DAMSYIK - Sepasukan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Damsyik, Syria, dua hari lalu bagi menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia di negara itu.
Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, pasukan tersebut diketuai pakar senjata Sweden, Aake Sellstroem yang akan menjalankan siasatan di tiga kawasan termasuk di Khan al-Assal pada 19 Mac lalu.
Sewaktu kejadian, kira-kira 26 orang termasuk 16 askar Syria terbunuh.
Namun, pasukan yang memulakan siasatan semalam, enggan mengulas sehingga menemui jawapan.
Setakat ini, lebih 100,000 nyawa melayang dan jutaan penduduk menjadi pelarian di negara luar akibat konflik menggulingkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment