehingga mencapai kemenangan. Doakan mujahidin.

#freesyria #pray4syria

syria

 

DIMANA UMMAH?




Sehingga bila lagi bayi sekecil ini akan menjadi mangsa kerakusan rejim Basyar. Dalam waktu yang sama, umat Islam masih ada yang diam membisu.

Gambar ini diambil tadi di Hayyu Qathrajiy, Halab. Doakan mereka.

#freesyria #pray4syria

TERKINI




Sumber mujahidin memaklumkan bahawa tentera rejim dalam perancangan untuk menguasai wilayah Homs. Dan mereka dijangka akan menggempur kota tersebut.

Kepentingan Wilayah Homs :

1) Kedudukan geografi yang strategik. Kerana Homs berada di tengah-tengah dan menjadi pengantar kepada wilayah-wilayah lain.

2) Homs menjadi kawasan yang mengawal laluan bekalan utama ke wilayah-wilayah lain.

3) Tempat pengumpulan kebanyakan senjata mujahidin FSA.

Doakan mujahidin. #freesyria #pray4syria

pasang senjata sambil tutup mata.

pejuang pelapis

srikandi syria

Saturday, 29 June 2013

Merekalah antara perancang utama kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria.

TERKINI



Sebentar tadi mujahidin FSA berjaya membunuh lebih 15 orang tentera rejim Basyar dalam operasi 'Jasadun Wāhid' di pinggir Hama.

Mujahidin juga berjaya merampas peluru dan juga beberapa buah senjata milik tentera rejim. Doakan mujahidin.

#freesyria #pray4syria
 

DIMANA UMAT ISLAM?



Anak kecil ini adalah antara ribuan kanak-kanak Syria yang menjadi mangsa kekejaman rejim Basyar dan kebisuan kita.

#freesyria #pray4syria

KEZALIMAN YANG MELAMPAU



Bayi kecil ini tidak sempat melihat dunia dengan sempurna. Beliau telah syahid akibat gegeran bom yang digugurkan oleh rejim Basyar.

Lihatlah dunia, betapa zalim Basyar la'natullah.

#pray4syria #freesyria

PENTING!



Perlu untuk kita ketahui bahawa mujahidin membahagikan kepada beberapa briged yang memainkan peranan mereka masing-masing. Ada briged yang diamanahkan untuk turun ke medan, dan ada yang diamanahkan untuk mencipta bom dan roket sendiri.

Walaupun masih ada yang menuduh mujahidin ditaja oleh Barat, biarkan video ini menceritakan segala-galanya. Mujahidin mencipta bom dan roket mereka sendiri dengan kepakaran yang dimiliki oleh mereka.

Pautan video : http://youtube.com/watch?v=vlGLwzX8fv0

#pray4syria #freesyria

syria



Menyedihkan.. foto ini telah menjadi begitu akrab sehingga mereka tidak lagi merasakan sakit melihat mereka menjalani hidup dalam kondisi mengerikan ini.

- Aleppo, 29 Juni 2013.

Friday, 28 June 2013

CIA giat bantu FSA


CIA giat bantu FSA
Ramai militan asing dipercayai membantu FSA menumbangkan kerajaan rejim di Syria.
DAMSYIK - SYRIA . Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mula memindahkan senjata ke Jordan untuk membantu kumpulan militan asing dalam usaha menentang kerajaan Syria.

Wall Street Journal melaporkan, CIA dipercayai telah mengerakkan operasi pembekalan senjata itu melalui rangkaian gudang rahsia.

Laporan itu turut mendakwa, Washington merancang membantu kumpulan militan asing dengan latihan ketenteraan, kecekapan menggunakan senjata ringan dan peluru berpandu.

“Arab Saudi juga merancang menyediakan senjata pemusnah pesawat untuk mereka,” menurut laporan Press TV.

