Sunday, 18 August 2013

AKHLAK MULIA MUSLIMAH SYRIA



Ketika bandar Jobar, Dimasyq dibom oleh rejim Basyar, puluhan yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Ketika seorang ayah dan para pemuda Syria ingin menyelamatkan seorang gadis yang berada di bawah runtuhan bangunan, adakah anda tahu perkataan pertama yang diucapkan dari mulut anak gadis itu ketika orang ramai berkerumun untuk menyelamatkan beliau?

Inilah kata-kata pertama yang diucapkan oleh beliau“Ayah dan saudaraku, tolong hentikan (alihkan) kamera itu, saya tidak memakai tudung!”

Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau tidak mengenakan tudungnya. Sungguh, beliau adalah contoh gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam dan terpelihara maruahnya.

Semoga Allah memelihara maruah para muslimah Syria.

Link pautan : http://youtube.com/watch?v=gcWhOi2hhZI

No comments:

Post a Comment