Thursday, 5 September 2013

Damsyik Syria



Peta di bawah adalah kawasan yang digelar Ghuttah Barat atau Western Ghouta. Selepas rejim menyerang Ghuttah Timur dengan gas beracun sehingga mengorbankan hampir 2000 orang dalam satu serangan maut berskala besar. Serangan paling Iblis dalam konflik di Syria, rejim meneruskan pula siri serangan ke atas Ghuttah barat pula.

Jumlah angka kematian rasmi belum lagi admin dapat. Tetapi rejim menyerang kawasan ini dengan 17 roket yang kepalanya diisi dengan gas sarin ditambah pula dengan serangan bom non-stop dari kereta kebal. Kemudian serangan udara pula disambung selepas matahari terbit.

Ini pula peta Ghuttah Timur (http://on.fb.me/175zRUf). Jadi jikalau kita membaca mana-mana berita atau laporan yang menyebut tentang Ghuttah, atau Ghuttah Timur atau Ghuttah Barat kesemua ini merujuk kepada peta yang admin sediakan.

Untuk info tambahan

- kawasan kuning adalah Ghuttah Barat. Di dalam ghuttah Barat terdapat berpuluh-puluh kawasan atau daerah. Antara yang terkenal adalah Daraya. Kawasan ini adalah kubu kuat mujahiddin. Dengan serangan udara dan kereta kebal setiap hari, kelengkapan lengkap dan canggih menentang mujahiddin yang kekurangan senjata dan makanan namun sehingga ke hari ini rejim masih gagal masuk ke kawasan ini. Apa rahsia mujahiddin? Nanti Insya Allah admin akan ulas dan buat sedikit analisis.

- kawasan merah pula merupakan kawasan tentera yang terbesar dan terluas dan terkuat di Syria. (nanti admin berikan analisis lengkap)

X - adalah Istana Iblis tempat Bashar menyembah Iblis laknat
Y - adalah Lapangan Terbang Tentera Mazzeh. Lapangan terbang terkuat dan terhebat di Syria. Jika mujahiddin mengambil masa hampir 1 tahun untuk membebaskan lapangan terbang Ming di Aleppo, bayangkan berapa lama pula masa untuk membebaskan Lapangan Terbang Mazzeh ini.

No comments:

Post a Comment