Sementara itu dalam temu bual di stesen televisyen Turki, Presiden Basyar al-Assad berkata, campur tangan kuasa asing pada hakikatnya mengeruhkan lagi keadaan di Syria.

“Campur tangan sekutu Tentera Pembebasan Syria (FSA) seperti AS, Qatar, Arab Saudi dan Turki semakin menggugat kestabilan di rantau Timur Tengah. Mereka seperti mengawal kuasa pengganas di negara ini dan keadaan ini pasti merebak ke negara jiran,” katanya.

Menurutnya, Syria yakin keadaan huru-hara di negara itu berpunca daripada rancangan pihak luar.

“Militan yang bergabung dengan FSA untuk menentang rejim kebanyakan adalah militan warga asing,” katanya.

MUSLIMAT SYRIA SEKARANG



Daripada mati akibat diserang atau diperkosa oleh tentera rejim Basyar, mereka memilih jalan untuk mengangkat senjata dan bersama-sama mujahidin di medan jihad.

Doakan mereka.

#freesyria #pray4syria
 

ALLAH LEBIH SAYANGKANNYA



Anak kecil ini antara ribuan kanak-kanak Syria yang gugur syahid (insya-Allah) akibat kekejaman rejim Basyar.

Lynn Faluji merupakan kanak-kanak yang berasal daripada Dara'a. Sekarang beliau sedang bahagia di syurga sana. Dunia sangat kejam untuk kamu, syurga sana lebih layak untuk insan seperti kamu.

#freesyria #pray4syria
 

Thursday, 27 June 2013

MEREBAK KE LUBNAN



Rentetan laporan kami sebelum ini, dilaporkan 12 tentera Lubnan yang terbunuh dalam penyerbuan ke atas Masjid Bilal ibn Rabah untuk menangkap ulama Sunni terkenal di Lubnan.

Dalam perkembangan lain, keadaan di perkampungan Abra di selatan Lubnan menjadi huru hara. Kedai-kedai ditutup, rakyat bertempiaran melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa masing-masing. 

Pertempuran yang tegang telah berlaku di Lubnan melibatkan antara tentera Hizbu Syaitan dan Mujahidin (dipercayai pengikut Sheikh Sunni, Ahmad al-Asir.

Doakan mujahidin.

#freesyria #pray4syria
 

TERKINI

Pertempuran-pertempuran sengit terus tercetus di seluruh Syria khasnya di sekitar Halab. Dalam kejadian terbaru sebuah trak yang diisi bahan letupan telah berjaya diletupkan.

Berlainan dengan sebelum ini, kali ini mujahiidn menukar strateginya dengan mengambil langkah 'pergi menyerang musuh' dan bukannya 'menunggu sehingga musuh datang' seperti yang telah dilakukan di al-Qusair.

Doakan mujahidin.

#freesyria #pray4syria
 

DOAKAN MEREKA



Salah seorang mujahidah Syria daripada Briged Ummina Aisyah sedang mengadakan latihan di Halab.

Para wanita Muslimah Syria membentuk beberapa briged jihad untuk mempertahankan maruah agama dan diri mereka daripada dirobek rejim Basyar.

#freesyria #pray4syria

JIHAD DI SYRIA LEBIH UTAMA BERBANDING DI PALESTIN SEKARANG

TERKINI

JIHAD DI SYRIA LEBIH UTAMA BERBANDING DI PALESTIN SEKARANG

Pemimpin Kanan Hamas, Aziz Salim Dwik menyatakan dalam kenyataannya bahawa jihad di Syria untuk menjatuhkan rejim Basyar lebih utama buat umat Islam sekarang.

Beliau yang juga merupakan Speaker Perundangan Palestin menyebut demikian berikutan krisis yang berlaku di Syria teramat dahsyat dan kejam. Oleh itu, rejim Basyar dan pakatannya perlu dijatuhkan.

