#Damsyik - Rejim Nushairiyah Syria melakukan pembunuhan kemanusiaan terbesar dalam sejarah revolusi Syria terhadap penduduk awam muslim di daerah Ghautah Timur, wilayah pinggiran Damsyik dengan senjata kimia pada Rabu (21/8/2013), laporan Ugarit News.
Pejabat berita Koordinator Ghautah Timur melaporkan bandar Moadamiyah asy-Syam di pinggir Damsyik mengalami pembunuhan beramai-ramai. Ratusan peluru berpandu kimia, meriam berat dan senjata mesin berat mengebom kampung-kampung berpenduduk padat di bandar Moadamiyah asy-Syam. Puluhan warga awam muslim yang tak berdosa gugur dan cedera parah, membanjiri klinik-klinik lapangan di bandar itu.
Pejabat berita Akhbar ar-Reif melaporkan bombardir senjata kimia rejim Assad juga menghentam daerah-daerah berpenduduk padat di bandar-bandar lain dalam daerah Ghautah Timur, wilayah pinggiran Damsyik. Jumlah korban gugur di kalangan penduduk awam muslim di Ghautah Timur sudah mencapai sekurang-kurangnya 280 jiwa.
Sekurang-kurangnya 60 orang awam muslim gugur di bandar Dauma. Sekurang-kurangnya 67 orang awam muslim gugur di bandar Saqba. Di bandar Kafr Batna sekurang-kurangnya 60 orang awam muslim gugur. Di bandar Arben 40 warga awam muslim dilaporkan gugur, 23 di antaranya adalah anak-anak dan 13 selebihnya adalah wanita.
Bombardir massif dengan senjata kimia juga menghentam bandar Ain Tarma dan Zamalka, wilayah pinggian Damsyik. Pejabat berita Koorfinator Ghautah Timur melaporkan sekurang-kurangnya 500 orang awam muslim gugur di kedua kota tersebut oleh bombardir massif dengan senjata kimia.
No comments:
Post a Comment