Meng Airbase, juga dikenali sebagai Menagh dan Minakh telah ditawan pada 5 Ogos 2013 oleh Free Syrian Army, the Islamic State of Iraq & al-Sham dan Syrian Islamic Liberation Front khususnya Liwa al-Fatah dan Jaish Muhajirin. Penawanan lapangan terbang ini adalah satu simbolik yang tidak ternilai kerana ia mewakili pertahanan rejim Assad di wilayah Utara telah berjaya ditumbangkan. Dari segi nilai ketenteraan, penawanan pangkalan udara ini telah memakan jumlah korban jiwa pejuang semasa pengepungannya setanding dengan korban di medan perang wilayah Aleppo.
Pangkalan Udara Meng telah berada di bawah pengepungan pejuang selama lebih setahun.Sejak itu askar rejim hanya bergantung kepada bekalan yang digugurkan dari udara oleh Syrian Arab Air Force (SyAAF) . Hari-hari terakhir pangkalan ini tiba jua apabila pejuang telah mendapat bekalan peluru anti kereta kebal ATGM untuk memusnahkan kereta kebal2 dalam pangkalan ini.
Pangkalan Udara Meng adalah rumah kepada 4 Latihan Penerbangan sekolah operasi Mi-8 Hip-B dan skuadron yang tidak diketahui dengan Mi-8 Hip B dan Mi-17 Hip H. Landasan adalah 4,773 kaki panjang yang terlalu pendek bagi pejuang dan pesawat kargo untuk berlepas dan mendarat. Semua helikopter sudah tidak beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Sesetengah masih boleh digunakan dalam keadaan yang agak utuh sementara yang lain benar-benar rosak.
No comments:
Post a Comment