Aziz Salim menyatakan keyakinan beliau bahawa kejatuhan rejim Basyar merupakan titik tolak kepada pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis

#pray4syria #freesyria
 

TERKINI



Kolonel Zaid Tlas yang merupakan pegawai Tertinggi Tentera Udara Rejim yang berpaling tadah mendedahkan tentang bilangan pesawat dan kekuatan tentera udara rejim sekarang.

Menurut beliau, sehingga sekarang tentera udara rejim memiliki tidak lebih daripada 90 buah helikopter. Zaid juga mendedahkan bahawa sekarang rejim kehilangan 190 buah helikopter akibat berjaya dijatuhkan oleh mujahidin.

Oleh kerana itu, pihak rejim mendapat bantaun sepenuhnya daripada Rusia dan Iran yang membolehkan mereka masih mampu bertahan.

#freesyria #pray4syria

Lebanon tawan masjid sembunyi militan


Anggota-anggota tentera Lebanon membantu askar yang cedera akibat pertempuran antara pengikut pemimpin Sunah Sheikh Ahmad al-Assir dan pengikut Syiah di bandar Sidon, selatan Lebanon, kelmarin. - AGENSI
SIDON, Lebanon 25 Jun - Tentera Lebanon berjaya menawan sebuah masjid yang menjadi tempat persembunyian pemimpin radikal Sunah selepas berlaku pertempuran antara tentera dan pengikut pemimpin radikal itu yang menyebabkan 16 orang maut, kelmarin.
Tentera yang dibantu dengan kereta kebal menawan kompleks Masjid Bilal bin Rabah selepas dua hari bertempur dengan pengikut Sheikh Ahmad al-Assir, penyokong kuat pemberontak di Syria.
Beberapa media, bagaimanapun melaporkan, Sheikh Ahmad berjaya melepaskan diri dari kompleks itu petang semalam, tetapi lebih 40 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran di daerah Abra di selatan Sidon.
Persatuan Bulan Sabit Merah Lebanon mengesahkan mereka telah memindahkan sekurang-kurangnya 20 mayat dari kawasan berhampiran masjid itu.
"Tentera Lebanon telah menawan wilayah Abra dan masjid yang sebelum ini dikuasai Sheikh Ahmad.
"Kami sedang menjalankan operasi pembersihan di pinggir Abra," kata seorang pegawai tentera yang enggan dikenali di Sidon, semalam.
Tentera Lebanon turut kelihatan mengiringi berpuluh-puluh lelaki yang berjanggut dengan sesetengah daripada mereka memakai pakaian tentera serta baju hitam, untuk dibawa ke dalam trak.
Seorang pegawai berkata, kira-kira 100 orang turut ditahan selepas tentera berjaya menawan kompleks tersebut. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130626/lu_08/Lebanon-tawan-masjid-sembunyi-militan#ixzz2XQEITyIt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rundingan Syria gagal


Rundingan Syria gagal
Rundingan Syria gagal
GENEVA - SWITZERLAND . Rundingan mencapai persetujuan berhubung penetapan sidang damai mengenai Syria antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia semalam gagal selepas berlaku perselisihan pendapat berhubung lokasi penganjuran dan siapa perlu menghadiri pertemuan tersebut.

Selepas perbincangan lima jam anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) itu, Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennady Gatilov berkata, tiada kata sepakat dicapai berhubung sama ada Iran yang merupakan sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad dibenarkan menghadiri persidangan itu atau siapa akan mewakili pemberontak Syria.

“Bagi kami, Iran perlu sertai persidangan itu kerana mereka boleh memainkan peranan penting sebagai sebuah negara serantau,” katanya.

Menurutnya dalam laporan Reuters, bagaimanapun Washington menyelar tindakan itu selepas menyifatkan kehadiran Iran hanya akan mengeruhkan lagi keadaan di Syria.

Sementara itu, Duta Syria ke PBB, Bashar al-Jaafari berkata, Britain dan Perancis juga tidak boleh menyertai perbincangan itu kerana mereka bersikap berat sebelah dan tiada pendirian.

“Perancis dan Britain terlibat dalam keganasan di Syria, mereka membantu pengganas dengan membekalkan senjata dan sokongan politik,” katanya.

Dalam satu kenyataan PBB, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov akan bertemu sekali lagi pada minggu hadapan bagi mengadakan perbincangan lanjut berhubung persidangan tersebut.

Mujahidin Aleppo.

Setelah Mujahidin mengumumkan dimulainya pertempuran Al Qadisya untuk membebaskan wilayah barat sekitar kota Aleppo:

1. Mujahidin mengambil alih lebih dari 50% kompleks Penelitian ilmiah di wilayah sekitar Al Jadida Halab. Bangunan kompleks tersebut terbakar oleh mortar Mujahidin, sementara sebagian besar milisi Assad berusaha keluar menyelamatkan diri dari area itu.

VIDEO kedatangan bala bantuan Mujahidin saat hendak memulai pertempuran Qadisya Aleppo: http://m.youtube.com/watch?v=vvKDWswvx1I

2. Banyak milisi Assad tewas dan sebuah tank hancur di tangan Mujahidin di wilayah sekitar Rasidin, kemudian Mujahidin bergerak maju ke arah barat Rashidin, kemungkinan wilayah sekitar Mansoura.

VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=l4qz8AgUXKY

4. ALLAHU AKBAR! Mujahidin akhirnya berhasil mengambil alih distrik Rashidin Aleppo secara penuh, setelah pertempuran sengit melawan pasukan Assad. Alhamdulillah..

Gambar: Mujahidin Aleppo.
 

Syria

Meski buta dan cacat, pria Syria di Izaz Aleppo ini bekerja membantu memproduksi senjata buatan lokal yang diperlukan bagi warga Syria untuk bertempur dan memenangkan kemerdekaan mereka dari tirani dan sekutunya. 

Tekad untuk menggulingkan penindasan tidak memandang usia, gender, penglihatan mata, kegesitan fisik ataupun mental. Subhanallah...

Ya Allah, lindungi dan mudahkanlah rizki mereka.

Mujahidin Kuwait MP "Walid Tabtabaie" turut memproduksi mortar bersama saudara-saudara di Syria.

SURAT DARI WANITA KUWAIT



Seorang wanita muslim asal Kuwait menyumbangkan seluruh perhiasan emasnya untuk mendukung Mujahidin di Syria dalam rangka mengkampanyekan "12.000 Mujahid untuk bertempur in Syria". Dan dia mengirim surat ke Kantor syeikh Shafi, Kepala "Penggalang Dana untuk Mujahidin di Syria". Inilah isi suratnya:

Yang Terhormat Saudara-saudara para Syeikh yang bertanggungjawab atas kampanye mempersenjatai dan melengkapi Mujahidin.

Assalamualaikum,

Saya berharap Anda dapat membaca surat yang saya mohon kepada Allah agar sampai pada Anda segera. Saya wanita Kuwait. Saya tidak punya pekerjaan. Saya hanya punya emas ini yang saya beli 9 tahun lalu, dari perhiasan yang diberikan oleh suami saya, dia orang Kuwait. Ini wang halal, insyaAllah. Dan saya memberi wang ini untuk membantu Mujahidin, dan wang ini akan digunakan di jalan Allah.

Perkawinan saya akan berakhir segera dan saya akan semakin butuh wang untuk keperluan anak-anak saya. Tapi Allah akan menolong saya. Saya punya sebuah permohonan penting. Berharap bahwa, jika Anda membaca surat saya maka saya memohon Allah untuk membimbing suamiku ke jalan yang benar dan menjauhkan dia dari teman-teman yang buruk. Dan merahmati anak-anak saya dan menjadikan suami saya mencintai saya sebagaimana saya mencintainya, dan anak-anak sayapun melihat saya sebagi ibu yang baik.

