Sunday, 14 July 2013

ALLAHUAKHBAR !!! SNIPER MUJAHIDIN TEMBAK MATI LIMA TENTERA REJIM ASSAD DI DESA KHALIDIYYAH.



HOMS :SYRIA – Pengepungan dan pengeboman dari rejim Nushairiyah Syria keatas desa-desa dan kota-kota di propinsi Homs telah memasuki hari ke- 392.Pasukan rejim Nushairiyah dan sekutu nya Hizbullah Lebanon telah menggempur habis-habisan kota Khalidiyah, Jurah Shayah, dan desa-desa lainnya di kota Homs Tua selama 14 hari berturut-turut. Walaupun sebahagian besar dari desa Khalidiyah dan Jurah Shayah telah hancur oleh serangan puak syiah itu, namun mujahidin Sunni terus mempertahankan kedua desa itu dengan gigih.

Front Islam Suriah dan laman berita Homs24 melaporkan bahawa sniper mujahidin Liwa’ al-Haq telah menembak mati lima tentera rejim Nushairiyah dalam pertempuran sengit pada hari ketiga Ramadhan pada Jumaat (12/7/2013) di desa Khalidiyah. Puluhan tentera rejim dan Hizbullah Lebanon mengalami cedera di front yang sama.

BERIKUT ADALAH LAPORAN DARI FRONT ISLAM SURIAH:

Mujahidin Liwa’ Al-Haq – Brigade Al-Anshar

''Saudara-saudara kalian yakni barisan sniper Brigade Al-Anshar yang bertempur di front desa Khalidiyah berhasil menembak mati tentera yang menembak dengan senapang mesin berat DShK dan empat tentara rejim lainnya yang sedang cuba untuk maju ke arah pos pertahanan mujahidin. Puluhan tentera Bashar Asad lainnya juga mengalami cedera.Mujahidin juga berhasil melumpuhkan dua kendaraan berat militer yang memasang barikade untuk melindungi pasukan Bashar Asad yang melarikan diri dari medan pertempuran.

Allahu Akbar, kemenangan hanyalah milik orang-orang yang bertakwa!

No comments:

Post a Comment