Tuesday, 20 August 2013

Hama adalah salah sebuah negeri yang terletak di dalam Syria.

Hama, Syria

Hama adalah salah sebuah negeri yang terletak di dalam Syria. Kadang-kadang turut ditulis sebagai Hamah. Ibunegerinya turut bernama Hama. 

Majoriti penduduknya adalah Sunni. Negeri ini berjaya dibebaskan oleh pahlawan ulung pada kurun ke-7 iaitu Abu Ubaidah al-Jarrah. 

Sejarah pada zaman moden, negeri ini terkenal dengan penentangan terhadap rejim syiah nusairiyah ini.

Pada 1964, Ikhwanul Muslimin Syria telah bangkit menentang rejim. Dianggarkan 100 orang telah terbunuh manakala yang lainnnya cedera, ditangkap atau hilang.

Pada 1981 pula berlaku tragedi pembunuhan beramai-ramai di Hama yang mengakibatkan 400 orang terbunuh. Gerila sunni cuba menyerang markas tentera dan gagal. Tentera bertindak balas dengan menangkap penduduk awam dan membunuh mereka kesemuanya.

Pada 1982, kerana ingin menghapuskan Ikhwanul Muslimin, sekali lagi pembunuhan besar-besaran berlaku di sini dan kali ini mangsa korban hampir 50000 orang penduduk. Rejim telah mengepung bandar ini hampir sebulan lamanya. Operasi ini dikatakan operasi paling berdarah, paling zalim, paling sadis, yang pernah dilakukan oleh seorang pemerintah ke atas rakyat dari negaranya sendiri.

No comments:

Post a Comment