Menurut Basyar Assad kerajaan Syria tidak pernah melancarkan serangan menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya. PBB juga membuktikannya! Serangan ke atas Al-Ghouta di pinggir bandar Damsyik semalam adalah untuk menghapuskan pengganas, dan telah menjadi kemenangan terbesar regim setakat ini kerana mereka telah berjaya menumpaskan 1300 orang 'pengganas' tanpa menitiskan walaupun setitik darah. Manakala seramai 6000 orang mangsa sedang mengalami masalah pernafasan yang teruk.
Gunungan bukti yang dikemukakan tidak memberikan walau segaris kesan pun kepada Basyar. Ini adalah bukti seterusnya dari perkampungan di Daerah Al-Ghouta. Sekumpulan ternakan penduduk kampung dan beberapa ekor kucing yang telah menjadi bangkai akibat serangan senjata kimia yang dipercayai mengandungi gas Sarin semalam.

No comments:
Post a Comment