Serta memohon kepada Allah untuk menjamin keberhasilan untuk pekerjaan Anda, dan menjamin kemenangan untuk saudara-saudara kita di Syria.

Saudari Anda,
Ny. Ibrahim

Wednesday, 26 June 2013

Dalam peperangan manakah dalam sejarah kemanusian, hospital dan sekolah dijadikan sasaran?

Dalam peperangan manakah dalam sejarah kemanusian, hospital dan sekolah dijadikan sasaran?

Aleppo Hospital Dal Al-Shifa ini menjadi bukti kegilaan dan kekejaman sebuah kerajaan yang ingin mempertahankan kekuasaannya. 

Tonton video ini untuk melihat sendiri detik kemusnahan hospital Dar Al-Shifa ini:

http://www.youtube.com/watch?v=hKsWGuLzsWk

Hasbunallah wa ni'mal wakiil.

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" - Surah Ali Imran, 3:173

Syahid Öblind Rosley
010613
Aleepo, Syria

--------------

For contributions to Humanitarian Aids for Syria :
Maybank: 5622-1820-7666 (GABUNGAN SALAM SYRIA)

Syria penjarakan individu masuk secara haram


DAMSYIK 26 Jun - Presiden Syria Bashar al-Assad semalam memperkenalkan satu undang-undang dengan mengenakan hukuman penjara dan denda ke atas sesiapa yang memasuki negara ini secara haram, kata agensi berita SANA.
"Mana-mana individu yang memasuki wilayah Syria dengan cara yang menyalahi undang-undang akan dipenjara antara setahun dan lima tahun,’’ kata satu kenyataan yang disiarkan SANA.
Undang-undang itu juga mengenakan denda antara lima juta (RM157,686) hingga 10 juta pound Syria (RM315,372). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130626/lu_02/Syria-penjarakan-individu-masuk-secara-haram#ixzz2XQEuPZC8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TERKINI



Penyanyi terkenal Lubnan, Fadhel al-Shaker mengumumkan bahawa akan menjual rumah beliau bagi memberi sumbangan kepada mujahidin FSA.

Beliau menyatakan hasratnya tersebut ketika diwawancara oleh Al-Jadeed Tv. Fadhel al-Shaker menyebut bahawa tidak mampu tidur malam memikirkan saudaranya di Syria berhadapan dengan tentera rejim dan pakatannya.

Semoga Allah membalas jasa baik beliau dengan sebaik-baik balasan.

#freesyria #pray4syria
 —

Britain, AS guna proksi di Syria


Britain, AS guna proksi di Syria
Dunia mengutuk tindakan AS dan Britain mencampuri urusan Syria.
LONDON - Kerajaan Britain dan Amerika Syarikat (AS), didakwa bersekongkol mencampuri urusan ketenteraan dalam pergolakan menggulingkan kerajaan Bashar al-Assad di Syria.

Menurut laporan PressTV, bekas pemimpin Britain dan AS, Tony Blair, George W. Bush, David Cameron serta Barack Obama, kini mencari peluang mendakwa bahawa kerajaan Syria telah menggunakan senjata kimia bagi menentang rakyat.

Sebelum ini, kumpulan itu telah menuduh Iran membina senjata nuklear iaitu Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD) sekaligus menjejaskan operasi kemudahan nuklear Iran bagi tujuan kemudahan alam sekitar.

Aktivis kemanusiaan berkata, senario yang digunakan Britain dan AS untuk mencampuri urusan Syria, amat serupa dengan tindakan yang pernah digunakan ke atas Iraq yang membunuh kira-kira 1 juta penduduk selain berjuta lagi menjadi pelarian.

"Britain dan AS kini cuba mendakwa kerajaan Syria memiliki senjata pemusnah bagi memudahkan mereka mewujudkan zon larangan terbang.

