Friday, 13 September 2013

Penentang Syria bidas cadangan Rusia


BEIRUT - Kumpulan penentang Syria membidas cadangan Rusia yang mahu semua senjata kimia negara itu diletakkan di bawah kawalan antarabangsa, sebaliknya menyatakan bahawa rejim Presiden Bashar Al-Assad harus diadili di mahkamah antarabangsa ekoran serangan dekat Damsyik Ogos lalu.
Jurucakap pihak penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA), Jeneral Salim Idris berkata, rejim Bashar sepatutnya dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Serangan kimia pada 21 Ogos lalu di pinggir bandar Ghouta, Damsyik mengorbankan beratus-ratus orang.
Namun, Amerika Syarikat (AS) mendakwa serangan terbabit mengorbankan seramai 1,429 orang termasuk 426 kanak-kanak.
Menurut Salim, FSA dengan tegas menolak inisiatif Rusia itu.
Kenyataan Salim disiarkan semalam menerusi saluran-saluran televisyen satelit pan-Arab beberapa jam menjelang pertemuan antara Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
Kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan mengenai cadangan Rusia menyelesaikan isu senjata kimia Syria. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2eipGZXoa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment