Sunday, 14 July 2013

Masjid Umawi

| Syria | Aleppo | Masjid Umawi Yang Dirindui |

Masjid Umawi, juga dikenali sebagai Masjid Agung Aleppo, terletak di tengah-tengah Kota Lama Aleppo di Selatan Syria. Masjid ini telah gah berdiri selama 1300 tahun dan menjadi mercu tanda Kota Aleppo sebelum sebelum Rejim Basyar memulakan ‘operasi kemusnahan’ pada Oktober 2012. 

Saya yakin ramai di kalangan sahabat di Green Project yang pernah sampai ke masjid agung ini. Tentu amat sayu bila membayangkan keindahannya suatu ketika dahulu dan amat pilu mengenangkan kemusnahannya pada hari ini. Gambar menunjukkan Masjid Umawi yang amat kita rindui…

Masjid ini telah dibina pada awal abad kelapan, manakala menaranya adalah bahagian binaan tertua masjid itu. Sejarah telah merakam banyak peristiwa ke atas masjid agung ini. Antaranya dari bencana alam, kebakaran dan menyaksikan serangan Tentera Tatar. Ia juga telah diperbaiki dan diubahsuai sebanyak beberapa kali oleh orang-orang Mamluk, kerajaan Seljuk dan semasa di bawah pemerintahan Salahudin Ayyubi. Hanya Bashar al-Assad yang akan melakukan kedua-duanya: Basyar telah melakukan sedikit pengubahsuaian dan telah menghancurkannya selumat-lumatnya.

Pada awal Oktober 2012, pertempuran antara Mujahidin FSA dan tentera Rejim telah berlarutan selama beberapa hari di kawasan itu. Namun pada 10 Oktober 2012, Mujahidin FSA telah melancarkan serangan untuk membebaskan dari kepungan rejim dengan menyerang kedudukan tentera di dalam dan di sekitar masjid. Pada hari yang sama, media-media Pro-Assad telah menyebarkan berita palsu dengan melaporkan dan menunjukkan rakaman bahawa tentera masih berada di dalam kawalan (kononnya untuk mengawal FSA dari merosakkan masjid tersebut).

Laporan media rejim telah menunjukkan kerosakan di dalam dan di luar masjid termasuk cebisan Al-Quran yang dikoyak-koyak; didakwa telah musnah disebabkan oleh RPG. Terbukti ini adalah satu penipuan Basyar yang amat jelas! Mana mungkin senjata api boleh mengoyakkan halaman Al-Quran menjadi cebisan-cebisan kecil. Itu adalah adalah satu hobi Shabiha yang memang diketahui semua.

Pada 12 Oktober 2012, FSA berjaya menawan kawasan tersebut dan tentera Assad telah berundur. Namun, tentera Regim telah meninggalkan perkarangan masjid agung ini bersama api yang menjulang-julang api yang menjulang-julang melalui masjid.
Pertempuran antara Mujahidin dan tentera regim masih berlarutan sehingga ke hari ini di Kota Aleppo. Masjid Agung Aleppo ini telah menjadi saksi akan setiap kemusnahan yang dilakukan Basyar Assad bumi Sham. Hari ini kita hanya mampu menangisi mercu tanda agung zaman berzaman ini menghilang di depan mata kita. Semoga Allah memberi kemenangan kepada mujahidin dan membebaskan Bumi Syria.

Hasbunallah Wa Ni’mal Wakeel.

No comments:

Post a Comment