Tuesday, 3 September 2013

90 pemberontak terbunuh dalam tempoh 48 jam di Syria: Pemerhati


BEIRUT: Kira-kira 90 pemberontak terbunuh berhampiran ibu negara Syria dalam tempoh 48 jam, kata pemerhati, meningkatkan kemungkinan campur tangan tentera asing ke atas rejim Bashar al-Assad.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 29 orang yang terbunuh, kebanyakan mereka bukan rakyat Syria, mati dalam serangan hendap oleh tentera di Adra, timur Damsyik, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria.
Katanya, pasukan keselamatan juga antara yang terbunuh dalam pertempuran berdarah itu. - AFP 

No comments:

Post a Comment