"Dakwaan ini menunjukkan kedua-dua negara itu mahukan peperangan di Syria," katanya. Sementara itu, agensi risikan Britain dan AS direkodkan telah terlibat secara langsung di dalam pergolakan Syria sejak dua tahun lalu dengan membekalkan bantuan logistik kepada ribuan pemberontak.

Tuesday, 25 June 2013

TERKINI



Dilaporkan bahawa masjid Syaikh Ahmad Asīr, masjid Bilal bin Rabah di Lubnan telah dibom oleh tentera Hizbu Syaitan.

Hal ini kerana, syaikh Asīr merupakan antara ulama' yang bangkit menentang kezaliman rejim Basyar dan Hizbu Syaitan.

Hizbu Syaitan semakin bermain kasar, dan ummah masih diam membisu.

TERKINI



Akhbar Islammemo melaporkan bahawa Hizbu Syaitan yang merupakan antara sekutu kuat rejim Basyar tekah memberi amaran keras kepada HAMAS.

Amaran keras tersebut membawa kepada ancaman untuk menghalau dan memerangi pemimpin HAMAS yang berada di Beirut, Lubnan. 

Ia adalah berikutan HAMAS memberi kata dua kepada Hizbu Syaitan agar keluar daripada bumi Syria ataupun mereka bakal berhadapan dengan mujahidin HAMAS.

#freesyria #pray4syria
 

Tidak ada lagi sayur dan buah-buahan segar..

Tidak ada lagi sayur dan buah-buahan segar..
Kini yang tertinggal hanya roti-roti yang terpaksa dijemur untuk dimakan..hanya di Syria. 

TERKINI



Dilaporkan rejim Basyar dan tentera Hizbu Syaitan melakukan sekali lagi penyembelihan besar-besaran di Talkalkh, pinggir Homs.

Penyembelihan besar-besaran tersebut dilakukan setelah mereka berjaya menguasai tiga lagi kawasan iaitu Til Syimāliy, Mahathah, dan Hayyu Gharbiy.

Dalam peristiwa menyedihkan tersebut dilaporkan 5 gugur syahid, 300 lelaki ditangkap dan 60 wanita ditangkap termasuk kanak-kanak.

Doakan rakyat Syria.

#freesyria #pray4syria

12 askar Lebanon terbunuh


Tentera Lebanon melepaskan tembakan ketika anggota perubatan memindahkan askar yang terkorban dalam pertempuran antara penyokong radikal pemimpin Salafi Sunah Sheik Ahmad al-Assir dan lelaki bersenjata Syiah di bandar Sidon, selatan Lebanon, kelmarin. - AGENSI
SIDON, Lebanon 24 Jun - Sekurang-kurangnya 12 orang askar Lebanon terbunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam ketika bertempur dengan penyokong radikal pemimpin Salafi Sunah di bandar Sidon, selatan Lebanon, hari ini.
Agensi Berita Kebangsaan Lebanon dan saksi melaporkan, pertempuran memuncak sehari selepas penyokong Sheikh Ahmad Al-Assir melepaskan tembakan di sebuah pusat pemeriksaan tentera.
Menurut saksi, tembakan dan letupan semakin kuat pada awal pagi ini di kawasan tumpuan pertempuran di sekitar kawasan kediaman Abra di pinggir timur Sidon.
"Kita boleh mendengar bunyi roket dan tembakan dilepaskan setiap minit dan pertempuran itu sangat sengit," kata seorang penduduk Abra kepada AFP.
Jurucakap tentera berkata, di samping itu 35 yang lain cedera, kebanyakannya orang awam.
Seorang pemimpin Salafi memberitahu AFP bahawa pengawal keselamatannya terbunuh, semalam ketika cuba ke kawasan pertempuran untuk berunding mengenai gencatan senjata.
Abang Assir pula berkata, pemimpin itu bersama penyokongnya berada di dalam Masjid Bilal Bin Rabah di mana Assir sedang mengajar.
"Terdapat usaha untuk membunuh kami semua, tetapi kami tetap bertahan sehingga sekarang,'' kata Amjad al-Assir.
Assir dan penyokongnya yang menarik ahli daripada mazhab-mazhab lain di seluruh negara, sering dituduh oleh tentera Lebanon kerana menyokong dan menutup mata terhadap kegiatan kumpulan pergerakan Hezbollah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130625/lu_07/12-askar-Lebanon-terbunuh#ixzz2XB5CCSVF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Presiden Syria tidak akan letak jawatan


