Friday, 13 September 2013

Alhamdulillah.



Syukur kepada Allah kerana menggerakkan kita dan meringankan kita untuk menunaikan solat fardhu Subuh secara jemaah.

Menjadi rutin imam masjid akan membaca surah as-Sajadah pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat ke-2 kerana ianya perbuatan sunnah. Begitu juga imam masjid di qariah admin berada.

Terlalu sedikit masyarakat kita yang menghafal kedua-dua surah ini dan amat sedikit yang mengetahui terjemahan, makna, maksud surah-surah ini. Apakah perintah-Nya, larangan-Nya, panduan dan kisah-kisah yang terdapat di dalam kedua-dua surah ini.

Surah al-Maun

أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). / (7)

Memahami makna bacaan di dalam solat, memahami al-Quran, mengetahui maknanya terjemahannya adalah wajib. Jika kita mengetahui akan terjemahan dan makna surah al-Maun ini maka membacanya diwaktu solat adalah adalah lebih wajib lebih aulia lebih afdal dari membaca surah yang panjang tanpa mengetahui maknanya dan imam seharusnya mengutamakan surah-surah yang ringkas kerana makmum dibelakangnya bukannya dari kalangan yang boleh berbahasa arab.

Masyarakat melayu kebanyakkannya lebih gemar mengejar perbuatan yang sunat tetapi meninggalkan perbuatan yang wajib.

Ada sesiapa nak komen dan ingin memberi pendapat amat dialu-alukan?

No comments:

Post a Comment