DAMSYIK 25 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan pada satu persidangan damai yang dicadangkan di Geneva namun hanya akan membincangkan pembentukan satu kerajaan perpaduan nasional.
Menteri Luarnya, Walid al-Muallem dalam satu sidang media di sini semalam turut membidas keputusan penyokong pemberontak Syria bagi melengkapkan mereka dengan senjata dan menyifatkan ia hanya akan memanjangkan konflik yang telah masuk 28 bulan.
"Presiden Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan. Jika syarat anda (untuk rundingan di Geneva) adalah peletakan jawatan Presiden, maka jangan peduli untuk datang,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130625/lu_03/Presiden-Syria-tidak-akan-letak-jawatan#ixzz2XB49XCej
© Utusan Melayu (M) Bhd 

12 askar Lebanon maut bertempur dengan pengikut Sunnah

ASAP tebal naik ke udara semasa pertempuran antara tentera Lebanon dengan pengikut ulama Sunnah, Sheikh Ahmed Al-Assir, di Abra, selatan Lebanon semalam.- REUTERS


BEIRUT - Sekurang-kurangnya 12 askar terbunuh dalam tempoh kurang 24 jam melibatkan pertempuran antara tentera Lebanon dengan sebuah kumpulan radikal Sunnah di bandar Sidon, selatan negara ini, kata seorang jurucakap tentera semalam.
Kematian itu berlaku semasa askar menggempur penyokong ulama Wahbi, Sheikh Ahmad Al-Assir yang memusuhi pergerakan Hizbollah dan turut bersengketa dengan tentera Lebanon.
Saksi-saksi memberitahu, mereka mendengar bunyi tembakan dan bedilan meriam di kejiranan Abra di pinggir timur Sidon semalam.
"Pertempuran itu amat sengit, kami mendengar bunyi bedilan artileri dan tembakan selang beberapa minit," kata seorang penduduk Abra kepada agensi berita AFP.
Seorang jurucakap tentera memberitahu, sekurang-kurangnya 12 askar terbunuh manakala sumber perubatan pula melaporkan 35 orang awam cedera dalam pertempuran tersebut.
Dalam pada itu, seorang saudara lelaki Sheikh Ahmad memberitahu AFP bahawa ulama itu dan penyokongnya berlindung di Masjid Bilal Bin Rabah di Abra.
"Ada pihak yang ingin menghapuskan kami tetapi kami masih lagi berjuang," kata lelaki tersebut, Amjad Al-Assir kepada AFP melalui telefon.
"Sheikh Ahmad akan tinggal di dalam masjid sehingga ke titisan darah yang terakhir," jelasnya.
Pertempuran itu bermula pada petang Ahad apabila penyokong ulama itu melepaskan tembakan ke arah seorang tentera yang bertugas di Abra.
Sheikh Ahmad dan penyokongnya berulang kali menuduh tentera Lubnan memihak kepada Hizbollah dan tidak mempedulikan campur tangan mereka di Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2XB291g5t 
Hakcipta terpelihara 

Monday, 24 June 2013

IRAN BANTU STABILKAN EKONOMI REJIM



Iran mengambil langkah membantu Syria menstabilkan nilai mata wang, yang telah jatuh mendadak baru-baru ini. 

Campur tangan Iran itu telah diumumkan minggu ini oleh bank pusat Syria, yang berkata ia akan menarik berbilion dolar kredit yang disediakan oleh Tehran untuk menstabilkan pound Syria. 

Pakar beri amaran terhadap pemilikan dan pembelian pound Syria yg semakin hilang nilai

Ramai peniaga Syria telah menukarkan aset mereka dlm pound Syria kepada dolar kerana takut ia kehilangan nilai, memandangkan pergolakan yang semakin meningkat di Syria dan kemusnahan infrastruktur.

Pakar ekonomi berkata bahawa perdagangan dalam pound Syria adalah sama dengan tindakan membunuh diri, memandangkan kejatuhan ekonomi di Syria.

#freesyria #pray4syria

Sunday, 23 June 2013

Al-Hamdulillah..

 Al-Hamdulillah...Berita terkini Tentera Mujahideen Syria berjaya menguasai keadaan di Dair Zour (sempadan Syria-Iraq) dan berjaya mengebom paling kurang 10 buah kereta kebal dan pertempuran sedang berlaku di airport Dair Zour yang dikepung Mujahidin dan seramai 30 tentera Syria berpaling tadah dan antara mereka pegawai tertinggi tentera..dan bilangan yang berpaling tadah semakin ramai.
..........................

الجيش الحر في دير الزور يسيطر على القياده العامه للمنطقه الشرقيه وقيادة الشرطه والقياده العامه للجمارك وحاجز دوار الدله والان المعركه دائره باالمطار
وتم تفجير على الاقل عشر دبابات في دير الزور (الجبيلة - العرفي -الموظفين -والقيت دبابات في نهر الفرات ) والان الثوار يحاصرون مطار دير الزور وتجري مفاوضات مع كلاب الاسد حول فك الحصار من قبل الثوار عن المطار .
وانشقاقات كبيرة

Saturday, 22 June 2013

‘Sahabat Syria’ bermesyuarat

‘Sahabat Syria’ bermesyuaratTentera FSA mendesak kumpulan 'Sahabat Syria' mengenakan zon larangan terbang di negara itu.
DOHA - Sebuah kumpulan digelar ‘Sahabat Syria’ mengadakan mesyuarat pada hari ini di Qatar untuk membincangkan bantuan bersesuaian kepada asing militan asing yang berada di Syria.

Seorang diplomat Perancis berkata, mesyuarat yang dihadiri 11 diplomat dari anggota perikatan anti Syria itu termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Setiausaha Luar Britain dan Menteri Luar Jerman, Itali, Jordan, Arab Saudi, Qatar, Turki, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu.

Beliau berkata, rundingan itu diadakan susulan kebimbangan ketua Kumpulan Tentera Pembebasan Syrai (FSA) Salim Idriss dalam menangani tentera rejim yang semakin berkuasa.

“Pada rundingan yang berlangsung di Turki minggu lalu,  Salim meminta lebih banyak sokongan tentera luar, termasuk kenderaan anti-kereta kebal dan peluru berpandu anti-pesawat,” katanya.

Menurutnya, strategi tentera darat amat penting bagi menguasai ancaman rejim dari Qusayr ke Aleppo serta pinggir bandar Damsyik.

“Kami sedang mencari keperluan sesuai untuk disalurkan kepada FSA, “ katanya kepada Press TV.

Sementara itu, jurucakap FSA, Louay Meqdad, mendesak kumpulan ‘Sahabat Syria’ supaya mengenakan zon larangan terbang di negara itu bagi memudahkan operasi penghantaran senjata dilakukan.

KEJAM

Masjid di Hayyu Qoubun, Dimasyq yang musnah akibat dibom oleh pesawat tempur rejim Basyar.

Masjid ini antara ratusan masjid yang dibom oleh rejim Basyar. Mereka bukan sahaja menzalimi umat Islam Syria bahkan menghina rumah suci umat Islam.

#freesyria #pray4syria